Ep 1. Masa Lalu

589 12 0
                                    

FLASHBACK

5 years ago

"Kita putus dan jangan hubungi saye lagi". Raut wajahnya hanya kelihatan tenang seakan mengucapkan keputusan tersebut tidak memberi beban. Melihat lawan bicaranya hanya diam seribu bahasa, ia pun hendak melangkah pergi meninggalkan seorang yeoja yang saat ini hanya  menunduk memandang sepatunya sendiri.

Entah dia mendengar atau tidak ucapan namja tadi yang bernama Oh Sehun. Lebih mesra orang memanggilnya Sehun. Dia adalah seorang namja yang sangat diminati oleh orang ramai. Wajahnya yang tampan, berkulit susu putih mampu memikat hati sesiapapun. Ketinggiannya amat sesuai menjadi seorang model. Tubuh badan yang tidak seberapa tegap namun tidak merosakkan penampilannya.

Setitis air mata mulai bergelinang di pipi yeoja yang bernama Kim Heemi. Tubuhnya tidak tinggi. Jika dilihat ketinggiannya hanya separas dengan bahu Sehun. Rambut berwarna hitam sedikit jingga. Panjangnya hanya separas pinggang. Begitu lama dia dia memikirkan kata-kata yang dilontarkan oleh Sehun padanya.

"Oppa cuma bergurau je kan?" Heemi memegang tangan kiri Sehun dengan kuat seakan tak mahu membiarkan Sehun pergi ketika Sehun hendak berjalan jauh. "I'm serious, mianhae" Sehun melepaskan pegangan Heemi dengan kasar.

Sehun melanjutkan langkahnya namun Heemi tiba-tiba memeluknya dari belakang dengan erat. "Sehun oppa, waeyo? Kajima! Jebal!" Kini airmatanya membanjiri membasahi pipinya.

Kedua tangannya mencengkam dengan kuat pada baju Sehun. Dengan kasarnya Sehun melepaskan cengkaman serta pelukan Heemi kemudian terus pergi menuju ke keretanya.

Bunyi enjin kereta menyala tanda Sehun akan pergi. Heemi terus berlari mengejar Sehun yang sudah mulai memandu keretanya. "SEHUN OPPA!! KAJIMA!! SEHUN OPPA! JEBAL BERHENTI!" Heemi sekuat hati berlari walau ia tahu semua itu hanyalah sia-sia. Kakinya terasa lemah lalu terjatuh dan meskipun begitu namun kereta Sehun tak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanannya. Hati Heemi remuk, sakit, kecewa dan benar-benar terluka.

Sejak kejadian itu, hidup Heemi tak lagi riang. Dia hanya berdiam diri dan selalu menyendiri. Tiada tawa riang dalam hidupnya sebaliknya terlalu banyak menjurus dalam kemurungan, menangis bersendirian. Kadang ia coba menyakiti dirinya sendiri di kamarnya hingga abangnya, Lay semakin bertambah risau dan terpaksa memanggil dokter dan diberi ubat penenang.

Se-jeong iaitu sahabat Heemi telah mengetahui hal ini dari Lay lalu ia pergi untuk menjenguknya. Se-jeong merawat Heemi sebaik mungkin dan menemaninya di masa luang.

"Heemi, apa yang buat kau jadi macam ni?" Se-jeong yang sudah 2 bulan menjaga Heemi tidak pernah tahu kejadian apa yang menimpa pada sahabatnya itu dan kerana ingin tahu cerita sebenarnya, pada akhirnya Seojung bertanya juga.

Dari awal ia bertemu dengan Heemi yang dalam keadaan kemurungan, sepatah kata pun tidak pernah ia dengar Heemi mengeluarkan suara walaupun Seojung mengajaknya bicara. Tiba-tiba baru kali inilah, Heemi membalas pembicaraan Se-jeong.

"Sehun...." gumam Heemi dan ia menangis lagi. Hatinya masih sakit. "Shhh uljima... Kalau kau belum siap, aku tak pakse. Aku tak nak kau terluka lagi." Se-jeong memeluk Heemi dengan erat. Sungguh pilu hatinya saat mendengar tangisan Heemi. "Sehun-ssi, apa yang sudah kau lakukan sebenarnya pada saengi kesayangan aku ni?" hatinya penuh dengan pertanyaan tentang hubungan Heemi dengan Sehun.

Sebelum turun musim salju, Se-jeong meminta izin kepada Lay untuk membawa Heemi menetap di China. Alasannya ia sudah lama tidak pergi ke sana dan bercadang untuk Heemi menemaninya. Padahal Seojung berbuat demikian agar Heemi dapat menenangkan fikirannya dan melupakan Sehun. Awalnya Lay tidak bersetuju kerana takut terjadi apa-apa pada adiknya meskipun China adalah tempat kelahiranya namun ia memikirkan keselamatan Heemi tetapi Se-jeong tetap berkeras dan meyakinkan bahawa dia akan menjaga Heemi dengan baik ketika berada di sana dan akhirnya Lay menyetujui.

FLASHBACK END

"Ya! Heemi-ah!" pekik Seojung yang rupanya dari tadi sudah duduk di samping Heemi. Berkali-kali memanggil Heemi yang terus termenung dengan dunianya sendiri. Heemi yang tersedar dari lamunannya akibat pekikan Se-jeong. "Haish, Ya! Boleh tak kau jangan asyik memekik je?" Heemi menghempas lembut pada lengan kiri Seojung.

"Kalau gegendang telinga aku rosak macam mane?" Heemi mengusap lembut telinganya yang sedikit reda sakitnya. "Jangan nak mengada pula. Dah banyak kali aku panggil kau tapi gegendang telinga kau nampak masih okay je" Heemi memandang sekilas pada Sejeong, memberi tatapan merajuk.

"Kau tak habis-habis termenung je. Fikir pasal Sehun lagi ke? Ingatkan kau dah move on." Ketika berada di China, Heemi bercerita tentang hubungannya dengan Sehun dan ketika itu keadaannya sudah beransur membaik seperti sedia kala semula.

Se-jeong mengambil minuman jus yang dibelikannya untuk mereka berdua tadi lalu meminumnya sambil memandang Heemi seketika. Heemi mengeluh berat. "Aku tak tahu kenapa aku terus-menerus fikirkan dia. Walaupun aku sebenarnya nak lupakan dia tapi masih tak dapat. Aku selalu fikirkan, kat mana dia saat ni? Dia baik-baik je ke? Walaupun dah 5 tahun berada kat China tapi aku tak dapat berhenti untuk fikir pasal dia." Heemi menunduk cuba menyembunyikan airmatanya. "Kau menangis lagi ke? Aku dah malas nak nasihat kau, nak paksa kau untuk lupakan dia. Keputusan ada ditangan kau sendiri. Walaupun aku sebenarnya tak suka tengok kau asyik sedih macam ni terus-terusan Heemi-ah."

Se-jeong mengusap rambut Heemi dengan penuh rasa simpati dan serba salah kerana tidak tahu berbuat apa melainkan hanya memberi nasihat padanya. "Arraseo" Heemi memandang Se-jeong dengan mengukirkan sebuah senyuman, berharap Se-jeong tidak terlalu risau akan dirinya. "Kajja, kita balik. Nanti oppa kau risau pula, lewat malam baru balik". "Gege tak pernah marahlah. Lagipun kau tak perlu risaulah sebab aku belum inform kat gege." ucap Heemi. Setelah Se-jeong selesai membayar, mereka terus keluar dari kedai makan itu lalu menuju ke kereta. "Haish aku ingat kau dah beritahu." Seojung mencubit pipi Heemi kerana saengi kesayangannya ni berbuat ulah. "Aww appo." Rintih Heemi. "Tau pun sakit. Asal tak bagi tau. Kalau aku tahu, aku lepak lama-lama lagi kat kedai." Gurau Seojung. "Ha baguslah tu, terus buat sewa untuk tidur kat sana juga." Heemi tertawa. "Aku saja nak buat kejutan untuk gegelah." Seojung hanya menggeleng kepala melihat tingkah Heemi itu.

Dalam beberapa minit, mereka berdua sampai di rumah Heemi. "Nak singgah tak?" Tanya Heemi. "Takpe. Lain kali je. Dah lewat. Kita jumpa esok." Tolak Seojung dengan lembut. "Okay, aku masuk dulu annyeong hehe." Heemi melangkah keluar dari kereta.



TO BE CONTINUE....

YOU ARE MINE | OH SEHUN (COMPLETE✓)Where stories live. Discover now