Ep 4. Hate But Still Care

44 2 0
                                    

Sehun termenung di tempat duduknya. Fikirannya sekarang sedang menerawang memikirkan tentang Heemi. Dia merutuki akan kesilapan di masa silamnya dan sikapnya pada Heemi tadi. Mengapa dia perlu bersikap kasar, mengapa dia sesuka hati menuduh Heemi dan paling pedihnya ketika Heemi menyatakan bahawa dia memang cintakan Kai. Meskipun hatinya kata Heemi sedang berdusta tetapi dia tetap gelisah. "Aku mesti minta maaf kat Heemi." Sehun mengeluh berat, risau akan Heemi. Dia takut Heemi melakukan yang bukan-bukan dibiliknya seperti cuba bunuh diri kerana tidak sanggup menanggung derita? Tapi dia kenal Heemi bukan gadis yang macam tu. Akan tetapi sesaat ia teringat cerita dari Lay yang Heemi pernah cuba untuk bunuh diri. Sehun menggeleng-geleng kepalanya, mengusir fikiran negatifnya. Kerana kelelahan, Sehun terus terlelap di sofa ruang tamu.

Tidak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 11:45 pagi. Sehun terbangun dari tidurnya dan melihat sekeliling rumah masih dalam keadaan sunyi. "Ke mana lah mereka semua ni sebenarnya?" Tanya Sehun pada dirinya sambil mengeluh lalu berbaring semula di sofa. Tiba-tiba Sehun teringat akan Heemi. Dia kemudian bangun dari baringnya dan mencari kalau-kalau Heemi ada di dapur. Tekaannya betul, Heemi berada di dapur sedang menyediakan makanan untuk tengahari nanti. "Heemi" panggil Sehun sambil mendekati Heemi. Namun orang dipanggil itu langsung tidak peduli akan panggilan Sehun. "Mianhae. Saya sedar saya dah bersikap kasar kat awak tadi dan sesuka hati tuduh awak."

Sehun melihat Heemi yang masih tidak memberikan respon apa-apa padanya. "Nado mianhaeyo tentang masa silam kita berdua" Lanjut Sehun lagi dan lagi-lagi Heemi tidak ada memberikan sebarang reaksi langsung. Sehun melihat Heemi mengangkat pinggan-pinggan kaca dan tiba-tiba dia mendapat satu akal. "Iliwa, naega dowa julkke." Sehun cuba mencapai pinggan-pinggan dari Heemi. "Pil-yo eobs-eum" akhirnya Heemi bicara. Sehun tetap berkeras mahu membantu Heemi.

Akibat ulah Sehun, pinggan-pinggan kaca yang dipegang oleh Heemi terlepas jatuh ke lantai dan pecah. Heemi dan Sehun terkejut bersama. "Ya! Tengok apa yang kau dah buat! Habis pinggan-pinggan favourite aku!" Marah Heemi seraya mengutip serpihan kaca itu. "Mianhae, mianhae, mianhae" Sehun ikut mengutip serpihan kaca. Ia tidak menyangka akan berlaku seperti ini. Keadaan semakin parah, Sehun berfikir Heemi tentu semakin semakin membencikan dirinya. Dalam keadaan panik, tiba-tiba Sehun menjerit kesakitan, jari telunjuknya terluka akibat terkena serpihan kaca. Heemi terkejut dan kini dia pula yang mula panik melihat darah mengalir banyak dari telunjuk Sehun. "Sehun-ah, gwenchanayo? yeogiseo gidalyeo" Heemi dengan paniknya terus bergegas mengambil plaster dan barang yang tertentu untuk mengubati jari Sehun yang tergores panjang.

Heemi mengubati jari telunjuk Sehun dengan hati-hati manakala Sehun pula tersenyum sambil memerhatikan Heemi. "Nape kau senyum? Dah tak waras lagi ke lepas jari tergores pinggan kaca?" Ucap Heemi dengan kasar tetapi Sehun tak kecil hati.

"Tak. Saya happy sebab awak masih lagi pedulikan saya. Jeongmal geuliwoyo" Sehun mulai mengusik Heemi lagi. Heemi dengan kasar menekan luka di jari telunjuk Sehun mengakibatkan Sehun sedikit menjerit kesakitan. "Ya! Appo" Sehun meringis lalu Heemi menyuruh Sehun untuk duduk diam dan Sehun akur. Dia mengerti Heemi begitu kerana dia mengusik Heemi.

"Heemi awak tahu tak, disebalik kata benci awak kat saye, rupanya tu cuma sekadar dari kemarahan awak yang sedang meluap" batin Sehun berkata dan Sehun tak henti-hentinya mengukir senyuman melihat Heemi yang berada di depannya. 

"Lain kali jangan degil dan buat ulah." nasihat Heemi setelah selesai membungkus jari telunjuk Sehun dengan plestar dan lagi-lagi Sehun merasa bahagia kerana pemedulian Heemi pada dirinya.

"Kamsahamnida, nanti saya ganti rugi untuk pinggan-pinggan yang pecah ni" Sehun merasa bersalah melihat pinggan yang pecah akibat ulahnya tadi. "Andwae, tak perlu ganti" bantah Heemi hingga Sehun semakin merasa bersalah.

"Awak masih marah ke?"

"Ape?"

"Pasal tadi kat ruang tamu?"

YOU ARE MINE | OH SEHUN (COMPLETE✓)Where stories live. Discover now