Selalunya jika EXO tidak ada aktiviti hendak dilakukan, mereka lebih memilih untuk pergi bercuti ke suatu tempat yang mereka inginkan. Seperti pagi ini, members masing-masing bercadang hendak ke tempat yang mereka mahu tuju. Kai yang niatnya hendak mengajak Heemi pergi bersamanya melawat anak buahnya yang amat ia rindui namun Heemi menolak kerana ia mahu duduk di apartment saja dan mungkin lain kali saja.
"Heemi, tolong jagakan Sehun. Dia tidak sihat sejak balik dari konsert hari tu" Suho mengingatkan Heemi untuk memberikan obat kepada Sehun mengikut jam yang ditetapkan. Mendengar itu, Kai tiba-tiba membatalkan kepergiannya, "Hyung, aku mahu di apartment saja temankan Sehun dan Heemi" bukan itu alasannya tapi ia tidak mahu kekasihnya berduaan dengan Sehun. "Kai, kenapa tiba-tiba merubahkan keputusan sedemikian." Tanya Heemi. "Kai, jangan risau. Heemi tidak akan curang dibelakanganmu." Kai menatap sinis ke arah Baekhyun. "Aku hanya menyuruhnya menjaga Sehun saja Kai bukan menyuruhnya memikat Sehun" kini sang leader lagi yang berkata.
Mereka semuanya tahu bahawa Kai mempunyai hubungan istimewa dengan Heemi kerana itulah sejak akhir-akhir ini mereka mengusik Kai. Mereka mulai mengetahui saat kejadian Kai mencium Heemi di atas pentas sewaktu konsert mereka dijalankan. Members terlalu curiga dan memaksa Kai untuk berkata jujur. Jika tidak, patung beruangnya akan dibakar. Lay yang berada di China saat itu pun terkejut ketika netizen mengeluarkan berita tentang Kai dengan Heemi. Segera ia menelefon Kai. Awalnya Lay marah-marah kerana Kai sesuka hati bertindak seperti itu. Bukan ia tak suka tapi ia takut orang-orang akan mengganggu kehidupan dongsaengnya ketika mendapat tahu idol mereka, Kai berhubungan dengan orang biasa iaitu Heemi. Namun setelah itu, Lay mengingatkan Kai agar menjaganya dengan baik. Untuk masa ini, tidak ada sebarang pesanan negatif dari ExoL. Mungkin mereka merestui hubungan Kai dengan Heemi dan itu adalah bagus daripada tidak.
Beberapa minit yang lalu, apartment itu menjadi sepi. Hanya tersisa dua insan saja di sana. Seorang menonton drama dan seorang lagi masih terlelap kerana kurang sehat.
"Eunggh..jebal..jebal.." Heemi seperti samar-samar mendengar suara orang melenguh namun ia abaikan kerana berfikir ia salah dengar. Namun lagi-lagi ia terdengar dan akhirnya ia beranjak masuk ke bilik Sehun yang sememangnya tidak jauh dari ruang tamu tempat ia duduk tadi. Dilihatnya Sehun seperti meracau bermimpi buruk.
Heemi mendekati Sehun. Ia duduk di sebelah Sehun. Tangannya ia letakkan ke dahi Sehun untuk merasa suhu badan Sehun. Dahinya terasa sejuk tapi ia hairan kenapa Sehun berpeluh-peluh dan tidak berhenti menyebut jebal dan kajima.
"Sehun, ireona. Sehunnie!" Heemi berulang kali mengoyangkan tubuh insan yang masih berbaring itu. Seketika itu Sehun membuka matanya dan memandang Heemi berada di depan matanya. Dengan cepat ia bangun dan langsung memeluk tubuh Heemi dengan erat. "Heemi, kajima. Aku mohon. Kajima. Saranghaeyo Heemi. Aku tak cukup kuat menahan segala rasa sakit. Tolong jangan biarkan aku tersiksa lagi" Heemi tak mengerti apa yang membuatkan Sehun seperti ini. Pasti Sehun bermimpi bahawa Heemi tidak lagi mahu menerimanya. Bukannya melepaskan pelukan Sehun malah ia membiarkan Sehun terus memeluknya. Ia mengelus rambut Sehun dan tak menyangka bahawa ia akan berkata sedemikian, "Uljima Sehun ah. Aku tidak akan ke mana-mana. Aku di sini" Heemi tak mengerti namun ia merasa ia harus membantu Sehun untuk menenangkannya.
Pukul 1 petang, setelah Sehun memakan obatnya, ia makan petang bersama Heemi. "Aku ada melihat berita tentang Kai menciummu di atas pentas." Tidak ada sahutan dari Heemi. Hanya bunyi lantunan sudu yang kedengaran. "Kau begitu menyukai ciumannya?" lantunan sudu kini berhenti saat Sehun bertanya seperti itu. "Jangan mulai lagi" pinta Heemi. Ia bukan tak suka membahas tentang dirinya dengan Kai. Hanya ia tak mahu Sehun membahaskannya kerana ia tahu pasti akan berakhir dengan perkelahian. Seakan-akan mereka berdua dalam sebuah hubungan saja. Itulah yang difikirkan oleh Heemi padahal nyatanya tidak.

YOU ARE READING
YOU ARE MINE | OH SEHUN (COMPLETE✓)
أدب الهواةMenerima kembali cinta seseorang yang pernah meninggalkanmu tanpa memberi alasan itu memang sulit.