Kring..kring
Bunyi telefon berdering di dalam dance room. Sang empunya masih sibuk meneruskan latihan menarinya agar tariannya tetap kukuh, tidak ada kesalahan.
"Sehun-ah, hpmu terus berdering." Ucap Suho
"Benarkah? Biarkan saja dulu hyung, aku masih mahu berlatih" jawap Sehun melanjutkan lagi tariannya.Kerana deringan hp Sehun masih lagi terdengar, akhirnya Suho mengangkatnya namun sebelum ia sempat menekan butang hijau, deringannya berhenti.
"Eoh, sudah berhenti" Suho melihat nama Heemi tertera di hp itu. "Sehun-ah, Heemi menelefonmu"
"Heemi? Kenapa dia telefon?" Tanya Sehun menghentikan tariannya lalu mendekati Suho.
"Mollayo, sudah 10 missed call kau tahu"
"Omo, jinjjayo?"
"Nae"Sehun mengambil hpnya dari tangan Suho dan memeriksa. Bukan main terkejut ia melihat 10 missed call dari isterinya? Ya Sehun dan Heemi sudah pun berkahwin pada tahun lepas. Mengenai Tae-oh, mereka berdua barulah mendaftarkannya sebagai anak angkat mereka berdua. Walaupun Tae-oh hanyalah anak angkat, namun mereka berdua menyayanginya seperti anak kandung begitu juga dengan member yang lainnya.
"Hyung, aku pulang sekarang" kata Sehun bergegas membawa barang-barangnya. Semua hyung-hyungnya menggeleng kepala saja melihat kelakuan Sehun. Maknae mereka pasti akan mendapat masalah kerana tidak menjawap telefon dari isterinya. Padahal dari awal perkahwinan mereka baik-baik saja, tapi entah mengapa sudah beberapa minggu ini Heemi seperti tidak dapat berjauhan dari Sehun.
Jika Sehun lambat, ia akan merajuk dan susah untuk dipujuk meski dibawa bergurau. Jika melihat Sehun sedang menari dengan yeoja lain, ia akan menjadi lebih cemburu hingga tak mahu berbicara dengan Sehun sedangkan ia tahu itu hanyalah performance sahaja. Lagi pula Sehun itu menjaga batas, tidak berlebihan.
Untung Sehun faham akan Heemi yang sangat mencintai dan menyayanginya. Walaupun Heemi bersikap sedemikian, tetapi Heemi tidak pernah menyuruhnya berhenti dari kariernya. Memang akan terjadi perselisihan fahaman itu tetapi mereka bijak untuk menyelesaikannya.
* * *
Cklek, pintu rumah utama dibuka oleh seorang namja iaitu Sehun. Ia menyimpan segala barang-barangnya di atas meja berdekatan kemudian mencari Heemi.
"Chagiya? Tae-oh" Panggil Sehun berkali namun tidak ada sahutan dari sang isteri dan juga anaknya. Ia merasa hairan. Ke mana isteri dan anaknya pergi? Seharusnya memberikannya khabar walaupun hanya berjalan keluar sebentar. Sehun membersihkan dirinya terlebih dahulu dan setelah ia selesai memakai pakaian, ia merasa hairan kenapa isterinya belum lagi pulang-pulang. Sekarang sudah pukul 6 petang. Tiba-tiba bunyi deringan dari hp Sehun terdengar lagi, dengan cepat Sehun menjawapnya.
"Yeobeoseyo, chagiya, odieseoyo?"
"Hai Sehun-ssi"
"Nuguseyo?" Sehun hairan kenapa orang yang berbicara dengannya ini bukan Heemi melainkan namja. Di tambah lagi, ini adalah nombor hp Heemi. Bererti ia sedang menggunakan telefon isterinya.
"Apa khabarmu Sehun-ssi?"
"Yak! Siapa kau?? Di mana isteriku dan anaku? Kenapa hp ini ada padamu?" Teriak Sehun, risau akan keadaan Heemi dan Tae-Oh.
"Hahaha bertenang. Isteri dan anakmu baik-baik saja denganku. Aku tidak mengapa-apakannya." Tawa namja di seberang sana itu lagi.
"Katakan padaku, apa yang kau mahu? Jangan libatkan mereka"
"Datanglah ke sungai Han, bawa wang sebanyak 10 juta. Jangan bawa polis, kalau tidak isterimu takkan kau lihat lagi. Kau lewat datang, semuanya akan lenyap"Pip, telefon ditutup sebelum Sehun mengangkat suara. Tanpa berfikir lama, ia terus bergegas dan tak lupa membawa wang sejumlah yang dipinta orang asing itu tadi.
Jantungny berdegup pantas, takut keluarganya dilukai oleh namja yang ia tak ketahui. Tapi ia seperti pernah mendengar suara itu, tapi siapa?.
* * *
YOU ARE READING
YOU ARE MINE | OH SEHUN (COMPLETE✓)
FanfictionMenerima kembali cinta seseorang yang pernah meninggalkanmu tanpa memberi alasan itu memang sulit.