Ep 7. Understand Me

24 1 0
                                    

Hari minggu memang hari malas sedunia tapi Kai pagi-pagi lagi sudah bersemangat berangkat pergi keluar bersama Heemi tanpa mengejutkan semua penghuni dalam rumah itu. Mereka bersiar-siar ke pantai, berjalan-jalan ke kota dan lain-lain lagi.

Awalnya Heemi menolak tetapi Kai memaksa Heemi hingga ia berkata pada Heemi bahawa ia akan merajuk seharian jika Heemi tidak mahu menurutinya. Katakanlah Kai ini adakalanya terlalu manja dan Heemi akan menurut akhirnya. "Awak nak makan aiskrim?" Tanya Kai yang masih memandu. "Shireo" jawap Heemi tak sengaja mengeluarkan nada datarnya hingga Kai memandangnya seketika lalu fokus melihat jalan raya.

Kereta Kai sudah berhenti di depan kedai makan Chunja Daegutang tetapi keduanya belum beranjak keluar.

"Awak masih marah saya ke?" Tanya Kai selepas membuka tali kaledarnya.

"Ani. Sejak bila saya marah?" Heemi memandang Kai dengan hairan.

"Tadi saya tanya awak nak makan aiskrim, awak jawap dengan dingin," raut wajah Kai terlihat sedih.

"Mianhae, saya tak bermaksud nak buat macam tu." Heemi merasa bersalah atas sikapnya yang tidak sengaja mulai dingin kepada Kai. Mungkin efek dari tidak cukup tidur semalaman. Kerana keadaannya yang masih lemah, moodnya seperti tidak membaik hari ini. Ya semalam Heemi tidak dapat tidur kerana memikirkan setiap ayat-ayat Sehun yang masih setia terngiang di telinganya bahkan dimindanya jua.

"Kalau awak tak nak, kita balik je lah." Kai yang hendak menghidupkan semula enjin kereta terhenti tindakannya ketika tangannya disentuh oleh Heemi.

"Aniyo, kajja. Awak dah bersusah payah bawa saya ke sini, kenapa kita kena balik pula? Makan pun belum.  Nan bae gophayo" Heemi mengusap perutnya kerana terlalu lapar dan tak lupa juga ia memperlihatkan aeygonya. Kai dengan senang hati mendengar kata Heemi kemudian mereka pun masuk ke kedai tersebut dan memesan makanan.

Di sisi lain, Lay mendapat pesanan dari Kai.

Lay tersenyum saat membaca pesanan dari Kai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lay tersenyum saat membaca pesanan dari Kai. Ia tahu Kai mencintai saenginya kerana itu Kai berusaha memikat hati Heemi dengan cara yang ia mampu. Lay berharap Heemi akan menerima Kai. Bukan Lay mahu melepaskan tanggungjawabnya sebagai gege namun ia berfikir bahawa sudah saatnya Heemi memiliki pasangan hidup. Tak mungkinkan membiarkan Heemi terus hidup tanpa ada sesiapa di sisinya selain Lay serta sahabatnya Se-Jeong.

Lebih-lebih lagi ia perlukan seseorang melindungi Heemi ketika ia tidak bersamanya, sekurang-kurangnya ada yang menemani dirinya. "Morning Lay" sapa Suho dengan ramahnya kemudian Lay membalas sapaan Suho dan tak lupa dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.

Tiba-tiba, "KORANG!!!!! KAI DAN HEEMI HILANG LAH!!!" Teriakan Baekhyun membuatkan semua orang di dalam rumah itu terkejut.

"Hey Baek, kenapa dengan kau ni? Tak habis-habis memekik je." Chen memang sudah beberapa kali merasa kesal dengan Baek kerana dia selalu saja berteriak-teriak, tak memikirkan tempat ia berada.

YOU ARE MINE | OH SEHUN (COMPLETE✓)Where stories live. Discover now