27 November adalah hari ulang tahun Chanyeol. Members EXO merancang untuk mengadakan sebuah parti untuk menyambut hari ulang tahun Chanyeol. Sudah tentu mereka tidak akan lupa untuk menjemput Sehun yang berada di London selama dua minggu lebih bermula di hari saat berlangsungnya hari perkahwinan Kai dengan Heemi.
Sehun POV
"Sehunnie! Ireona! Pukul berapa kau hendak bertolak? Semalam katamu tepat pukul 7 pagi, sekarang ini sudah pukul 7.30 pagi" teriak sang ibu dari bawah kerana aku tak kunjung keluar dari kamar sedangkan semalam aku mengatakan mahu tidur awal kerana hari ini aku hendak bangun dan berangkat awal tetapi malah aku berkurung di kamar. Bukan kerana aku lupa atau lambat bangun tetapi aku sedang memikirkan haruskah aku pergi ke Seoul atau tidak kerana aku sedang memikirkan tentang hatiku. Padahal aku berharap selama di London aku dapat mengubati rasa luka tetapi hasilnya gagal. Ya, memang memerlukan masa yang lama sebenarnya namun adalah lebih baik aku dapat melupakannya sedikit demi sedikit tetapi ini tidak. Perasaanku kepadanya semakin bertambah. Aku tetap merindukan seseorang yang sudah memiliki suami.
"Sehunnie!!"
"Nae eomma, chankkamanayo"Baiklah daripada aku terus menerus mendengar eomma berteriak memanggilku hingga hilang suara, lebih baik aku keluar sekarang sebelum eomma naik ke atas dan memulas telingaku. Aku keluar dari kamar dan terlihat eomma sedang bercekak pinggang memandangku. Segera aku menghampirinya, "Baru bangun eoh?" Tanya eomma. "Aniya, hanya sedang berkemas tadi" jawabku padahal mandi pun aku belum. "Berkemas hmm? Adakah orang yang sudah berkemas memang nampak seperti ini?" Eomma melihatku dari atas ke bawah sambil telunjuknya ikut rentak matanya.
(Bayangkan ini baju pijama Sehun hehehe)
"Ini trend terkini eomma" ucapku. "Apakah kau fikir eomma pabo? Palli! Pergi mandi sana." Eomma menghempas lenganku dan aku dengan malasnya beranjak naik ke kamar ku semula dan mandi.
Setelah aku selesai mandi, aku memakai pakaian kegemaranku dan tak lupa juga rambutku yang kusut tadi sudah ku rapikan.
"Nampak kacak" ucapku saat melihat diriku ke arah cermin sambil menyisirkan rambutku guna tangan kanan. Kemudian aku keluar dan menuju ke dapur untuk mendapatkan sarapanku. "Penerbanganmu pukul berapa berangkat?" Tanya eomma yang sedang membasuh pinggan mangkuk dan airnya terlalu mengganggu kerana boleh saja aku tidak dapat terdengar apa yang sedang eomma bicarakan namun syukurlah memandangkan eomma memiliki suara yang lantang jadi dengan jelas dapatku dengar. "Pukul 8.30" jawapku. "Lebih baik kau cepat. Nanti ketinggalan."
YOU ARE READING
YOU ARE MINE | OH SEHUN (COMPLETE✓)
FanfictionMenerima kembali cinta seseorang yang pernah meninggalkanmu tanpa memberi alasan itu memang sulit.