Ep 11. Spent Time With You

25 1 0
                                    


"Irene, kau tak sepatutnya berbuat begitu pada yeoja itu. Bagaimana kalau Sehun tahu? Dia pasti akan marah besar" ucap Joy kepada Irene yang tengah sibuk mewarnai kukunya.

"Rahsiaku akan terselamat selama yeoja bodoh itu tak membongkarnya. Jika ia bongkarkan, maka akan ku tamatkan riwayatnya"
"Sebelum itu, kau harus berdepan denganku!"

Suara Sehun mengejutkan mereka berdua lebih-lebih lagi Irene. "Hun, kenapa tak beritahu bahawa kau akan ke sini?" Irene seperti ketakutan akan kehadiran Sehun namun ia coba untuk bersikap santai. "Rupanya kau yang membuat angkara pada waktu itu. Sudah berapa kali aku memberi peringatan padamu, jangan ganggu hidupnya dan jangan sekalipun kau menyakitinya. Kau hanya berurusan denganku, Irene" ucap Sehun dengan menahan marahnya. Seandainya Irene adalah seorang namja, memang Sehun sudah lama membelasahinya.

Lagi-lagi Sehun membela Heemi. Ia terlalu muak akan itu. Apa yang istimewanya pada yeoja itu bahkan dirinya lebih cantik dari Heemi tapi tetap saja Sehun memilih Heemi. "Hun, tak dapatkah kau beri aku peluang untuk memilikimu. Kau tahu aku sangat mencintaimu dan aku dengar dia sudah memiliki namjachingu iaitu Kai. Kenapa kau perlu mengejarnya sedangkan aku ada untukmu" rayu Irene agar Sehun tersentuh dengan setiap kata-katanya. "Jika kau ganggu dia lagi, kau akan menyesal" ancam Sehun kemudian terus keluar dari ruangan Irene tanpa menoleh kebelakang walaupun ia mendengar suara Irene berteriak memanggilnya.

* * *

Sehun POV

Entah seribu kali aku coba untuk menahan rasa sakit ini tapi nyatanya aku tak mampu. Pedih, ya terlalu pedih hatiku seperti ada sesuatu yang menusuk. Jika aku membiarkan ego mengawalku, mungkin saja aku akan merampas Heemi dari Kai. Oh Tuhan, aku sangat mencintai Heemi hingga aku tak mampu menerima kenyataan bahawa ia akan memilih Kai menjadi penggantiku. Seandainya aku mendapat peluang untuk bersamanya kembali, aku takkan sia-siakan semua itu. Akan ku jaga sampai nafasku berhenti.

Tak terasa aku sudah berada di luar bangunan. Aku mengirimkan pesanan kepada Suho hyung bahawa aku akan pulang ke apartment kerana aku sedang hangat dingin. Seketika aku terkenangkan kata-kata Irene. Aku mesti melindungi Heemi dari bahaya kerana aku takut Irene akan melakukan sesuatu kejahatan pada Heemi lagi.

Kini diriku sudah berada di dalam sebuah apartment EXO. Aku menjatuhkan diriku disofa. Badanku letih kerana kurang berehat sejak kebelakangan ini. Sedikit demi sedikit mataku mulai terasa berat. Aku berharap aku dapat mendapatkan suatu keajaiban  setelah aku bangun dari tidur nanti dan akhirnya aku terlelap.

Sehun POV END

* * *

Members EXO sudah pun pulang ke apartment mereka. Namun Heemi dan Kai masih lagi bersiar-siar di luar rumah untuk meluangkan masa bersama. Kai membawa Heemi ke pantai. Suara air yang bergelora terdengar jelas. Angin malam setia meniup lembut ke arah wajah kedua insan itu. Sesekali Kai melirik genggaman tangannya pada Heemi kemudian ia tersenyum. "Chagi bahagia?" Tanya Kai tiba-tiba. Heemi memandang Kai lalu ia mengangguk dan mengukirkan sebuah senyuman.

Mereka berdua duduk di sebuah kerusi yang tersedia ada di sana, menghadap ke arah lautan. "Kai" panggil Heemi lembut tapi dapat didengar jelas oleh Kai. "Lain kali jangan ulangi hal seperti tadi" pinta Heemi. "Wae? Chagi tak suka?" Kai menatap wajah Heemi. "Aniya. Hanya aku terlalu malu dan tidak terbiasa. Dan bagaimana jika netizen atau fans mengatakan sesuatu ..."

Chuu~

Sekilas kecupan bibir milik Kai mendarat ke bibir Heemi. Kai tak mahu mendengar perkara yang menjadikan Heemi berfikir negatif. "Bukankah itu adalah perkara baik. Biarlah orang lain tahu bahawa kita adalah sepasang kekasih. Tidak ada yang salah jika seorang seorang artis mencintai orang biasa" Kai mengusap pipi Heemi dan Heemi hanya tersenyum lega saat mendengar itu. Baginya Kai berbeza dari Sehun yang memilih untuk terus bersembunyi dan lebih memilih meninggalkannya tanpa mempertahankan hubungannya.

YOU ARE MINE | OH SEHUN (COMPLETE✓)Where stories live. Discover now