Pagi menjelang tiba, sinaran matahari memancarkan cahaya pada rumah besar milik Lay dan Heemi. Heemi yang selalu bangun terlebih awal turun ke dapur menyiapkan sarapan untuk oppanya dan yang lain. Setelah selesai kerjanya, Heemi menuju ke ruang tamu mendekati jendela besar. Heemi duduk di pinggir jendela besar itu sambil melihat suasana diluar.
Di bilik Kai dan Sehun, Kai sudah pun bangun dan membersihkan diri kemudian menuju ke dapur untuk membuat sarapannya. Sewaktu Kai hendak ke dapur, matanya menangkap seseorang yang berada di ruang tamu lalu dia menundakan dahulu sarapannya dan mendekati yeoja yang ia kenal itu adalah Heemi. Kai berjalan dengan hati-hati agar bunyi tapak kakinya tidak terdengar oleh Heemi. Heemi pula belum menyedari akan kehadirannya kerana terlalu menghayati suasana di luar.
"Ehem" batuk Kai dengan sengaja. Heemi sedikit terkejut akan kehadirannya yang tiba-tiba muncul entah sejak bila berdiri terjegat tidak jauh darinya. "Ouh, annyeonghaseyo Kai-ssi" senyum Heemi pada Kai. "Joh-eun achim, Heemi" Kai membalas dengan senyuman manisnya yang tentunya pasti akan membuat mana-mana yeoja cair melihatnya. "Joh-eun achimdo" balas Heemi dengan ramah. "Awak memang selalu awal bangun ke?" Kai kini ikut duduk bersama Heemi di pinggir jendela tetapi tidak rapat. "Ah, ye" jawab Heemi dengan sedikit kekok kerana belum terbiasa dengan Kai. Kai menggangguk mengerti dan tak lupa dia memberikan senyuman pada Heemi. Setelah itu mereka berdiam begitu lama, tidak tahu hendak berbicara tentang apa.
Dalam beberapa minit kemudian, "Suasana kat rumah ni tenang dan selesa betul. Saya suka ketenangan macam ni" Kai cuba memecahkan keheningan dan coba berkongsikan tentang dirinya pada Heemi. "Jinjja? Ah dah tentu Kai-ssi dapat rasa ketenangan kat sini. Sebab Lay oppa pandai cari tempat yang selesa untuk kami berdua tinggal." lagi-lagi Heemi mengukirkan senyuman yang menurut Kai amat cantik untuk Heemi. "Hahaha tapi memandang kami ade kat sini tentu jadi riuh rendah sebab kitorang ni jenis yang buat bising." Heemi yang geli hati mendengar ucapan Kai, hanya tertawa kecil. "Saye tak terganggu hal macam tu. At least rumah ni tak lah asyik sunyi je. Dahlah besar, yang tinggal pun dua orang je." Jelas Heemi.
"Awak, kalau boleh awak panggil saye Kai je tau. Tak payahlah formal sangat."
"Tak ape-ape ke?"
"Tak. Okay je. Dengan tu lebih senang kan kita jadi lebih rapat."
"Maksud awak?"
"Maksud saya... Kita boleh jadi kawan. Boleh curhat-curhat." Jawab Kai dan Heemi menggangguk setuju.
Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 7 pagi, Lay dan yang lainnya sudah pun bangun dan membersihkan diri. Kai dan Heemi sibuk bercerita bergurau senda lebih-lebih lagi Kai yang seronok betul kongsi cerita lucu tentang member EXO sehingga tawa mereka berdua terdengar oleh yang lainnya. "Amboi, rancak betul ketawa korang berdua" Baekhyun tiba-tiba datang membawa cawannya dari dapur dan langsung duduk di sofa kemudian diikuti dengan yang lainnya. "Bukan main seronok bergurau senda? Mengutuk kitorang ke?" giliran Chanyeol pula yang bertanya seraya menikmati sarapannya.
"Eyh takdelah. Aku cuma cerita biasa-biasa je." Heemi hanya diam tersenyum mendengar kata-kata Kai. Heemi tersedar ada mata yang sedang memandang dirinya begitu lama. Sehun kelihatan cemburu melihat Kai yang sedang duduk di sebelah Heemi. Rasanya dia mahu je bangkit dari duduknya dan membawa Heemi pergi dari situ namun dia kurungkan saja niatnya kerana tidak mahu membuat kekecohan di pagi hari.
"Kai-ah, kamu berdua ni dah macam sepasang kekasih. Duduk berduaan kat sana sambil bergurau senda. Ha kami kat sini jadi penonton drama romantik" Chanyeol mengusik mereka berdua. "Hahaha, apelah hyung ni cakap macam tu. Tengok, hyung dah buat Heemi malu" Kai memandang Heemi seketika. Heemi tertawa mendengarnya. "Mane ade saye malu."
"Awak dah ada namjachingu ke Heemi?" Kai tiba-tiba melontarkan petanyaan yang membuat Heemi dan yang lainnya terkejut mendengarnya. "Saya..." belum sempat Heemi menjawap, Baekhyun sudah memotong. "Aku rasa dia still single lah Kai. Kan Heemi? Kau nak couple dengan Heemi ke Kai? Kalau nak pun, kena minta restu kat oppa dia dulu." Dengan selarahnya Baekhyun menjawap.
YOU ARE READING
YOU ARE MINE | OH SEHUN (COMPLETE✓)
FanfictionMenerima kembali cinta seseorang yang pernah meninggalkanmu tanpa memberi alasan itu memang sulit.