Bab 4

189 9 0
                                    

             RUMAH banglo dua tingkat itu dipandang dengan senyum yang terukir di bibir. Seingatnya sudah hampir 2 bulan dia tidak ke situ kerana sibuk dengan kerja. Kalau bukan kerana jemputan Encik Jamilul tentu dia tidak ke situ pada hari itu. "Apa khabar uncle?" sapa Dean sebaik batang tubuh Encik Jamilul menyapa pandangannya. Tangan terus dihulurkan untuk bersalaman. 

            "Alhamdulillah, sihat," balasnya. Senyum Encik Jamilul melebar. Huluran salam Dean disambut mesra. "Mari Dean, mari masuk dulu," ajaknya pula sambil menepuk lembut bahu anak muda itu. 

             Dean akur dan kepalanya diangguk. Langkah Encik Jamilul diekori.

             "Sekarang ni busy ke? Uncle tengok Jean selalu sangat balik lewat sejak kebelakangan ni." Encik Jamilul menyambung bicara.

             Sekali lagi Dean mengangguk. "Kami tengah sibuk dengan proposal untuk satu syarikat kecantikan sekarang ni uncle, sebab itulah banyak kerja sikit. Dean minta maaf kalau buat uncle dan auntie risau sebab tiap-tiap malam Jean balik lambat," kesalnya. Sudah tentulah Encik Jamilul risau apabila anak gadisnya terpaksa balik lewat hampir setiap malam. Keseorangan pula tu. 

              Encik Jamilul tersenyum. "Don't mention it. Uncle faham. Lagipun itu dah kerja dia. Yang penting, Dean ada sekali. Jadi tak ada apa yang perlu uncle risaukan," jawabnya penuh makna. 

              Mendengar jawapan Encik Jamilul, Dean senyum sahaja. Betullah seperti apa yang Mirzan cakapkan semalam, kalau tiba-tiba dia melamar Jean, orang tua Jean pasti tiada halangan. 

             "Ha... duduk dulu. Auntie ada dekat dapur tu tengah siapkan breakfast. Nanti kita breakfast sama-sama." 

              "Menyusahkan auntie aje." Dean berbahasa dan terus duduk. 

              "Bukannya selalu." Encik Jamilul ikut duduk. "Orang tua kamu apa khabar?" soalnya lagi. 

              "Alhamdulillah, ma dengan ba sihat uncle," jawab Dean lalu membuang pandang ke arah ruang dapur seolah-olah mencari seseorang. Sejak dia sampai tadi, dia tidak nampak langsung kelibat Jean di mana-mana. Tak mungkin Jean di dapur membantu mamanya. Maklumlah, Jean bukannya suka buat kerja dapur. 

               Melihat reaksi Dean, Encik Jamilul tersenyum. Tahu benar dia apa yang lelaki muda itu cari. "Jean belum bangun lagi," beritahunya dengan senyum yang masih bersisa.

               Dean berdeham dan tersipu malu. Macam manalah Encik Jamilul boleh membaca reaksinya? Nampak sangatkah apa yang dia sedang cari? Argh! Malu dia. "Ermm... penat agaknya tu," jawabnya cuba meredakan rasa malu yang masih bersisa. 

               Baru sahaja Encik Jamilul ingin membalas kata-kata Dean, terdengar lembut suara isterinya menegur. Encik Jamilul menoleh. 

              Dean turut mengalihkan pandangan ke arah yang sama. "Apa khabar auntie?" sapa Dean lalu bingkas bangun. Tangannya dihulurkan dan tangan wanita separuh umur itu disalami kemudian dikucup. 

              "Alhamdulillah, auntie baik-baik aje. Dean dah lama ke sampai?" Puan Kamalia membalas ramah. Kalau dengan Dean bukan hanya suaminya sahaja yang berkenan, dia juga sama. Bukan setakat penampilan anak muda itu sahaja yang menarik pandangannya tetapi sikapnya juga sangat menyenangkan. Paling penting bagi dia sikap hormatkan orang tua yang Dean tunjukkan. 

              "Baru lagi auntie." Dean berbasa-basi. Wajah lembut wanita separuh umur itu diamati. Wajah Jean memang saling tidak tumpah seperti ibunya. Nampak lembut, manis dan keibuan. Tinggi Jean pula diwarisi dari Encik Jamilul. Ya, Encik Jamilul memang tinggi orangnya. Mungkin mencapai sehingga 185cm. Tinggi Jean sahaja pun sudah persis model antarabangsa. Bukan setakat cantik rupa tetapi bentuk badan Jean juga cantik seperti model. Nasib baiklah Jean tidak memilih untuk jadi model. Kalau tidak makan hati Dean. Apa tidaknya, dia tidak suka kecantikan Jean dipuja-puja oleh lelaki lain. Kalau boleh kecantikan Jean biar dia sahaja yang menikmatinya.

DEAN & JEANWhere stories live. Discover now