"Kau nak cari apa sebenarnya ni Jean?" Bebel Moon dengan muka berkerut-kerut. Penat dia mengekor langkah Jean sedari tadi. Habis satu bangunan pusat membeli belah One Utama itu mereka jelajahi. Peliknya Jean tidak rasa penat ke? Lututnya seperti hendak tercabut berjalan tanpa henti sejak tadi.
Jean jungkit bahu. Dia sendiripun tidak tahu apa yang dia hendak cari di situ. Sedari tadi ke sana ke mari tetapi tiada satu apa pun yang menarik minatnya. Pandangan dibuangkan ke sekeliling tetapi semuanya kelihatan hambar. Bosan! Dengusnya.
"Kau tak tahu kau nak cari apa tapi habis satu bangunan One Utama ni kau bawak aku jalan. Kaki aku dah lenguhlah weiii!" Marah Moon pula.
"Alaaa, kau ni. Jalan sikit pun dah lenguh. Cubalah exercise sikit. Kata nak kurus." Balasnya bersahaja dan mula buka langkah semula.
"Nak kurus? Weiiii! Berat badan aku masih normal lagi tau. Lima puluh lima kilogram dengan ketinggian aku, satu kaki lima inci tu masih okey sangat lagi. Kalau aku nak kurus pun bukannya dengan menapak sekeliling shopping complex macam ni. Penat sia. Aigooooo!" Bebelnya.
Jean mencemik dan semakin melajukan langkahnya.
"Heiii! Heiii!" Moon menggeleng tapi tetap mengekor. "Kau nak kemana pulak ni?" Lengan Jean diraih dan ditarik supaya berhenti.
"Nak cari starbuck. Kau nak minum tak?"
"Weiiii! Starkbuck kat tingkat bawahlah." Balas Moon bersama dengusan keras.
"Yang kau kalut sangat ni kenapa? Lif kan ada." Jean masih beriak bersahaja. Langsung tidak terkesan dengan amarah sahabatnya itu. Tidak terus menunggu di situ, langkah dibuka kembali. Baru beberapa langkah dia berjalan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Cepat-cepat telefon bimbit di dalam beg tangannya dicapai. Malas dia hendak melayan bebelan Moon. Sebaik terpandangkan nama Dean di skrin, bibir terus menguntum senyum. Sepantas kilat itu, panggilan tersebut disambut.
"Waalaikumsalam." Jawabnya membalas salam yang dihulurkan dan langkahnya dianjakkan ke tepi berdekatan penghadang besi kerana tidak mahu menganggu laluan orang lain.
"Dekat mana tu? Bisingnya."
"One Utama." Langkah terus diayun.
"Shopping?"
"Tak. Cuci mata." Balasnya sambil tersengih.
"Cuci mata cari apa? Boyfriend?"
"Kalau jumpa apa salahnya." Guraunya sambil ketawa kecil.
"Yang depan mata ada, yang jauh juga yang kau cari."
Mendengar kata-kata Dean, ketawa Jean semakin galak. "Kau dekat mana?" Tanyanya malas hendak memanjangkan usikan Dean.
"Pasar Siti Khatijah."
"Cari awek Kelantan?" Usik Jean pula.
"Aku tunggu mak aku beli barang dekat dalam tu ha!" Dengus Dean.
Jean tergelak lagi. "Oh!" Dia terus melangkah. Moon pula hanya mengekor sahaja di sebelahnya dengan wajah cemberut.
"Kau nak kirim apa-apa tak nanti aku belikan." Dean menyambung bicaranya.
"Nasi tumpang. Nak yang sedap macam mak kau buat dulu tu."
"Itu aje?"
"Itu aje yang aku terfikir sekarang. Kau balik bila?"
"Dah rindukan aku ke?"
Baru sahaja Jean ingin membalas usikan Dean tiba-tiba dia terasa tubuhnya dilanggar seseorang dan telefon bimbitnya terus terlepas dari tangan.
YOU ARE READING
DEAN & JEAN
Romance❤️ BLURB DEAN & JEAN ❤️ "Nama aku Wan Mohd Nasrudean. Tapi kau boleh panggil aku, Dean." - Dean "Saya Jean. Jeanelle Fitri." - Jean Perkenalan pertama ketika di University of Leicester hampir enam tahun lalu tidak terhenti di situ malah jalinan per...