"DAH tahu siapa owner syarikat yang berjaya dapatkan kontrak dari Nutra Beauty?" Hazif jungkitkan kening. Daris dan Eliza dipandang silih berganti dengan riak yang sedikit tegang.
Eliza mengangguk. "His name is Wan Mohd Nasrudean Wan Jaffar, better known as Dean. Aged 29. From Kelantan. Studied at University of Leicester in UK. Previously worked with Five by Five, one of the famous advertising companies in UK for almost 3 years before starting his own business, DJ Media Art & Advertising Sdn. Bhd. two years ago," beritahunya panjang lebar. Sehelai kertas A4 yang tertulis maklumat Dean dan gambarnya diserahkan kepada Hazif.
"Famili dia?" Sebaik huluran Eliza disambut, kertas tersebut diamati. Kemudian dia mencemik menyampah.
"Mak ayah dia masih tinggal di Kelantan dan mengusahakan perniagaan restoran dekat sana. Family business," balas Daris.
"What about his partner? Apa yang aku dengar partner dia perempuan, kan?" tanya Hazif lagi lalu tubuhnya disandarkan ke kerusi. Kertas di tangannya terus dicampakkan ke atas meja.
"Yup, perempuan. Katanya perempuan tu girlfriend dia. Nama dia Jeanelle Fitri Jamilul Fikri. Aged 26. Belajar satu universiti dengan dia masa dekat UK." Daris bersuara pula.
"Ermm... nice name. Siapa parents dia?" Dahi Hazif berkerut lagi. Entah kenapa maklumat yang baru diterimanya itu sangat menarik perhatiannya. Mendengar dari namanya dia yakin gadis itu tentu berdarah campuran dan sudah pastilah cantik orangnya. Sekali lagi Eliza menghulurkan sekeping kertas A4. Kali ini memuatkan semua maklumat tentang Jean pula. Hazif menyambutnya dan kertas tersebut diamati. Maklumat Jean dibaca satu per satu sebelum pandangannya beralih ke arah gambar Jean pula. Hurm... seperti yang dia sangka, orangnya memang cantik, secantik namanya.
"She's from an academic family. Both her parents are professors. Mak dia asal dari Indonesia dan ayah dia dari Johor. Mungkin sebab tu nama dia unik sikit," terang Daris lagi walau segala maklumat tersebut sudah tercatat di kertas tersebut.
Hazif terangguk-angguk sahaja seolah-olah sedang mencerna maklumat-maklumat yang baru diterimanya sedang mata masih tidak berkalih dari merenung gambar gadis yang bernama Jeanelle Fitri itu. "It seems that our competitor is not just anyone and quite strong despite being still new in the industry," ucap Hazif setelah lama terdiam sambil dagunya digosok-gosok. Kertas di tangannya turut diletakkan ke atas meja.
Eliza dan Daris mengangguk bersetuju.
"Syarikat tu dah sign agreement belum dengan Nutra Beauty?" Daris dipandang.
"Belum tapi..."
"Belum tu maknanya kita masih ada peluang untuk dapatkan kontrak tu lagi, kan?" pintas Hazif mematikan bicara Daris. Kening dijongketkan dengan riak yang sedikit ceria daripada tadi.
"Mereka akan sign agreement hari Isnin minggu depan Zif sebab Dato' Sri Hani akan ke London hari Rabu. Dengarnya Dato' Sri ke sana selama sebulan." Eliza menyampuk.
"Any chances for you to get through Dato' Sri, Liz? Aku nak jumpa dia. Maybe I can change her mind." Eliza menggeleng.
"Aku dah try banyak kali nak bercakap dengan Dato' Sri sendiri tapi lately ni memang dia sibuk or maybe she's avoiding my call on purpose."
"Out of this world why syarikat kecil dan baru bertapak yang dapat kontrak tu? Shit!" bentaknya semakin keras. Dasar meja diketuk geram.
"Actually pengurus pemasaran Nutra Beauty, Encik Mirzan tu kawan Dean. Mereka sekampung dan pernah belajar satu sekolah dulu. So, kau faham-faham ajelah." Daris senyum segaris.
"Habis tu kaki kita dekat dalam tu buat apa? Buta-buta bayar dia tapi benda macam ni pun tak boleh handle!" marah Hazif.
"Dia pun tak boleh buat apa Zif bila Dato' Sri dah buat keputusan. Lagipun, sebelum produk siap lagi Encik Mirzan dah bawak Dean jumpa Dato' Sri," sambung Daris lagi.
YOU ARE READING
DEAN & JEAN
Romance❤️ BLURB DEAN & JEAN ❤️ "Nama aku Wan Mohd Nasrudean. Tapi kau boleh panggil aku, Dean." - Dean "Saya Jean. Jeanelle Fitri." - Jean Perkenalan pertama ketika di University of Leicester hampir enam tahun lalu tidak terhenti di situ malah jalinan per...