"Bakpo ma tengok dari takdi lagi Dean gelisoh jah, ado hok tok keno ko?" Hajah Zaiton menegur lalu anak lelakinya itu dihampiri.
"Takdop gapo lah ma, masaloh kerjo sikit," balas Dean dengan senyum nipis di bibir. Pandangannya dibuangkan ke arah ruang tamu yang riuh dengan suara anak-anak saudaranya yang sedang galak bermain. Kak long dengan kedua-dua orang adik perempuannya sedang sibuk menyediakan gubahan hantaran untuk majlis pertunangan esok.
"Balik kampung jare jare pun dok mikir hal kerjo lagi ko?"
Dean sengih sahaja ditegur begitu.
"Haih...Budok-budok ni male-male buto dok berungga lagi," Hajah Zaiton membebel tetapi hanya didengari oleh Dean sahaja. Cucu-cucunya yang sedang berlari ke sana ke mari di ruang tamu rumah dipandang bersama gelengan.
"Budok-budok ma, biar jo lah, bukenyo jupo sokmo pun walaupun sepupu." Dean buang senyum. Memanglah rimas dengar suara jerit pekik begitu tetapi suasana seperti itu bukannya selalu mereka rasai. Kalau hari raya kadang-kadang tak semua ada sekali. Lebih-lebih lagi kakak sulong dan adiknya yang ketiga kerana mengikut giliran ke rumah keluarga suami masing-masing.
Hajah Zaiton tersenyum dan mengangguk. Orang tua seperti dia sudah tentulah rimas dengan suasana yang riuh begitu. Bingit rasanya. Maklumlah kebiasaannya rumah itu sunyi sahaja. Bila sesekali anak cucu balik, riuh rendah jadinya.
"Oh ya ma, nanti kei maso Dean nok kelik, boleh tok ma tolong buat nasik tupe mace hari tu, saeng Dean suko do oh makei," beritahu Dean sambil tersenyum.
"Boleh, tapi saeng Dean tu tino ko jate, ma tengok senyum semace jo tu," usik Hajah Zaiton dengan senyum lebar.
Serba salah hendak menjawab pertanyaan ibunya itu, Dean tersengih dan kepalanya digaru.
"Hurmm, tengok gitu gak, mesti tino kei?" Hajah Zaiton terus mengusik.
Dean langsung tidak menjawab tapi terus tersengih ditempatnya.
"Pahtu, bilo nok bowok jumpo ma nyo?"
"Dean saeng jo lah nga dio ma," jawabnya malu-malu.
"Hurmmm...Sapa bilo Dean nok saeng jah, anok daro ore tu, kalau ma pun ma tok berehi ore bowok anok dara ma gi maghi gini. Mace ore takdo agama, tok molek sangat ore kelih. Kalau kene gak, kito sudoh selaluh, royat jo nok, bilo-bilo maso ma ngan ba leh gi miney,"
Dean berdeham. Kena setepek dia tapi masalahnya Jean tu yang liat sangat. Hurmmm...Jean yang liat atau kau tu yang tak reti nak berterus terang Dean? Kau tak cakap perasaan kau pada dia manalah dia tahu. Marahnya kepada diri sendiri.
"Biar dululah ma, Dean nok kelih dio dulu, saeng-saeng dulu, nok cari hok molek loni ni susoh ma," Dalihnya.
"Sapa bilo Dean, umur Dean lah ko tuo doh, adik beradik semuo nikoh belako doh" Hajah Zaiton membebel pula.
"Tunggu dulu ma, Dean dok caghi duit lagi loni, biar kukuh dulu kerjo, bukei senei nok tanggung anok ore ma,"
"Ado jah alase dio tu," Cemik Hajah Zaiton dan terus bangun dari duduknya. "Oh ma lupo, esok Dean gi umoh Aji Hamdi deh, ambik khemoh hok nok guna pete esok, ma royat doh ko dio."
"Baiklah ma." Kepala diangguk.
"Abe ngoh gi rumoh Aji Hamdi boleh lah jumpo kak Najwa, dengar kato, dio kelik pete takdi," tiba-tiba Haida, adik bongsu Dean menyampuk.
"Bakpo pulok abe ngoh nok jupo dio? Toksei ehh!"
"Olohhh, mano tau nanti ma boleh bese ngan Aji Hamdi pulok," usik Haida lagi.
YOU ARE READING
DEAN & JEAN
Romance❤️ BLURB DEAN & JEAN ❤️ "Nama aku Wan Mohd Nasrudean. Tapi kau boleh panggil aku, Dean." - Dean "Saya Jean. Jeanelle Fitri." - Jean Perkenalan pertama ketika di University of Leicester hampir enam tahun lalu tidak terhenti di situ malah jalinan per...