Oh my my my oh my my my
I've waited all my life
ne jeonbuleul hamkkehago sip-eo
Oh my my my oh my my my
Looking for something right
ije jogeum-eun na algess-eoI want something stronger
Than a moment, than a moment, love
I have waited longer
For a boy with
For a boy with luvSambil bernyanyi dan menari, langkah terus diayun menuruni mata tangga. Sampai sahaja di mata tangga terakhir, kaki terus diayun menuju ke ruang tamu. Beg tangan dan beg komputer riba diletakkan ke atas sofa kemudian langkah dibuka menuju ke meja makan. Baru sahaja dia ingin duduk, dia terdengar suara mamanya menegur. Jean menoleh dan dahi dikerutkan.
"Happy nya hari ni. Pagi-pagi dah menyanyi." Usik puan Kamalia bersama senyuman.
Jean tersengih diusik tetapi kerutan di dahi tetap ada. "Mama cuti ke hari ni?" Soalnya dan dia terus duduk.
"Pagi ni mama ada urusan dekat bank sekejap. Kebetulan pulak kelas mama slot petang hari ni." Puan Kamalia ikut duduk.
"Hari ni Jean balik lewat ya." Teko dicapai dan air milo dituangkan ke dalam cawan. Sandwich telur dicapai pula dan terus disuapkan ke mulut.
"Kerja lebih masa lagi?"
Kepala digeleng. "Jean nak ambil Dean dekat airport." Beritahunya.
"Dean pergi mana?" Berkerut dahi puan Kamalia mendengar bicara anak gadisnya itu.
"Balik Kelantan. Adik bongsu dia bertunang." Selamba Jean dan terus menyumbat sandwich ke mulut.
"Habis tu Dean bila nak bertunang?" Sengaja puan Kamalia bertanya. Hendak juga dia dengar apa jawapan yang akan Jean berikan.
Jean tergelak. "Dean? Bertunang?"
Puan Kamalia mengangguk sambil jungkit kening. Pelik sangatkah soalannya tadi? Kalau dia tanya bila Jean nak bertunang itu memanglah pelik.
"Hurmmmm...nak bertunang apanya ma kalau girlfriend pun tak ada." Minat dekat perempuan tapi perempuan itu pula yang jual mahal. Kesian betul kau, Dean. Rupa ada, businessman lagi tapi tetap juga kena reject! Ejeknya.
"Iya ke orang handsome macam Dean tu tak ada girlfriend lagi?" Duga puan Kamalia lagi.
"Betul ma. Dia tu mana ada girlfriend lagi." Balas Jean beria.
"Entah-entah Jean aje yang tak tahu kot."
"Ya Allah, ma. Jean hari-hari dengan Dean. Jean tahulah." Beria Jean membalas. Dia cakap yang benar pun mamanya tak percaya. Getusnya dan cawan milo panasnya dicapai lalu dihirup.
Bibir Puan Kamalia terus terukir senyum. Lega hati dia mendengar jawapan anak gadisnya itu. Maknanya harapan dia dan suaminya masih terbuka luas. Hanya menunggu masa sahaja untuk direalisasikan.
"Kenapa Dean tak balik naik teksi je? Kenapa Jean nak kena ambil dia pulak?"
"Ermmm...mengada dia tu. Sibuk suruh Jean ambil jugak." Bebelnya bersama cemikan.
"Dia rindukan Jean lah tu." Puan Kamalia mengusik.
"Memang tak lah. Hurmmm...Mama nak keluar pukul berapa ni?" Tisu di atas meja dicapai dan bibirnya dikesat.
"Pukul sembilan lebih nanti baru mama keluar."
Jean angguk dan bingkas bangun. "Kalau macam tu Jean pergi dulu ya. Pukul sepuluh nanti ada first meeting dengan client." Ucapnya dan kerusi ditolak ke dalam meja. Baju blouse lengan panjang berwarna ungu yang dipakainya dikemaskan.
YOU ARE READING
DEAN & JEAN
Romance❤️ BLURB DEAN & JEAN ❤️ "Nama aku Wan Mohd Nasrudean. Tapi kau boleh panggil aku, Dean." - Dean "Saya Jean. Jeanelle Fitri." - Jean Perkenalan pertama ketika di University of Leicester hampir enam tahun lalu tidak terhenti di situ malah jalinan per...