Kasih Dari Dasar Laut. Episode satu.

1.1K 33 4
                                    

Di suatu tempat yang indah, tersergam megah sebuah istana.Ia adalah sebuah istana milik satu kerajaan yang makmur.

Raja muda dan tampan itu bernama Edgar. Manakala permaisuri pula, bernama Eleanor.

Sang raja sangat mencintai permaisurinya, begitu juga dengan Permaisuri, sangat mencinti raja.

Raja Edgar telah mewarisi taktah sejak lima tahun yang lalu. walaupun pada waktu itu, Edgar baru berusia lapan belas tahun, namun terpaksa menaiki taktah disebabkan kemangkatan mengejut ayahandanya.

Di dalam usia semuda itu, sang raja harus menikai seorang gadis, untuk dijadikan Permaisuri.

Beberapa orang utusan telah diarahkan untuk membuat pengumuman kepada semua penduduk, sehinggalah ke seluruh kawasan perkampungan yang dalam.

Dengan pengumuman itu, Eleanor seorang gadis yang tinggal jauh di pendalaman, telah turut terpanggil untuk mengikuti acara pemilihan tersebut. Takdir telah berpihak kepada Eleanor, Kerana raja Edgar telah tertarik kepadanya.

Dua hari kemudian, perkhawinan pun berlangsung. Majlis itu dilangsungkan sangat meriah. semua rakyat dijemput untuk turut memeriahkan perkhawinan di raja itu.

Dengan perkhawinan itu, keluarga Eleanor telah diberikan kesanangan oleh raja.

Tahun silih berganti.
Tanpa disedari, usia perkhawinan raja dan Permaisuri sudah pun mencapai lima tahun. Dalam masa lima tahun perkhawinan, raja dan Permaisuri belum juga dikurniai cahaya mata. Oleh yang demikian, Maharani ibu kepada raja, telah mengambil keputusan mencari gundik untuk raja.

Mendengar akan permintaan Maharani, permaisuri berasa sangat risau. permaisuri datang Kepada raja, lalu merayu supaya tidak bersetuju akan permintaan Maharani itu.

Maharaja yang sangat mencinti permaisurinya, mencuba untuk menyangkal permintaan ibundanya. Namun, raja telah gagal mengubah kemahuan ibundanya itu.

Sesi pencarian gundik telah maharani lakukan sendiri. Raja tidak hadir kerana tidak menyetujui rancangannya itu.

Sesi pemilihan berlangsung hampir satu hari. Maharani telah memilih seorang gadis yang sangat cantik.

Di dalam bilik, permaisuri Eleanor sedang menangis bersedih hati. Ketukan pintu yang bertalu telah mengejutkannya.

Permaisuri mengesat air matanya, lalu bergegas membuka pintu.

"Tuanku...maafkan patik, patik telah diarahkan untuk menjemput tuanku ke balai persidangan."
Kata seorang lelaki suruhan.

Permaisuri mengarahkan orang suruhan itu menunggunya di luar, sementara permaisuri memanggil dayang peribadinya.

Permaisuri sangat menyayangi dayang peribadinya itu kerana, dayang itu sangat setia dan sangat menyayanginya. Walaupun dayang peribadinya itu masih muda sepertinya, namun fikirannya sangat matang. Permaisuri dan juga dayang adalah merupakan sahabat Karib, mereka adalah rakan sekampung.

Permaisuri memanggil dayang peribadinya itu sekali lagi, namun tiada sahutan daripada sang dayang.

Mendengar suara permaisuri, lelaki suruhan tadi bergegas menghadap.

"Tuanku...dayang tuanku tidak ada disini, maharani telah mengarahkan semua anak gadis berkumpul bersama untuk sesi pemilihan gundik, dayang peribadi tuanku turut tidak terkecuali." Kata lelaki suruhan itu mejelaskan.

Sejurus selesai berdandan, permaisuri keluar lalu terus bergegas ke dewan persidangan.

Di dewan persidangan, Maharani sedang duduk bersama dengan raja di sampingnya. Melihat kehadiran permaisuri, raja tunduk tidak berani menatap wajah wanita tercintanya itu.

Kasih Dari Dasar Laut.Where stories live. Discover now