"Ampun tuanku permaisuri, tuanku gundik baru saja melahirkan. pendarahan yang tuanku gundik alami, berpunca daripada banyak melakukan pergerakan, atau mungkin tuanku gundik pernah terjatuh." Tabib istana menjelaskan.
"Berikan gundik rawatan yang terbaik. ingat...hukuman akan menanti kepada tabib yang gagal menjalankan tugas." Kata amaran dari permaisuri.
"Ayehe, bonda telah dikhabarkan sakit. Kau berehat saja disini secukupanya. Saya harus melawat bonda." Kata Permaisuri menerangkan situasi yang berlaku.
"Baiklah, tuanku jangan risau, tolong Sampaikan salamku kepada bonda." Jawab Ayehe.
Di menara usang, permaisuri disambut oleh para penjaga pintu. Permaisuri mengarahkan supaya dia segera dibawa berjumpa dengan maharani.
"Bonda...maafkan beta kerana baru datang. Beta baru saja dimaklumkan oleh pengawal. Kata
Permaisuri menjelaskan."Tuanku tidak perlu datang...tidakkah tuanku merasakan baik, jika aku mati saja?" Jawapan keras daripada maharani.
"Mengapakah bonda berfikir demikian? beta tidak akan tergamak berfikir begitu. Beta sentiasa berharap semoga bonda sentiasa sihat dan panjang umur." Jawab permaisuri.
Kelihatan ada sedikit kelainan pada wajah maharani, apakah yang bermain di dalam fikirannya, tiada sesiapa yang tahu.
"Oh...ya! saya ingin memaklumkan kepada bonda, Ayehe sudah kembali. Ayehe baru saja melahirkan seorang putera. wajah putera mirip sangat dengan tuanku. Ayehe juga Ada meminta saya menyampaikan salam kepada bonda." Permaisuri menceritakan.
Mendengar khabar daripada permaisuri, maharani tidak berkata apa-apa, hanya terlihat sedikit kesedihan di wajahnya.
"Bonda, beta sudah mengarahkan tabib istana untuk merawat dan menjaga bonda dengan baik, semoga bonda cepat sembuh. Beta harus kembali ke istana, Ayehe kurang sihat. lagipun beta tidak berani meninggalkan istana begitu lama, tuanku pasti kesunyian tanpa saya disisi." ulas permaisuri.
Maharani tetap tidak menjawab segala apa yang permaisuri katakan. Ketika permaisuri sudah bersedia untuk melangkah pergi, maharani akhirnya bersuara.
"Aku memohon supaya tuanku membawa Sinu kemari...walau bagaimanapun keadaannya, aku perlukan dia disisi." Kata maharani. Permaisuri memandang ke arah maharani, lalu menjawab.
"Baiklah."
Di dalam kediamannya, Ayehe berpesan kepada dayang supaya segera memaklumkan permaisuri untuk berjumpa dengannya, sebaik saja permaisuri kembali ke istana.
Dayang yang diarahkan baru saja hendak bergegas pergi ke kediaman permaisuri, namun, tidak perlu lagi Kerana, permaisuri sendiri sudah datang.
Melihat permaisuri masuk, Ayehe mengarahkan supaya semua orang keluar.
"Tuanku...Saya perlukan bantuan...
saya tidak boleh tinggal di dalam istana ini lagi, Kerana, keadaan saya tidak mengizinkan."
Kata sang gundik mejelaskan."Wahai Ayehe... apakah maksud kamu ini?"
Permaisuri bertanya."Tuanku, keadaan saya tidak seperti dulu lagi. Kerana sumpahan itu, sesuatu telah terjadi padaku. Pada waktu siang, saya akan berubah menjadi seekor ikan duyung, manakala pada waktu malam pula, saya akan kembali menjadi manusia. Tuanku, sebelum matahari terbit, saya harus kembali ke laut. Jika tidak, berkemungkinan saya akan mati. Saya juga sangat risaukan putera... pada Ketika saya baru melahirkannya, dia juga berupa ikan duyung, tuanku harus membantu saya dan juga putera." Rayu Ayehe.
Apa yang Ayehe sampaikan telah membuat permaisuri sangat terkejut.
"Baiklah Ayehe...beta akan membantu kau dan juga putera. Akan tetapi, beta harus memastikannya dulu. Beta, tidak mahu kamu tinggalkan beta lagi. Beta sudah tiada siapa-siapa yang boleh membantu menguruskan negara ini, saya hanya ada kamu dan putera saja." Kata luahan permaisuri. Pada malam itu, permaisuri telah tidur bersama dengan Ayehe.
YOU ARE READING
Kasih Dari Dasar Laut.
FantasyMengisahakan cerita tentang seorang dayang dan juga sahabat baiknya seorang permaisuri jelita. Ayehe seorang dayang dan juga merupakan pembantu peribadi kepada sahabatnya iaitu permaisuri raja. Disebabkan perkara yang tidak disangka-sangka, Maharani...