Sejurus Ayehe terjun ke dalam air, dengan serta-merta, Ayehe berubah menjadi duyung. Ayehe mendongak ke atas menghadiakan senyuman manis kepada maharaja.
"Tuanku, tolong jaga putera kita dengan baik. Aku juga telah mengamanahkan putera kita Kepada tuanku permaisuri. Masa akan berlalu begitu saja, kita tidak akan sedar tentangnya. Rahsiakan pada putera tentangku. Katakan saja
tuanku permaisuri adalah ibundanya. Aku berasa sangat gembira kerana pada akhirnya, aku dapat membuat tuanku permaisuri yang juga merupakan sahabat baikku gembira. Pada hari terakhir ini, aku ingin menyebut nama sahabat baikku ini."
Kata permaisuri Ayehe.Ayehe memandang ke arah permaisuri Eleanor. Ayehe tersenyum lalu melambaikan tangan.
Beberapa patah perkataan telah keluar daripada mulutnya."Selamat tinggal sahabat terkasihku ELEANOR!" kata akhir dari Ayehe, sebelum terus menyelam ke dalam air. Kerana kesedihan yang mendalam, permaisuri menangis lalu pengsan.
Maharaja hampir hilang kesedaran apabila nyaris terjun untuk mendapatkan Ayehe.
Mujurlah, semua para pembesar berada disampingnya dan telah sempat menghalang tindakan maharaja itu.Sejurus Ayehe menyelam ke dalam air banjir, cuaca kelihatan Perlahan-lahan berubah.
Hujan yang lebat akhirnya, beransur-ansur berhenti. Kelihatan rakyat bersorak gembira melihat alam sudah mulai kembali normal.Hari demi hari berlalu, maharaja masih sentiasa menantikan kemunculan permaisuri Ayehe.
Namun, Permaisuri Ayehe tidak pernah kembali lagi. Manakala permaisuri Eleanor pula, tidak pernah berkecil hati, Kerana dia memahami segalanya.Lapan puluh tahun kemudian, perubahan pada dunia semakin banyak. Tidak ada lagi kawalan pada pantai dimana Ayehe bertempat.
Nelayan yang datang mencari reziki sangat banyak. Ayehe terpaksa menyelam ke dasar laut yang jauh untuk mencari tempat bersembunyi."Oh...selepas lapan puluh tahun berlalu, perubahan pada dunia semakin ketara, apakah khabar tuanku raja dan permaisuri? Adakah mereka masih hidup? bagaimana pula dengan puteraku? Pasti puteraku sudah tua." Keluh Ayehe.
Ayehe teringin pulang untuk bertemu dengan semua orang yang dikasihinya di istana itu. Namun, Ayehe takut malapetaka itu akan berulang lagi jika dia kembali. Ayehe menangis
menahan kerinduan yang terpendam sekian lama.Dua puluh tahun kemudian, genap seratus tahun Ayehe tinggal di dalam laut. Pada tahun ke seratus itu, Ayehe telah Kembali menjadi manusia. Kerana berasa takut dengan dunia yang semakin maju, Ayehe tidak berani keluar dari laut. Ayehe mengambil keputusan untuk bersembunyi saja di dalam lautan.
Di tempat persembunyian, Ayehe tertidur. Ayehe telah bermimpi tentang pemuda gergasi itu. Di dalam mimpi pemuda itu berkata.
"Wahai Permaisuriku, kau harus bertahan kerana, aku akan sedikit lambat menjemputmu. Aku berharap kau dapat menungguku." Kata lelaki itu.
YOU ARE READING
Kasih Dari Dasar Laut.
FantasyMengisahakan cerita tentang seorang dayang dan juga sahabat baiknya seorang permaisuri jelita. Ayehe seorang dayang dan juga merupakan pembantu peribadi kepada sahabatnya iaitu permaisuri raja. Disebabkan perkara yang tidak disangka-sangka, Maharani...