Dengan iringan airmata Ayehe menghampiri katil. Perasaan di hati inggin terus memeluk suaminya yang terbaring kaku itu.
"Saya tidak boleh menunjukkan diri kepada permaisuri, dia pasti akan sedih jika melihat aku begini. Semua apa yang terjadi adalah kerana kesalahanku. Aku tidak sanggup berhadapan dengan permaisuri." Kata hati Ayehe.
Ayehe menuju ke dapurnya.
Selama Ayehe menjadi gundik, Ayehe jarang makan masakan daripada dapur istana. Ayehe suka memasak, maka dapur peribadi telah raja sediakan untuknya.Ayehe mencuri-curi masuk ke dalam dapur istana, lalu mengambil beberapa keperluan untuk dimasak. Ayehe membawa semua bahan yang diambilnya daripada dapur istana, bergegas pergi ke dapurnya. Ketika masih bergelar dayang, permaisuri sangat menggemari masakannya, oleh yang demikian, Ayehe mengambil keputusan memasak untuk
Permaisuri.Sejam bertungkus lumus di dapur, barulah Ayehe selesai. Ayehe meletakkan semua masakannya di atas meja. Ayehe melihat ke arah permaisuri. Kelihatan permaisuri masih tidur lena. Ayehe menghampiri katil, menatap seketika wajah Maharaja. Satu kucupaan di dahi Ayehe berikan Kepada raja.
"Aku harus pergi sekarang...
Kata Ayehe.Kerana Ayehe tidak mahu terjadi perkara yang tidak diingini, Ayehe mengambil keputusan untuk kembali ke laut.
"Ua....ua...suara permaisuri menguap.
Setelah begitu lama tertidur, permaisuri akhirnya terjaga. Permaisuri makanan yang dimasak Ayehe, telah menusuk ke dalam hidung permaisuri."Mengapakah ada bau makan di dalam bilik ini?
Oh...saya biasa dengan bau masakan ini. Adakah Ayehe sudah kembali?Ayehe...adakah kamu ada disini? Keluarlah saya sangat merindui kamu..."
Namun, panggilan yang dibuat permaisuri, tidak mendapat sahutan. Itu kerana, Ayehe sudah kembali ke laut.Permaisuri menuju ke arah meja khas yang ada di dalam bilik itu, memang benar hidangan yang lazat di atas meja.
"Ayehe....Ayehe..."
Permaisuri berlari keluar."Tuanku... mengapakah tuanku kelihatan terkejut? Patik mendengar tuanku memanggil tuanku gundik. Tuanku, harus menerima bahawa tuanku gundik sudah tiada." Kata seorang penjaga pintu bertugas.
"Berani kamu berkata begitu...
Gundik belum mati...dia hilang untuk sementara saja. Herdik permaisuri Eleanor marah.Melihat permaisuri sangat marah, pengawal tersebut bersujud meminta maaf.
"Panggil kemari semua tukang masak!
beta mahu bertanya sesuatu kepada mereka." Kata permaisuri mengarahkan pengawal.Semua tukang masak termasuk pembantu datang serentak menghadap permaisuri.
"Ampun tuanku"
Semua serentak bersujud di hadapan permaisuri."Adakah diantara kalian yang telah masuk ke dalam bilik larangan menghantar Dan makanan untuk beta?" Permaisuri bertanya.
"Tuanku tidak ada satupun diantara kami yang akan berani masuk ke tempat larangan itu.
Kami juga sudah menyiapkan makanan untuk tuanku. Makanan itu seperti biasa ada di dapur istana." Jawab ketua tukang masak."Baiklah, kalian semua boleh pergi!"
Kata permaisuri.Permaisuri melangkah menghampiri meja makan. Permaisuri tidak mahu berfikir panjang lagi, permaisuri duduk dan terus menjamu selera. Beberapa suapan nasi dan lauk ke mulut, tiba-tiba air mata permaisuri mengalir. Di dalam hati
Permaisuri berkata."Ini adalah masakan Ayehe.
Ayehe berada disini. Namun, mengapakah Ayehe tidak mahu berjumpa denganku?"
Permaisuri menyoal dirinya sendiri."Ayehe... dimanakah kamu berada?
Keluarlah beta sangat merindui kamu," Permaisuri memanggil sambil menangis sepenuh hati. Kerana tidak ada sahutan daripada Ayehe, permaisuri terpaksa berhenti memanggil.
YOU ARE READING
Kasih Dari Dasar Laut.
FantasyMengisahakan cerita tentang seorang dayang dan juga sahabat baiknya seorang permaisuri jelita. Ayehe seorang dayang dan juga merupakan pembantu peribadi kepada sahabatnya iaitu permaisuri raja. Disebabkan perkara yang tidak disangka-sangka, Maharani...