Kasih Dari Dasar Laut. Episode tiga

525 25 4
                                    


Bonda, tolonglah jangan apa-apakan mereka...beta tidak akan membiarkan bonda berbuat sesuka hati." Kata raja mencuba untuk menghalang Maharani.

"Bonda telah berniat baik dengan memilih Ayahe menjadi gundik. Perbuatan Ayehe itu, adalah satu kesalahan besar." Ulas Maharani.

"Baiklah, beta akan meminta gundik memohon maaf, selepas itu lupakan semua yang berlaku."
Kata raja mencuba lagi memujuk ibundanya. Akan tetapi, maharani adalah seorang yang tidak akan mundur, setelah memutuskan sesuatu.

"Tuanku, tidak semudah itu untuk bonda memaafkan orang yang bersalah.
Sinu... tolong beta merubah gundik ini menjadi apa saja, biar semua orang tahu, apa akibatnya jika berani menghianati beta."
Kata Maharani.

"Tuanku, patik minta maaf, kerana patik tidak boleh menuruti kehendak tuanku. mereka tidak berbuat kesalahan yang besar, oleh yang demikian saya minta maaf." Jawab Sinu.

Mendengar jawapan daripada sahabatnya itu,telah membuat maharani sangat terkilan.

"Teganya kau berkata begitu padaku, rasanya kau sudah tidak menganggap beta sebagai sahabat baik lagi. Jika demikian, apa gunanya lagi persahabatan kita ini?"
Kata Maharani membentak.

"Kita akan bersahabat sampai mati. Akan tetapi, tolonglah jangan memaksa patik melakukan perkara yang kejam. Walaupun patik adalah seorang yang serba tahu, namun, patik tetap orang baik." Ulas Sinu.

"Tidak...kau kena ikut arahan beta... Kau jangan lupa, beta adalah maharani... Bukankah kau pernah berkata akan sentiasa setia pada beta? Namun,mengapakah kaumenolak permintaan beta?"
Maharani bertanya.

"Oleh kerana, permintaan tuanku ini agak keterlauan." Jawab Sinu ringkas. Sinu berasa sangat serba salah dan bingung  akan permintaan sahabat baiknya itu.

Kerana marahani terkilan dengan Sinu, maharani telah menolak Sinu sehingga jatuh. Kelihatan tongkat sakti kepunyaan Sinu telah mengeluarkan cahaya setelah terlepas daripada gengamannya.

Melihat cahaya daripada tongkat itu, maharani memegang dan mengarahkan tongkat itu ke wajah Ayehe.

"Melalui tongkat ini beta menyumpah kamu gundik tak guna..." Teriak Maharani.

Melihat perbuatan ibundanya, raja datang menghampiri untuk membantu.

"Bonda saya merayu, tolonglah jangan berbuat begini, saya akan mengarahkan pengawal menangkap bonda, jika bonda masih berdegil."
Ugut maharaja.  Namun ugutan maharaja tidak berkesan kepada maharani.

"Ha...ha...saya adalah ibu tuanku, adakah tuanku berani? Saya adalah maharani siapa yang berani menyentuh beta? Ha...ha..." Maharani ketawa terkekah-kekah.

"Mampus kau kali ini perempuan tak guna..."
bentak Maharani. Maharani menghalakan tongkat ke arah Ayehe, kelihatan tongkat itu semakin bersinar.

Keadaan semakin menjadi tidak terkawal apabila tidak ada seorang pengawal pun yang berani menghalang maharani.

Sinu bangkit daripada jatuh, lantas mencuba merampas kembali tongkatnya daripada maharani. Maharani berasa sangat murka, apabila sahabat yang diharpaknan tidak mahu menyebalhinya.

"Sinu..."
bentak maharani lantas memukul Sinu menggunakan tongkat sakti.

"Lebih baik kau mati saja,"
Bentak Maharani, memukul Sinu untuk kali kedua.

Ternyata pukulan yang Kedua itu, telah membuat tubuh Sinu telah mengeras dan menjadi kaku.

"Sinu sempat melemparkan cermin ajaib kepada permaisuri.

"Tuanku, simpanlah cermin ajaib ini, suatu hari nanti, tuanku akan memerlukannya." Kata Sinu. Sejurus selepas itu, tubuh Sinu Perlahan-lahan bertukar menjadi batu. Melihat kejadian yang tidak diduga itu, maharani menjerit.

Kasih Dari Dasar Laut.Where stories live. Discover now