Kasih Dari Dasar Laut.Episod Dua

606 26 1
                                    

Di tempat peraduan permaisuri, gundik Ayehe datang menghadap.

"Tuanku, ampunkan patik kerana datang tanpa diundang ."

Permaisuri datang menghampiri, lalu meminta sang gundik berdiri.

"Awak tidak perlu terlalu bersopan di hadapan beta. Sebelum ini, kita berasal dari tempat yang sama." Jawab permaisuri kepada gundik.

"Sebenarnya, patik telah dimaklumkan oleh tabib diraja bahawa, patik telah berbadan dua.
Patik memohon kepada tuanku, supaya bersetuju dengan permintaan patik." ulas sang gundik.

"Apakah maksud awak ini?"
Permaisuri bertanya.

"Saya akan menyerahkan bayiku kepada tuanku, jika tuanku sudi menerima cadangan patik." Jawab gundik.

"Apakah sebenarnya yang ingin awak sampaikan ini wahai Ayehe? beta tidak mengerti." ujar Permaisuri.

"Sebenarnya, patik mahu tuanku bersetuju untuk berpura-pura mengandung. Patik akan menyerahkan bayi patik kepada tuanku, setelah melahirkan nanti. Tuanku tidak payah risau, patik akan katakkan kepada Maharani bahawa, bayi patik tidak dapat diselamatkan sejurus selepas dilahirkan."
Usul gundik Ayahe memberikan cadangan.

Pet...satu tamparan telah hinggap di atas pipi kiri sang gundik.

"Berani awak mengusulkan perkara terkutuk itu kepada beta...adakah awak beranggapan beta ini, seorang yang sangat mementingkan diri? Awak salah...Kerana berperasaan begitu. Ayehe... beta ini ada perasaan, mana mungkin beta tergamak melakukan perkara seperti itu."
marah Permaisuri kepada Ayehe.

Melihat permaisuri marah, gundik Ayehe bersujud memohon maaf.

"Tuanku ampunkan patik.
Patik tidak berniat dan tidak bermaksud demikian. Patik cuma berniat untuk membahagiakan tuanku."

"Baiklah...awak tidak perlu bersujud di hadapan beta, sekarang cepat bangun!" perintah permaisuri. Permaisuri begitu terkesan dan sangat terharu di atas kesetiaan bekas dayangnya itu.

Sebulan kemudian, sang gundik telah bertanya sesuatu kepada raja.

"Tuanku... adakah tuanku mencintai patik?"

Mendengar pertanyaan itu, raja berpaling langsung menatap wajah gundiknya.

"Mengapakah awak bertanya begitu?
adakah awak pernah merasakan layanan buruk daripada beta?" Raja pula bertanya.

"Tidak...patik hanya ingin tahu." Jawab gudik seraya menatap wajah lelaki yang sangat dicintainya itu.

"Jujur beta katakan, beta sangat menyayangi awak...akan tetapi, beta sangat mencinti permaisuri."
Jawab raja.

Mendengar penjelasan daripada raja, gundik menyedari segalanya. Gundik tersenyum kepada raja seraya berkata.

"Saya faham...tuanku permaisuri adalah seorang wanita yang sangat jelita, dan sangat baik hati." Ulas gundik Ayehe. Di dalam hati sang gundik terselit sedikit perasaan kecewa. Di sebalik itu, gundik Ayehe berasa gembira bagi pihak permaisuri.

Di dalam bilik peraduan sahabat baik maharani datang menghadap.

"Apa khabar tuanku maharani?"
Sapa wanita separuh umur itu.
Kebetulan Maharani yang sedang didandan oleh para dayang berpaling ke arah suara itu.

"Oh...kamu...beta sangkakan kamu sudah melupakan beta." Kata Maharani.

"Mana mungkin saya melupakan tuanku, kita sudah bersahabat sedari kecil lagi, tidak semuda itu untuk kita saling melupakan." Jawab wanita itu.

"Sebagai maharani, beta adalah wanita yang sangat berkuasa, namun agak mustahil untuk beta menandingi seorang alih sihir." Sambil ketawa maharani mengulas.

Kasih Dari Dasar Laut.Where stories live. Discover now