Sejurus maharaja tersedar dari tidur yang panjang, maharaja terus memandang sekeliling. Maharaja tersenyum melihat permaisuri,dan gundik ada di sisinya.
"Adinda berdua, dimanakah kini kita berada? Untuk apakah adinda berdua membawa beta ke sini?"
Tanya Maharaja.belum sempat gundik dan permaisuri menjawab pertanyaan maharaja, gundik berasa ada sesuatu yang terjadi padanya.
Gundik Ayehe, melihat ke arah kakinya, ternyata, gundik Ayehe telah kembali menjadi duyung. Kerana tidak dapat menerima keadaannya itu, gundik telah hilang kesederan lalu
menjerit dengan kuat.Mendengar sang gundik menjerit, telah mengejutkan semua orang. Maharaja melihat ke arah gundik, dan sangat terkejut.
"Adinda Ayehe... apakah yang terjadi?
mengapakah adinda boleh menjadi seperti ini?" Tanya maharaja."Cepat...bawa isteri beta balik ke istana! Ingat...jaga isteri beta dengan sungguh. Jika beta melihat Walau sedikitpun calar di mana-mana bahagian tubuhnya, beta tidak akan teragak-agak memancung kepala kalian semua." Tegas maharaja.
Kerana terbaring begitu lama, Maharaja tidak mampu berdiri dengan seimbang. Maharaja terpaksa menaiki tandu bersama-sama dengan permaisuri dan gundik. Sepanjang masa perjalanan, Maharaja memeluk gundik Ayehe, tanpa melepaskannya. Manakala, Permaisuri Eleanor hanya mampu menundukkan kepala, melihat Kasih sayang yang raja tunjukkan Kepada dayangnya itu.
Permaisuri melirik ke arah gundik Ayehe dan maharaja. Teringin sekali permaisuri merasakan pelukan yang sama. Sudah agak lama permaisuri tidak merasakan belaian Kasih daripada maharaja.
Ketika di dalam tandu, keadaan gundik Ayehe semakin teruk. Gundik Ayehe telah memohon sesuatu Kepada maharaja.
"Tuanku harus segera menghantar dinda ke laut... dinda perlukan air. dinda sudah tidak mampu bertahan lagi. tolonglah arahkan semua pengawal supaya segera menghantar dinda ke laut. Dinda berjanji, pada malam nanti, setelah dinda sudah kembali menjadi manusia, dinda akan datang menemui tuanku." Kata gundik Ayehe.
"dinda apakah yang telah terjadi?
tolonglah jelaskan Kepada beta. mengapakah dinda boleh berubah seperti ini?" Tanya maharaja bingung."Tuanku, Sinu ada jawapan untuk semua ini. Oh...ya! Tuanku, dinda telah melahirkan seorang putera untuk tuanku, dan dinda berasa sangat gembira. Dinda juga tidak akan merugut, jika ada apa-apa yang terjadi pada dinda selepas ini. kerana, dinda sudah memberikan zuriat Kepada tuanku." Kata gundik Ayehe tersenyum.
Oh...dinda, terima Kasih kerana telah memberikan beta keturunan. Beta berjanji akan sentiasa mencintai dinda Walau apapun keadaan dinda." Kata Maharaja.
"Cepat kita ke laut sekarang!"
Kata raja mengarahkan semua pengikutnya.Di tebing laut, mahraja mengangkat gundik dengan cukup hati-hati. Maharaja mengucup bibir gundiknya cukup lama, sebelum melepaskan gundiknya ke laut.
Sebaik saja raja melepaskan gundiknya, gundik Ayehe pun, terus menyelam ke dasar laut. Maharaja telah mengarahkan panglima dan pengikut-pengikutnya untuk menjaga seluruh kawasan laut itu. Arahan telah raja keluarkan perintah tidak dibenarkan sesiapapun datang di kawasan itu, kerana kawasan itu telah ditutup serta-merta.
Maharaja kembali masuk ke dalam tandu. Kelihatan di raut wajah permaisurinya agak muram.
Maharaja baru sedar, sejak dari tadi dia telah menunjukkan cinta Kasihnya Kepada sang gundik saja. Maharaja juga telah mengucup bibir gundiknya di depan permaisuri dan semua orang. Sungguh maharaja telah terlupa. kerana, terlalu risaukan keadaan gundiknya maharaja telah terlupa akan permaisurinya.
YOU ARE READING
Kasih Dari Dasar Laut.
FantasyMengisahakan cerita tentang seorang dayang dan juga sahabat baiknya seorang permaisuri jelita. Ayehe seorang dayang dan juga merupakan pembantu peribadi kepada sahabatnya iaitu permaisuri raja. Disebabkan perkara yang tidak disangka-sangka, Maharani...