Melihat kejadian itu, Ayehe terus berlari menuju ke dalam bilik peraduannya. Ayehe duduk sehinggalah perasaannya kembali tenang. Pada pertama kalinya, Ayehe berasa hairan akan perasaannya itu.
"Aku tidak sepatutnya berperasaan begini, permaisuri adalah wanita yang sangat dicintai oleh tuanku, aku harus mengikis perasaannku ini. Walaupun Aku tidak mampu menipu diriku, akan tetapi, aku tidak boleh berebut kasih dengan tuanku permaisuri." Bisik hati kecil Ayehe.
Ayehe datang Kepada dayang yang menjaga puteranya.
"Aku ingin bersendirian dengan putaraku. Aku peringatkan kamu, jangan benarkan sesiapapun datang menganggu. Lagi satu perkara, rahsiakan kedatanganku ini, walaupun pada tuanku. Maklumkan pada pengawal yang bertugas. Sekarang!" Tegas Ayehe.
Malam itu, Ayehe telah tidur bersama dengan puteranya. Walaupun Ayehe tidak sentiasa bersama dengan puteranya, Ayehe tetap bersyukur kerana masih mempunyai kesempatan menyusui puteranya yang terkasih itu.
"Oh...hari sudah pun subuh, sekarang
aku harus kembali ke laut. Aku tidak mahu tuanku melihatku disini. Aku juga tidak mahu tuanku berasa serba salah. Melihat mereka berdua bahagia, sudah memadai bagiku." Kata Ayehe"Sayang kita bertemu lagi malam nanti." Bisik Ayehe pada puteranya.
Sejurus Ayehe menyerahkan puteranya Kepada dayang yang yang ditugaskan, kelihatan putera telah menangis. Walaupun Ayehe berasa sangat sedih, namun Ayehe harus pergi.
Pagi itu, maharaja yang baru terjaga dari tidur, bergegas melihat ke luar jendela. Raja terkejut melihat suasana alam sudah terang.
Raja berkata.
"Oh...hari sudah siang
Aku telah terlajak tidur.
Adakah adinda Ayehe sudah balik?
Oh... sungguh malam tadi, aku telah hilang kesederan. Aku harus ke kamar adinda Ayehe sekarang."Di dalam bilik gundik Ayehe, maharaja mencari. Namun, Ayehe tidak ada di dalam bilik. Maharaja tertanya-tanya di dalam hati, Mengapakah gundiknya itu menipunya. Maharaja keluar bertanya Kepada pengawal bertugas.
Namun, pengawal kelihatan serba-salah."Katakan pada beta, Ketika beta tidur, adakah puan gundik ada pulang?" Raja bertanya.
Pengawal tidak berani dan berasa serba salah. Sang gundik telah berpesan namun, pertanyaan daripada raja mereka harus dijawab dengan jujur."Tuanku gundik baru saja pergi, tuanku gundik telah melarang kami semua untuk memaklumkan pada tuanku, ampunkan patik tuanku." Kata pengawal bertugas. Raja muda yang baik itu, tidak berkata apapun, tetapi terus keluar mengejar Ayehe.
Maharaja berlari menuju ke laut.
Maharaja berasa sangat bersalah kerana, tidak menunggu gundiknya itu pulang. Beberapa meter daripada maharaja Ayehe kelihatan
sedang menuju ke laut."Adinda tunggu beta!
rayu Maharaja memanggil Ayehe.Maharaja berlari, lantas terus memeluk Ayehe. Cinta maharaja Kepada gundiknya itu semakin bertambah, setelah maharaja menyedari gundiknya itu telah banyak berkorban untuknya.
YOU ARE READING
Kasih Dari Dasar Laut.
FantasyMengisahakan cerita tentang seorang dayang dan juga sahabat baiknya seorang permaisuri jelita. Ayehe seorang dayang dan juga merupakan pembantu peribadi kepada sahabatnya iaitu permaisuri raja. Disebabkan perkara yang tidak disangka-sangka, Maharani...