Kasih Dari Dasar Laut.Episod Lapan.

373 19 3
                                    

Pagi itu, Ayehe datang menghadap permaisuri. Tujuannya adalah ingin mengucapkan selamat tinggal.

Ayehe berkata.

"Tuanku, saya akan berangkat pulang.
Saya memohon maaf kerana menyusahakan tuanku menjaga putera. Saya berjanji, tidak akan lama disana."

"Baiklah, berhati-hati."
Jawab permaisuri.

Setelah mengucup puteranya, Ayehe turut tidak lupa, mengucup Maharaja. Dengan berat hati, Ayehe mengorak langkah pergi.

Ketika Ayehe sudah bersedia untuk pergi, beberapa orang pengawal peribadi telah mengikutinya dari belakang.

"Mengapakah kalian mengikutiku?
kamu semua boleh balik ke istana...
saya tidak perlukan kalian." Kata Ayehe Memerintahkan semua pengawal balik ke istana.

"Kami adalah pengawal yang ditugaskan oleh tuanku raja menjaga untuk puan. kami tidak boleh membiarkan Puan pergi sendirian. Kami ini adalah pengawal peribadi puan... oleh yang demikian, kami tidak boleh balik ke istana." Jawab ketua pengawal.

Kerana kesemua pengawal itu sangat setia kepada raja, Ayehe tidak mampu untuk menghalang.

Di menara, Sinu sudah bersedia.
Melihat kedatangan Ayehe, Sinu tersenyum.

"Puan sudah datang? kita sudah boleh berangkat sekarang. Perjalanan agak jauh, akan tetapi, puan tidak payah risau saya akan mencuba membantu puan." Kata Sinu sedikit mencuba melegakan perasaan gemuruh Ayehe.

Beberapa meter jarak di antara kumpulan Ayehe dan juga permaisuri, kelihatan Sinu menghayunkan tongkat saktinya. Kuasa tongkat sakti jelas Kelihatan. Terasa angin sedikit bertiup dan telah menghasilakan pusaran. Kelihatan angin yang berpusar-pusar telah mengelilingi Ayehe Sinu dan beberapa orang pengikutnya.

Melihat pada pusaran angin itu, permaisuri bersama beberapa orang yang dibawanya berasa hairan.

"Ayuh kita segera menghampiri mereka." Kata Permaisuri mengarahkan semua pengikutnya.

Ketika pusaran angin itu semakin kuat, permaisuri dan pengikutnya masuk ke dalam pusaran dan telah dibawa pergi bersama kumpulan Ayehe.

Pusaran angin telah membawa mereka semua terus di bawah kaki gunung. setelah pusaran
angin itu hilang, Ayehe terkejut melihat permaisuri.

"Tuanku, bagaimanakah tuanku boleh berada disini? Siapakah yang menjaga istana?"
Ayehe bertanya hairan.

"Ayehe, mengapakah awak risau? ada ramai pegawai tinggi yang boleh diharap menjaga istana, oleh itu, janganlah kau risau. Sekarang saya ingin tahu apakah yang kau lakukan disini? Saya tidak faham mengapa kau sanggup menipu beta."
Kata permaisuri sedikit terkilan.

Ayehe tunduk tidak tahu nak kata apa. Ayehe terpaksa menjelaskan segalanya Kepada permaisuri. Setelah semuanya sudah jelas, permaisuri bersama sang gundik sudah bersedia menakluki gunung itu bersama.

Beberapa jam perjalanan mendaki, permaisuri mengarahkan supaya semua berehat seketika.
Ayehe melihat beberapa ekor pacat telah menghisap darahnya. Kerana Ayehe dan permaisuri berasal daripada orang biasa, mereka tidak perlukan pertolongan sesiapa untuk meleraikan pacat yang melekat ke atas tubuh mereka.

Ketika mereka semua sedang berehat, Ayehe menyedari Sinu masih bersama mereka. Ayehe bertanya.

"Sinu... bukankah kau berkata tidak akan menemani kami mendaki gunung ini? Mengapakah kau tidak balik saja? Saya dan permaisuri sangat berterima kasih diatas segala bantuan yang telah kau berikan. Tidak usahlah kau mengikuti kami, seandainya kau tidak boleh menginjak kawasan gunung ini, kami tidak mahu ada sesuatu yang buruk akan terjadi pada kau." kata Ayehe risau.

Kasih Dari Dasar Laut.Where stories live. Discover now