Di dalam menara asing, Maharani berjalan mundar-madir. Sinu tidak tahan melihat perlakuan maharani lalu Sinu bertanya.
"Tuanku, apakah yang merunsingkan tuanku? dari tadi tuanku kelihatan mundar-madir, ceritakanlah kepada patik." Kata Sinu.
"Sebenarnya, beta ada beberapa permintaan, Bolehkah awak beritahu bagaimana cara memulihkan tuanku raja? Maharani bertanya.
"Tuanku, mengapakak tuanku mahu tahu?"
Sinu pula bertanya."Kerana beta mahu tahu...
Adakah awak keberatan?
jika benar begitu, tidak mengapa."
Ulas maharani sedikit merajuk."Sikap kuat merajuk tuanku ini...tidak pernah berubah. Ubahlah sedikit sikap tu." Nasihat Sinu.
"Jika awak ada jawapan untuk soalanku itu, jawab saja... jika awak tiada jawapannya, tidak mengapa, beta tidak memaksa."
Ulas maharani."Tuanku, permaisuri telah memecahkan cermin ajaib miliku, hanya cermin itu yang mampu memulihkan tuanku. Sinu menjelaskan.
"Apakah tidak ada cara lain lagi...?
Sinu, awak adalah orang yang sangat berkobolehan tolonglah beta wahai sahabatku." Rayu Maharani."Bukannya Patik tidak mahu membantu, patik mahu sangat... Akan tetapi, patik sudah tidak berkemampuan. Memang masih ada satu cara lagi, tetapi ianya sangat berbahaya." Jawab Sinu.
"Apakah maksud katamu ini wahai Sinu? Pasti apa yang awak maksudkan itu adalah caranya.
bukankah begitu?" Maharani mencuba untuk menebak."Memang benar sangkaan tuanku.
Menurut apa yang guru patik pernah ceritakan, cermin ajaib yang guru wariskan kepada patik itu ada dua. Satu daripadanya adalah apa yang telah permaisuri pecahkan. Manakala yang satu lagi, ada terdapat di atas gunung. Gunung itu, beberapa batu jauhnya dari sini. Cermin itu juga, dikhabarkan dijaga oleh gergasi.
Sudah banyak orang yang mencuba untuk mendapatkan cermin itu, namun, semua yang datang mencuba nasib, telah tewas dimakan oleh gergasi tersebut. Tuanku, hanya itu saja caranya." Kata Sinu seraya menghela nafas panjang.Mendengar penjelasan daripada Sinu, maharani kelihatan sangat risau.
Maharani memandang tepat ke arah Sinu, lalu berkata."Terima Kasih sahabatku, ini semua kerana kesalahan beta. Kalaulah beta tidak bertindak sesuka hati, sudah tentu ini semua tidak terjadi." Kata kesal maharani.
Di istana, permaisuri dan gundik duduk menemani raja. Kedua-dua wanita itu mempunyai perasaan yang sama. Hasrat di hati adalah inginkan raja kembali.
Pagi itu, Ayehe terjaga dari tidur, sangat awal. Ayehe berkata kepada permaisuri yang turut terjaga awal.
"Tuanku...hari ini, saya ingin keluar sebentar, saya mahu menenangkan fikiran, dan ingin bersendirian." pinta Ayehe.
Permaisuri yang memahami situasi yang sedang mereka alami, mengizinkan saja. Namun, entah mengapa, terselit sedikit keraguan di dalam hati permaisuri.
"Sejak kebelakangan ini, Ayehe sentiasa saja keluar berseorangan. Apakah ada sesuatu yang ingin Ayehe rancangkan?" Sedikit persoalaan bermain di dalam fikiran permaisuri.
"Pengawal..."
Permaisuri memanggil.Mendengar suara permaisuri, beberapa orang pengawal datang menghadap."
"Beta berasa tidak sedap hati, kamu semua pergi ekori gundik, ingat... jangan sampai dia menyedari,
ikuti dia secara senyap." Kata arahan permaisuri.Gundik Ayehe berjalan tanpa Was-was. Di dalam hatinya adalah ingin segera ke menara bertemu dengan Maharani.
Ayehe langsung tidak menyedari, tentang beberapa pasang mata sedang memerhatikannya.
YOU ARE READING
Kasih Dari Dasar Laut.
FantasyMengisahakan cerita tentang seorang dayang dan juga sahabat baiknya seorang permaisuri jelita. Ayehe seorang dayang dan juga merupakan pembantu peribadi kepada sahabatnya iaitu permaisuri raja. Disebabkan perkara yang tidak disangka-sangka, Maharani...