"SEKOLAH?" Helena pandang muka Izz macam nak terjojol biji mata. Dia balik ke kampung tu bukan nak minta disekolahkan. Dia balik sebab nak cari jawapan.
"Ya, sekolah. Habiskan belajar. Lepas tu El nak buat apa pun abang tak kisah," pujuk Izz. Dah dia agak Helena akan menolak.
Lepas Rashdan beritahu dia pasal Helena hari tu, dia ada minta bantuan kawannya kat Bukit Aman untuk cari maklumat pasal Helena. Kenapa sampai ke Bukit Aman? Sebab Rashdan syak Helena bukan budak biasa-biasa. Kat bahu kiri Helena ada tatoo geng kongsi gelap. Erza yang perasan masa gadis tu keluar dari bilik air, berkemban.
Dan hasil siasatan kawannya, Helena pernah terlibat dengan pergaduhan geng. Tapi tak sampai kena tidur lokap atau kena dakwa.
Jadi Izz fikir adalah lebih baik Helena tinggal kat kampung tu, sambung belajar sampai tamat SPM. Lepas tu dia akan bantu susun masa depan Helena supaya gadis tu tak hidup terbiar lagi. Helena dah jadi tanggungjawab dia. Cikgu Adibah pun dah setuju nak jaga Helena. Nuha dan Luqman pun boleh tengok-tengokkan dia.
"Abang Izz, El tak fikir pun nak menetap kat sini. El akan balik KL lepas ni." Dia perlu cari helah supaya tak disekolahkan. Baginya, sekolah tu macam neraka jahannam.
"El nak pergi mana lagi? Kalau El balik ke KL, nanti bapak ayam tu cari El, bagaimana?"
Wajah Helena bungkam. Alamak... lupa pulak dia pasal si bapak hayam tu.
"Baiklah." Lemah aje jawapan dari bibirnya. Moga-moga cepatlah dia temui jalan penyelesaian bagaimana nak halau saka hanat tu. Tak pasal-pasal kerana saka tu dia kena sekolah. Tak mampu rasanya nak disekolahkan lagi.
Entah geng apa pula yang dia kena hadap kat sekolah baharu tu nanti?
***hehe...siapa ada pengalaman tak best masa kat sekolah? pengalaman kena buli sbb korang different?
YOU ARE READING
HEVIN & HELL [Published]
RomanceKisah dua budak, sorang nama Hell, sorang nama Hevin. Dorang jumpa secara tak sengaja masa Hevin pegi bantai Harry yang tgh nak r@pe si Hell. Lepas bantai Harry, konon2 Hevin nak blah. Tp dia kesian tgk Hell. Jd dia pun bawa Hell balik kat umah dia...