Part 8~meet Kifli

40 1 0
                                    

Kampung Pinang Condong.

Kampung Nyok Tua.

Kampung Ulu Gegat?

WHAT the heck? Dah kenapa nama-nama kampung kat daerah ni lucu dan lawak belaka? Dahi Helena berkerut. Kepalanya menggeleng perlahan.

Pagi tu selepas siap pakai seragam sekolah, sementara nak tunggu Nuha jemput, sempat dia gugel perihal daerah tu. Sebab dia tak boleh terima nama sekolah dia. Sekolah Menengah Kampung Pinang Condong. Satu-satunya sekolah menengah yang ada kat situ dan menjadi tumpuan ketiga-tiga kampung.

Sewaktu kereta Nuha masuk ke perkarangan sekolah, besar sungguh tulisan nama sekolah terpahat pada batu tepu pagar utama. Dia yang tak biasa pakai baju kurung dan apatah lagi bertudung, rasa makin tak selesa bila banyak mata memerhati ke arahnya sewaktu dia ikut Nuha ke pejabat sekolah.

Kenapa mereka semua ni? Tak pernah tengok manusia ke? Pandang dia macam lah dia tu baru mendarat dari planet Mr. Bean. Ke mereka ternampak bayang-bayang hitam yang ekori dia ke mana saja dia pergi? Kalaulah mereka boleh nampak, mesti dah lari seribu batu ketakutan.

Selepas uruskan pendaftaran, Nuha tinggalkan dia kat pejabat. Katanya sekejap lagi ada pengawas akan bawa dia ke kelas. Dia duduk kat kerusi rotan di ruang tamu pejabat sambil pandang sekeliling dengan muka bosan.

Langkah Kifli terhenti kat muka pintu pejabat. Terpegun dia tengok pelajar tu. Hell? Apa dia buat kat sini? Agak-agak kalau dia tegur, gadis tu ingat lagi kat dia? Lalu dia teruskan langkah mendekati pelajar baru tu.

"Assalamualaikum."

Tersentak Helena bila dengar orang bagi salam. Dia terus angkat kepala. Pengawas baju biru ni ke yang beri salam? Ingatkan ustaz mana tadi.

"Kau pelajar baharu tu kan?" Kifli bertanya. Memang Helena tak kenal dia sebab muka gadis tu nampak kosong.

Lambat-lambat Helena bangun sambil sandang beg yang masih ringan. Hanya berisi alat tulis saja.

"El." Helena sebut nama panggilannya sepatah.

El? What happened to Hell? Dulu dia kenal gadis tu dengan nama Hell. Siapa tak kenal Hell? Gadis yang berjaya mempengaruhi Edd, si gengster tersohor tu. Dan Helena pakai baju kurung, bertudung. Nampak sopan sangat. Pada wajahnya pun tak ada make up ala goth. Subang kat hidung dan bibir pun tak ada. Kuku dia pun tak bercat hitam. Helena nampak sangat polos. Inesen. Tak seperti jiwanya yang hitam....

"Aku tunjukkan kelas." Kifli keluar dulu dari pejabat. Rasa bahang pula dadanya menatap Helena versi suci. Walaupun dia tahu, hanya di sekolah saja Helena akan berbaju kurung dan bertudung.

Lambat-lambat Helena ikut langkah pengawas yang berwajah serius tu. Macam berlagak aje. Langsung tak senyum. Perasan handsome!

Di sepanjang menuju ke kelas pun, dia jadi perhatian. Helena julingkan mata ke atas. Macam tengok pertunjukkan sarkis. Lepas tengok pengawas kat depan dia ni, dia pula jadi mangsa renungan gadis-gadis bawang. Helena kenal dengan renungan tu.

Sebab tu la dia tak suka ke sekolah. Ramai sangat haters yang benci dia tak tentu pasal. Padahal kat sekolah lama dulu, dia nobody. Sedaya upaya dia cuba sorokkan diri. Tapi ada juga yang dengki. Nampaknya kat sekolah nama-paling-kelakar ni, dia akan terima nasib yang sama.

Haters beware. Now I have ghosts to haunt you! Helenatersenyum sinis. Dulu dia vulnerable. karang tak lagi. Siaplah korang!

HEVIN & HELL [Published]Where stories live. Discover now