Part 13~Madiha

48 1 0
                                    

LANGKAH Hevin terhenti mendadak. Helena tak sempat nak tekan brek kaki. Berlaga bahagian depan tubuhnya dengan belakang tubuh Hevin. Menyedari yang mungkin kejadian tu disaksikan sesiapa, Hevin terus cengkam lengan Helena dan tarik pelajar tu ke belakang bengkel pertukangan.

"What the efff, Hell?" tengking Hevin. Dah beberapa hari Helena buat perangai dengannya. Macam-macam perangai nakal yang gadis tu tunjukkan. Perbuatannya tu dah mula jadi buah mulut pelajar kat sekolah tu. Hevin tak mahu mencemarkan nama baik keluarganya.

"Aku sunyilah tak ada kawan. Kau aje yang aku kenal rapat kat sini." Helena peluk tubuh sambil tayang muka merajuk.

"Sini bukan KL yang kau boleh buat sesuka hati." Dingin renungan Hevin menikam wajah Helena. "Fikirkanlah nama baik Cikgu Nuha dulu sebelum kau bertindak sesuka hati." Hevin melangkah pergi.

Tak sempat beberapa langkah, Helena tarik tali leher Hevin hingga membuatkan wajah mereka hampir bertembung. Helena rapatkan bibirnya ke telinga lelaki itu.

"Aku tak akan mengalah selagi tak dapat kau." Sengaja Helena berbisik begitu. Seronok dia mengenakan Hevin.

"Kifli!"

Hevin tarik tali lehernya dari pegangan Helena. Segera dia menjauhi gadis itu. Tirus renungannya. Tanpa kata apa-apa, dia terus mendekati Madiha. Wajah pelajar itu kelihatan sungguh terperanjat. Helena dan Hevin bercumbuan?

Helena tersenyum mengejek. "Until next time, Hev." Dia melambai sebelum berjalan ke arah bertentangan. Puas hatinya juga sebab berjaya buat Madiha salah faham. Tentu pelajar tu akan menangis bersungguh-sungguh mengenangkan yang bakal tunangnya dah kena noda dengan gadis lain. Padahal bukan itu pun yang berlaku. Helena belum berani lagi nak sentuh Hevin begitu. Dia masih setia dengan Edd. Dan dia bukan seperti Milly yang bertukar pasangan semudah menukar baju.

Ternyata Helena silap tanggap terhadap Madiha. Gadis tu bukan naif seperti yang dia sangka. Dalam kelembutan Madiha, tersembunyi ketegasan. Petang tu selepas Helena selesai menjalani latihan bola jaring, Madiha bertemu dengannya di tepi gelanggang.

"Kalau kau kawan dia, kau tak akan ajak dia ke jalan kejahatan semula. Kau tak akan goda dia macam dulu. Susah payah dia berubah. Senang-senang saja kau nak cemari usaha murni dia." Madiha memandang benci ke arah Helena.

"Aku tak suka tengok orang hipokrit. Pura-pura jadi baik sebab orang lain suruh. Solat lima waktu tak tinggal sebab nak tunjuk baik depan orang lain." Helena tayang muka jengkel.

"Solat tu memang kena paksa mula-mula. Lama-lama bila dah selalu kena paksa, baru hati jadi lembut. Jadi ikhlas." Madiha tak mahu mengalah.

Helena terdiam. Bab-bab agama dia memang cetek. Jadi tak perlulah dia nak melawan nanti nampak dia lagi bodoh. Bodoh dia tu simpan aje dulu. Dia sedar dalam bab agama, Madiha lebih bijak daripada dia.

"Aku ikhlas sayang dia. Aku tak mahu dia hanyut macam dulu. Jadi aku harap kau janganlah cuba nak pengaruhi dia semula. Senang cakap, aku tak nak kau baik dengan dia. Kawan dengan dia lagi." Nada suara Madiha tegas, memerintah. "Kau pengaruh tak baik untuk dia, El."

Semakin kelu lidah Helena. Niat dia bukan nak ajak Hevin jadi jahat macam dulu. Dia cuma mengusik. Dia cuma nak berkawan. Kat kampung tu, Helena tak rapat dengan sesiapa. Orang tak faham dia. Hanya Hevin saja kenal dia. Faham dia. Itu aje yang dia nak. Kawan yang faham perasaan dia. Sikit pun dia tak berniat nak menjahatkan Hevin. Dia akui dia memang nakal. Tapi dia nak main-main aje.

"Aku harap kau faham, El." Madiha terus pergi tanpa tunggu balasan Helena. Rasanya dia cakap dah cukup banyak. Bodohlah kalau Helena tak faham.

Helena hanya pandang lesu ke arah Madiha. Kalau Madiha nak dia jauhiHevin, dia boleh lakukannya. Dalam erti kata lain, dia akan pergi dari kampungtu dari tempat jin bertendang tu. Orang macam Helena memang tak ada tempat katsini. Dia jahat. Ada saka pulak tu yang jaga dia. Tak payahlah Helena naksungguh-sungguh jadi baik dan terus paksa diri. Hidup dia bukan kat sini.

HEVIN & HELL [Published]Where stories live. Discover now