Part 4~balik kampung

61 3 0
                                    

TUNGGUL hitam. Semak samun.

Dia lepaskan keluhan berat. Apa lagi dugaan yang harus dia tempuhi? Lepas satu, satu yang jadi. Tuhan, kenapa kau tak tarik aje nyawa aku? Dia lepaskan keluhan berat sambil terus tenung bangkai rumah terbakar dan tanah terbiar tu.

KALAU ikutkan, dia memang malas lalu kawasan tu. Tapi jalan tu aje yang paling dekat kalau nak ke surau Kampung Pinang Condong. Kalau tak kerana ketua kampung tu yang jemput dia, memang tak la Rashdan nak datang dan lalu tempat berpuaka tu.

Tika dia melalui bangkai rumah dan tanah terbiar tu, dia ternampak seorang gadis remaja yang tengah terpacak tengah-tengah laman sambil pandang bangkai rumah. Pelajar U mana lagi ni yang minat nak buat case study mistik? Tak habis-habis la bebudak ni.

Tanpa pedulikan gadis tu, Rashdan terus pecut Kawasaki Ninja ke surau yang tak jauh dari situ. Azan Maghrib baru berkumandang.

DAH azan. Lebih baik dia angkat kaki sebelum berlaku yang bukan-bukan. Hijab dah dibuka. Laju kakinya menuju ke surau berdekatan. Save by the azan. Tapi sampai bila?

MUJUR perbincangan dengan tok ketua Kampung Pinang Condong tak lama. Lepas Isyak, dia boleh terus balik. Sekali lagi dia ternampak gadis remaja tu yang sedang sarung kasut. Gadis tu berjalan keluar dari kawasan surau dan tuju ke arah rumah terbakar tu.

Hatinya mula curiga. Anak siapa pula ni? Berani jalan malam-malam tak berteman. Lepas bersalaman dengan jemaah yang tinggal, Rashdan hidupkan motor. Tika melalui kawasan rumah terbakar tu, dia perlahankan motor. Gadis remaja yang dia nampak petang tadi, ada kat situ. Tengah bertinggung bawah pokok besar tepi jalan.

Kalau hantu, tak kanlah ke surau. Fikir Rashdan lalu tunggang motor perlahan hampiri gadis tu.

"Kau cari siapa? Malam-malam macam ni, bahaya. Tak tau ke?" Dia separuh berceramah.

Gadis tu terpinga-pinga. Dia terus berdiri. "Saya cari Abang Nan." Suaranya tenang dan yakin.

Jantung Rashdan terus berdebar kuat. "Kenapa kau cari dia?"

"Dia abang saya."

Penjelasan tu buat Rashdan hampir pitam. Adik Adnan? Tak pula dia tahu arwah ada adik lain selain Izz. Rashdan pandang muka gadis tu. Memang ada iras Adnan. Ya Allah... Apa dia perlu buat ni?

Tak kan nak tinggalkan saja gadis ni kat sini.

"Abang kenal abang saya?" Tiba-tiba gadis tu tanya.

"Macam ni la... apa kata kau ikut abang balik. Dah malam ni. Tak elok kita borak kat sini. Nanti lain pula tanggapan orang." Rashdan pilih untuk husnozon. Walau gadis ni adik arwah Adnan, dia tak terlibat dalam jenayah abangnya.

Gadis tu angguk. Akur tanpa syak wasangka. Rashdan mula rasa sangsi. Tapi kemudian, dia istighfar. Husnozon.


HEVIN & HELL [Published]Where stories live. Discover now