Part 7~meet la familia

56 2 0
                                    

"HELENA?" Izz ulang nama tu. Sepanjang dia hidup sebumbung dengan arwah Adnan dulu, sebelum dia sambung belajar ke Surrey, tak pernah pun arwah sebut nama tu.

"Muka dia ada iras arwah. Tapi macam mix pun ada juga. Katanya dulu arwah yang sara hidup dia. Mak dia dah lama tak ada." Rashdan sambung bercerita dalam telefon. "Kau nak balik ke? Kalau nak balik, balik sorang. Tak payah ajak Fina."

"Eh... tak boleh, bang. Nanti dia merajuk macam dulu-dulu. Payah pula. Saya bawa aje dia. Tak payah berahsia. Lagipun dia tak dendam dengan arwah." Rahsiakan perkara ni daripada Fina? Tak mungkin. Izz tak mahu langgar janji. Dia tak mahu simpan apa-apa rahsia yang boleh menjejaskan kehidupan mereka. Cukuplah kejadian dahulu kala yang hampir memisahkan dia daripada Fina.

Pagi tu, Rashdan cari Helena. Dia nampak gadis tu sedang duduk kat bawah pokok jambu. Erza beritahu yang Helena bangun awal subuh tadi. Lepas subuh, memang dia lepak kat pangkin di halaman rumah.

"Boleh sambung cerita hidup kau. Malam tadi, kita cuma bercakap yang penting-penting aje." Rashdan mulakan bicara. Ada banyak perkara yang dia perlu tahu pasal Helena.

"Abang nak tau apa?" Helena duduk bersila sambil bermain daun jambu.

"Lepas ayah dan mak kau kahwin, tak de ke dia nak balik sini jenguk arwah?"

"Siapa kata mak dan ayah saya kahwin?" Helena tanya balik dengan wajah yang selamba.

"Ha?" Terkuat suara Rashdan. Dia memang terkejut bila Helena tanya soalan tu. Apakah?

Helena senyum pahit. Dia akan ceritakan segala-galanya. Tak perlu nak sembungikan apa-apa. Pedulikanlah dengan tanggapan orang lain. Dia dah mua kena caci.

"Mak saya pelayan... Lepas jumpa ayah dan mengandungkan saya, dia berhenti. Tak buat dah kerja tu. Tapi mereka tak pernah kahwin walau duduk bersama. Ayah pernah pesan, kalau jadi apa-apa kat dia, cari anak lelaki dia nama Adnan yang tinggal kat Kampung Pinang Condong. Lepas ayah mati, saya cari abang. Dialah yang sara saya dan mak sampai mak pula mati sebab HIV. Tapi tiba-tiba abang tak hantar duit. Senyap aje. Saya call, tak dapat. Pada mulanya saya sangka abang dah tak nak bantu kami lagi. Tak adalah nak cari dia. Saya berhenti sekolah. Buat macam-macam kerja."

Rasa bersalah menghentam fikiran Rashdan. Ya Allah... dia tak tahu pun Adnan menyara adiknya. Kalau Izz tahu, tentu dia rasa serba salah. Seolah-olah mereka juga bertanggungjawab menyusahkan hidup Helena.

"Kenapa tiba-tiba kau datang sini? Kata tak nak cari dia?" Rashdan tak nak tunjuk rasa bersalahnya lagi. Helena tak perlu tahu kisah silam arwah. Perkara yang dah berlalu, lebih baik diamkan saja. Tak elok buka aib orang yang dah tak ada.

Helena diam. Ni kalau dia bagitau Rashdan yang saka Adnan datang cari dia, nak ke dia percaya? Jadi bahan gelak pulak nanti.

"Saya dah tak boleh nak hidup sorang-sorang kat KL tu. Bapak ayam mak selalu cari saya. Katanya dulu mak ada hutang dengan dia. Kalau nak langsaikan hutang tu, saya kena kerja dengan dia." Ini pun salah satu alasan juga yang buatkan Helena datang ke kampung tu.

Makin bersalah Rashdan rasa. Kalaulah semua orang tahu apa Adnan buat sebenarnya, hidup Helena dan mak dia tak akan segetir ini. "Umur kau berapa sebenarnya?"

"17."

Wajah dan susuk tubuh Helena tak nampak pun macam budak berusia 17 tahun. Mati-mati dia sangka Helena dah 20 tahun ke atas. Budak lagi rupa-rupanya.

"Adnan ada adik tiri. Nama dia Izz. Dia kahwin dengan adik abang. So technically... kita ni bersaudara walau tak ada hubungan darah. Kau tinggal aje kat sini dulu sementara kami fikir macam mana nak bantu kau. Petang ni Izz sampai."

Helena diam takcakap apa-apa. Kalaulah Rashdan tau apa saka Adnan suruh dia buat, tentu diatak bagi Helena jejak kaki ke laman rumah ni.

HEVIN & HELL [Published]Where stories live. Discover now