DOA Madiha terjawab bila tiba-tiba Hevin muncul entah dari mana. Madiha terjelepok ke atas tanah sambil menyeka air mata yang mengalir sejak tadi. Dia risau melihat kerakusan Hevin membelasah lelaki-lelaki tu. Risau seandainya Hevin pula yang cedera. Tapi melihat akan ketangkasan pemuda itu, dia bukan sebarangan.
Nafas Helena turun naik. Mengah. Senak perut. Pedih di hujung bibir dan rasa denyut di muka. Belakang tangannya mengelap hidung. Bertompok darah merah. Habislah. Muka dia dah tak cun. Kalau Edd tahu, tentu lelaki tu marah.
Lelaki-lelaki jahanam tu dah bertempiaran lari bersama motor masing-masing. Dengan budak sekolah pun kalah. Memang dasar bajingan!
Hevin memandang Helena. Terkejut sebenarnya melihat aksi berlawan Helena tadi. Gadis ni bukan calang-calang rupa-rupanya. Ingatkan dia gadis lembik. Tapi kenapa selama ni dia hanya menyerah tanpa melawan sewaktu cuba diperkosa dulu?
Sapu tangan dari saku seluar dikeluarkan dan disua kepada Helena. "Lap darah tu."
Helena menggeleng. Dia berpaling dan berniat mahu pergi. Malas nak tengok drama sebabak yang akan berlaku antara Hevin dengan Madiha sekejap lagi. Pesanan Madiha masih bersarang kuat di kepalanya. Dia bawa pengaruh tak baik kepada Hevin.
"Hell." Lengan Helena Hevin rengkuh menyebabkan langkah kaki gadis tu terbantut. Darah yang masih keluar dari hidung Helena dibersihkan dengan cermat. "Tekup sapu tangan ni kat hidung sampai darah berhenti," suruhnya.
Walaupun tak sudi, Helena akur. Sebelah tangannya menggantikan tangan Hevin untuk menekap hidung dengan sapu tangan.
"Tunggu kejap. Aku tengok keadaan Diha dulu," pesannya lagi lalu tinggalkan Helena.
Helena tak tunggu sesaat. Sebaik saja Hevin berpaling, dia terus melangkah pergi.
"Awak okey?" Hevin hampiri Madiha yang sedang membetulkan tudung labuhnya yang tersenget-senget.
"Saya okey." Madiha angguk. Matanya memandang ke arah Helena yang semakin jauh. Terusik perasaannya tatkala memerhatikan Helena dan Hevin tadi. Gandingan Helena-Hevin membelasah lelaki-lelaki keparat tu ibarat sepasang hero dan heroin yang sama hebat, sama tangkas. Gusar mengetuk pintu hatinya.
"Saya hantar awak balik." Hevin tak mahu berlama-lamaan di situ. Kalau ada orang yang nampak, tentu mereka salah anggap. Sewaktu dia berpaling, Helena dah tiada. Giginya diketap rapat. Helena menang nak kena! Panjang langkahnya menyusul langkah Helena.
Madiha di belakang terpaksa berlari anak menurut langkah Hevin yang panjang-panjang.
Helena belum berapa jauh. Berkejar Hevin mendapatkan gadis tu. Sekali lagi lengan Helena direngkuh. Hevin dah tak peduli lagi kalau Madiha nak menegurnya nanti.
"Aku kata tunggu kan?"
Berkerut dahi Helena menatap wajah garang Hevin. "Eh.. suka hati akulah nak balik ke apa. Tu... pergi jaga bakal bini kau tu. Dia lebih perlukan perlindungan daripada aku." Helena rentap tangannya.
"Bakal bini?" Giliran dahi Hevin pula berkerut. Tak faham dengan kata-kata Helena.
"Tak payah risaukan aku. Pergi pujuk Diha tu. Dia nyaris tak kena rape. Semangat dia mesti dah hilang. Pergilah." Helena tolak Hevin sekuat-kuat hatinya.
Tapi Hevin hanya bergerak setapak saja ke belakang. Sekali lagi tangan Helena Hevin cengkam. Kemudian lelaki tu menoleh ke arah Madiha yang sedang menyorong basikal menghampiri mereka.
"Nak saya tolong?" Dia tanya pada gadis tu.
"Tak apa. Saya okey. Tak cedera. Masih boleh jalan dan tolak basikal." Madiha senyum tapi pandangannya ke bawah. Langsung tak pandang muka Hevin.
"Aku pun boleh jalan. Tak payah pimpin!" Helena tarik tangannya dan mula mengatur langkah. Terdongak kepalanya sebab nak hentikan darah.
"Tak payah dongak. Tunduk pandang bawah. Biar darah tu keluar." Hevin tolak kepala Helena ke bawah.
"Bodohlah kau, Hev. Main kepala aku pulak!" Helena tolak tangan Hevin daripada terus tolak kepalanya ke bawah.
"Kau yang bodoh. Pergi berlawan dengan dorang tu kenapa? Dah hebat sangat?" tempelak Hevin.
"Kalau aku tak lawan, aku nak tengok aje dorang buat jahat kat Diha?" Helena jeling Hevin.
Hevin terdiam. Madiha di belakang mereka sekadar menjadi pendengar. Hevin nampaknya semakin 'selesa' dengan Helena. Mana perginya riak dingin dan beku lelaki tu yang sering dipamer sewaktu berdepan dengan Helena dulu?
"Siapa ajar kau berlawan macam tu?" Suara Hevin tak sekeras tadi. Sekali sekala dia toleh ke belakang memastikan Madiha mengekori di belakang. Bukan dia tak mahu berjalan bersama Madiha, tapi gadis tu sendiri yang dah menggariskan batas hubungan mereka.
"Edd."
Hevin tersenyum sinis. Jengkel benar dia dengar nama lelaki tu. "Dia tak cari kau?"
"Dia dalam jel." Rendah nada suara Helena. Dia tak mahu Madiha terdengar.
"Bagus. Padan muka dia." Rendah juga nada suara Hevin tapi masih didengari oleh Helena.
Seterusnya Hevin dan Helena diam. Madiha yang mengekori memang semenjaktadi diam. Masing-masing layan perasaan yang pelbagai.
YOU ARE READING
HEVIN & HELL [Published]
RomansaKisah dua budak, sorang nama Hell, sorang nama Hevin. Dorang jumpa secara tak sengaja masa Hevin pegi bantai Harry yang tgh nak r@pe si Hell. Lepas bantai Harry, konon2 Hevin nak blah. Tp dia kesian tgk Hell. Jd dia pun bawa Hell balik kat umah dia...