"NAMA dia Helena. Lena. L?" Nada suara Fina naik seoktaf. Besar mata pandang Izz dan Rashdan silih berganti.
"Ya. Nama dia Helena. Tapi tak panggil Lena. Panggil El. E.L." Rashdan ejakan nama panggilkan Helena kat hujung kata.
"Still L?" Fina berpeluk tubuh tunjuk riak tak puas hati.
"Yang adik ni masih berdendam dengan orang nama L ni kenapa?" Berkerut dahi Rashdan. Dah nak jadi mak budak kali kedua pun perangai macam budak-budak.
"Trauma!" Sempat dia jeling Izz.
Muka Izz tertahan-tahan nak senyum. Tapi tak berani lepaskan sebab takut Fina meroyan tarik-tarik rambut mengenangkan dua skandal lama dia dulu-dulu kala.
"She's a good girl. Jangan nak fikir yang bukan-bukan." Sempat Rashdan gosok kepala Fina sebelum melangkah keluar dari dapur nak panggil Helena makan. Sejak balik dari kebun tadi, Helena masih berkurung dalam bilik.
"Haish!" Tak sempat Fina nak tepis tangan Rashdan. Melampau betul abang dia tu. Layan dia macamlah dia budak kecik.
"Awak tak payah risau lah. Tak kan saya nak berskandal dengan budak kecik." Izz cuba tenangkan perasaan Fina. Sejak hamil anak kedua ni, Fina memang terlebih sensitif. Tak boleh silap sikit, merajuklah jawabnya.
Tapi bila Helena muncul dengan Rashdan kat dapur, muka Fina berubah riak. Budak kecik? Tak nampak budak pun. Macam gadis dewasa yang dah layak dikahwinkan. Dia pandang Izz dan Rashdan silih berganti. Riak wajah, tak puas hati.
Pada pandangan Fina, rupa Helena tu tak ada iras Adnan langsung. Nampak macam gadis berdarah campuran. Rambut pun warna coklat gelap. Dia sengaja warnakan atau itu memang warna rambut dia? Mata pula warna hazel. Pakai kanta lekap agaknya.
"Jom makan. Apa yang tercegat dari tadi kat situ? Mesyuarat tak habis lagi ke?" Suara Erza memecahkan keadaan yang hampir nak tegang. Dia pun dapat rasakan yang Fina tak akan selesa dengan Helena. Satu sebab nama panggilan dia bermula huruf L. Dan satu lagi mungkin sebab Helena tu adik Adnan.
"El ni memang mix. Mak dia asal dari... Uyghur." Erza mulakan perbualan saat semua orang dah duduk. Dia rasa ada ketegangan bakal berlaku. Muka Fina tegang aje sejak Helena muncul. "Lari ke sini sebab ditindas kerajaan China."
Oh... padanlah muka dia internasional sangat, gumam Fina. Kesian juga kat mak dia. Terlepas dari cengkaman komunis, terperangkap dengan bapak si Adnan. Perasaannya mula berbelah bahagi. Nak kesian ataupun nak berjaga-jaga?
***korang pnh tak elergic ngan satu2 nm? mmg tak leh dgr org nm tu. kalo nm tu jer mesti perangai dia mcm dot dot dot. Ini dinamakan stereotyping. blm kenal terus tak cinta...hehehe. selalunya mende ni berlaku sbb past experience yg tk best.
YOU ARE READING
HEVIN & HELL [Published]
RomanceKisah dua budak, sorang nama Hell, sorang nama Hevin. Dorang jumpa secara tak sengaja masa Hevin pegi bantai Harry yang tgh nak r@pe si Hell. Lepas bantai Harry, konon2 Hevin nak blah. Tp dia kesian tgk Hell. Jd dia pun bawa Hell balik kat umah dia...