++ 2

171 16 0
                                    

pada waktu pagi yang indah dan juga hari yang malas untuk pelajar sekolah seperti aku.

HIYARGHHHH

sedap badan lepas menggeliat , rasa ringan je badan .

dah pukul berapa ni? kenapa bilik aku terang sangat ni?

"bangun la bebal" kata Taehyung dan menampar nampar pipi ku yang gebu lagikan mulus ni.

"haihh, sabar la, bagi aku 5 minit pleasee" kata aku dan menarik selimut untuk tutup muka.

"hotak kau 5 minit. dah pukul 8 Eun!!" jerit Taehyung dan menarik selimut aku balik.

ehh, wait? pukul 8? kelas start 8:30? aku dah lambat la ni? OMG!!

aku terus bangun dan mengambil tuala yang disidai rapi di ampaian mini aku.

+++

ktak ktak ktak

bunyi tapak kaki turun dari tangga. iya, kaki aku la tu.

omma dan Taehyung memfokuskan ke arah aku yang lawa--

"Eun, kenapa serabut sangat ni? nape tak pakai tie elok elok? stokin tu kenapa sebelah panjang sebelah pendek?" bebel omma.

"aishh, kejap lagi Eun buat. Eun dah lambat nii" balas aku dan duduk di sebelah Taehyung dan mengambil makanan yang dimasak oleh omma.

"lambat? sekarang ni baru pukul 7:15 Eun" kata omma dengan riak wajah yang pelik.

"ape omma? ulang balik? pukul berapa?" soalku bertubi tubi.

"7:15 Eun sayang" kata omma.

aku terus menarik rambut Taehyung kuat. sumpah geram, kalau tak sekarang ni aku dapat tidur lagi tau tak?!

"eh Eun, kenapa nii?!" soal omma apabila nampak aku wrestling Taehyung di meja makan.

"omma! omma tau tak oppa kejutkan Eun pastu dia kata dah pukul 8, Eun cuak la. tengok dah membazir waktu tidur Eun!!" bebelku sambil menjeling tajam Taehyung.

'HAHAHAHAHAHA'

"eish, ommaaaaaaaa~"

+++

dah 30 minit cikgu tak masuk kelas. baik aku pergi main bola jaring dengan Suho tadi.

"sekarang ni la masa untuk aku tidur dengan tenang" aku meletakkan kepala di atas meja dan meletakkan buku di hadapanku untuk menghalang.

"tidur ke weh? alah teman la aku" kata Hwamin di sebelahku.

"ha" hanya itu je yang terkeluar dari aku, mulut aku ni dah macam ada banyak emas sampai tak boleh bukak.

"jom jalan jalan nak?" soal Hwamin.

"malas laaaa~" balasku sambil menukar posisi di tempat lain.

"ala-- weh Eun Mrs Pyo dah masuk!" kata Hwamin sambil berdiri dan menepuk bahu aku.

eleh, dia tipu je tu. ingat aku nak percaya--

"Kim Eunri, pergi lari 5 pusingan dekat padang, NOW!" jerit Mrs Pyo.

aku terus terbangun dari tempat duduk akibat suara dia yang nyaring tu. haih pagi pagi dah kena lari.

"pagi pagi lagi dah tidur, tak cukup tidur ke kat rumah?" kata Mrs Pyo sambil memandang aku atas bawah. eh eh cantik sangat ke aku ni sampai cikgu pandang macam tu?

aku terus pergi dekat locker untuk menukar baju. mana boleh lari pakai baju seragam sekolah, kalau kotor macam mana? haaa.

+++

"wehh penat weh!" aku melepaskan perasaan. peluh peluh yang keluar, aku lap menggunakan kain di leherku.

"1 round lagi, come on Eun!" aku memberi kata kata semangat dekat diri sendiri.

habis je 5 pusingan, aku terus baring di tengah tengah padang. mata aku tutup akibat daripada sinaran matahari.

tiba tiba rasa macam matahari hilang. dah malam ke? baru sekejap pejam mata. aku mencelikkan mata sedikit, dan nampak la susuk tubuh seseorang yang aku tak dapat dikenal pasti.

"nak air tak?" soal manusia tu.

akibat terlampau penat, aku hanya menghulurkan tangan sahaja.

"kalau nak, belilah sendiri HAHAHAHAHAHA"

macam kenal suara ni. macam Jimin? macam Jungkook?

"WOI! SINI KAU!" aku terus berlari ke arah lelaki tadi. rupa rupanya, tu vernon.

"mana kau tau aku kat padang ni? err bagi aku air sikit" aku terus mengambil botol mineral di tangannya.

"oh macamni..."

- flashback -

masatu aku tengah on the way nak pergi tandas sebab nak betulkan rambut aku yang kacak ni ha, lepas tu aku dengar la yang Mrs Pyo jerit...

"Kim Eunri, pergi lari 5 pusingan dekat padang, NOW!" jerit Mrs Pyo.

lepastu aku pun cepat cepat pergi tandas nak tengok siapa yang kena denda dengan cikgu yang paling garang tu, sebab nama dia familiar sangat, tu yang aku nak tau.

tau tau muka kau yang keluar daripada kelas. alang alang aku dah pergi tandas, aku pergi la kantin belikan air untuk kau.

- end flashback -

"ohhhhh, sayang jugak kau dekat aku kan?" aku membuat muka bangga sebab masih ada lagi yang sayang dekat aku HAHAHAHAHA.

"euw"

"alah mengaku jela"

"taknak aku"

"HAHAHAHA VERNON SAYANG EUN! TAPI TAKNAK NGAKU WELK WELK"

"hm bahagianya dua orang tu"

°• tbc •°

notes ;

maaflah kalau cerita ni hambar. but i really really appreacite when you guys hits vote button and keep this story on your reading list. to be honest, im not expect like that HAHAHA. anyway thankyou and saranghaee ~ ♡

[SU] Dare :: Hoshi Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang