Part 1~contest

3.4K 65 0
                                    

"SEMUA peserta dijemput ke depan. Lekatkan poster luahan hati anda kat depan pentas." Pengacara Majlis buat pengumuman sambil berjalan merata dewan, menggesa dan menggiatkan para peserta supaya tampil.

Otak Deanarees kosong sekosong-kosongnya. Dia langsung tak ada idea nak tulis apa kat atas kertas artcard saiz A3 kat tangannya. Dia toleh ke sekitarnya.

Rata-rata peserta sedang menonggeng atas lantai untuk mencoretkan luahan hati, rasa hati, aspirasi atau apa-apa saja yang terlintas kat fikiran mereka. Pen marker berbagai-bagai warna berselerakkan sana-sini. Dah macam kelas tadika pula dewan tu jadinya.

"Hai awak.... kenapa tak mula menulis lagi?" tegur lelaki lembut yang jadi Pengacara Majlis untuk sesi hari tu.

Deanarees tersentak daripada lamunan. Tersipu-sipu dia malu sebab kena tegur. Dah la suara Pengacara Majlis bergema satu dewan sebab dia guna mikrofon head set. Terpusing juga dua tiga kepala ke arahnya. Merah sekejap kulit wajah Deanarees.

"Hurmm... Encik Serius sebelah ni pun bila lagi nak luahkan isi hati awak?" Perhatian Pengacara Majlis beralih pula kepada lelaki kat sebelah Deanarees.

Muka Deanarees bertukar daripada merah kepada pucat. Dia geleng perlahan-lahan sambil beri isyarat pada Pengacara Majlis supaya jangan ganggu encik kat sebelah dia ni.

Tapi Pengacara Majlis buat-buat tak perasan pula isyarat mata yang Deanarees bagi. Sampai berkerut-kerut dahi dibuatnya.

"Encik perlu luahkan apa yang terkandung dalam hati tu. Kalau tak, apa perlunya kita semua berkumpul hari ni, kan kamu semua?" Pengacara Majlis menyeluruhi lantai dewan mahu mencari penyokong.

Dua tiga suara kedengaran mengiyakan kata-katanya.

Deanarees cuak. Dia segera bangun dan tarik Pengacara Majlis ke tempat lain, jauh sikit daripada tempat duduknya. Bila Pengacara Majlis nak buka mulut bantah perbuatan dia, cepat-cepat Deanarees letak jari kat mulut sendiri, beri isyarat supaya Pengacara Majlis diam.

"Encik tu Tuan Pengetua saya. Awak jangan paksa-paksa dia luahkan apa-apa. Dia datang sini sebab..." Akal Deanarees putus. Sebab apa yang dia nak bagi ni? Alahai!

"Tuan Pengetua awak?" Buntang mata Pengacara Majlis sambil toleh pandang lelaki yang berwajah serius tu. Lelaki tu duduk tegak sambil berpeluk tubuh. Terserlah aura kuasa yang ada padanya.

"Mudanya!" bisik Pengacara Majlis. Mujur dia dah matikan suis mikrofon. Kalau tak, pasti bergema suaranya yang kuat itu.

Deanarees tersengih serba salah. Ya, Tuan Pengetuanya memang muda.

"Kenapa dia muda sangat?" Pengacara Majlis tiba-tiba berbisik kat telinga Deanarees.

"Dia bukan Pengetua kami yang sebenar. Dia gantikan tempat Pengetua sebenar yang sedang menjalani rawatan jantung." Entah kenapa Deanarees pun ikut sama berbisik. Bergosip yang sebenarnya.

"Oooo..." Kepala Pengacara Majlis terangguk-angguk. "Kalau dia cukur jambang dan buka cermin mata, maniskan muka sikit, pasti hensem!"

Erk! Kata-kata Pengacara Majlis buat Deanarees terkaku. Tak terfikir pun dalam otak dia akan perkara tu.

Kepala Pengacara Majlis terangguk-angguk sambil pandang Deanarees dengan pandangan penuh makna, menyuruh gadis tu selami baik-baik maksud kata-kata dia tadi.

"Okey... saya bagi awak-awak semua masa lima minit lagi ya untuk tuliskan isi hati, harapan, kata-kata semangat... apa-apa saja bentuk luahan dan tampal kat depan pentas." Pengacara Majlis menghidupkan suis mikrofonnya dan berjalan menjauhi Deanarees.

Gadis tu lepaskan keluhan lega. Dia kembali ke tempat duduknya semula. Tapi dia masih tak buat apa-apa seperti yang diminta oleh Pengacara Majlis.

"Kenapa tak mula menulis lagi?" Suara Tuan Pengetua menegur tegas.

Deanarees buat muka kecewa dengan teguran tu. "Saya tak ada idea nak tulis apa-apa. Can't you believe that, sir? Saya yang beria-ia nak datang ke sini, tiba-tiba otak saya tak berfungsi pulak!"

"Just write anything. Saya tak nak beluncas tu datang sini lagi." Air muka serius Sir Eiden langsung tak berubah riak. Tetap macam tadi. Keras macam patung batu yang tak berperasaan.

Beluncas? Adakah sebab pengacara tu berbadan gempal dan lembut-lembut orangnya maka dia diberi gelaran itu oleh Sir Eiden?

"Cepat!" Arahan tegas tu buatkan Deanarees terpaksa akur. Dia duduk kat atas lantai capai pen dan mula memerah otak. Apa pula dia nak tulis ni? Perasaan dia?

Hari ni aku rasa sangat tak berguna sebab tak mampu nak sumbangkan apa-apa dalam sesi pagi ni. Padahal aku yang bersungguh-sungguh nak datang ke sini sampai sanggup ponteng sekolah. Malang sekali aku tertangkap sewaktu sedang menyelinap keluar dari pagar sekolah. Akibatnya, Sir sendiri yang hantar aku ke sini.

"Ha... siap pun awak punya!"

Deanarees ternganga bila Pengacara Majlis ambil kertas A3 kat depannya.

"Mari saya tolong awak tampal. Nanti lambat pula." Berlenggang Pengacara Majlis bawa luahan hati Deanarees ke depan.

"Eh encik!" Suara Deanarees tenggelam dalam kegamatan suara-suara peserta yang berborak-borak kosong menunggu sesi pagi tu tamat.

Apa yang dia baru tulis tadi? Alamak! Deanarees ternampak Sir Eiden sedang baca apa yang dia tulis. Poster tu Pengacara Majlis dah tampal kat depan pentas.

Sir Eiden angkat kepala dantoleh pandang Deanarees. Sumpah! Deanarees nampak lelaki tu senyum. Walaupunsikit aje bibir dia bergerak, tapi Sir Eiden yang selalu bersikap dingin takberperasaan macam patung batu tu senyum!

Sir Monster [Published]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang