Part 1 : Pengenalan cerita
Ezlan sedang membaca buku yang di berikan oleh Mira di perpustakaan tadi, banyak yang dia perlu ulangkaji balik untuk persiapan exam nya minggu depan, nasib ada Mira yang sanggup menolongnya. Suasana bingit dalam sebuah cafe di dalam universiti awam tempatan itu tidak menarik minat Ezlan, dia hanya mengaru kepalanya yang tak gatal melihat buku yang bertimbun di atas meja di depannya itu.
Ezlan pelajar tahun akhir Sarjana Muda kejuruteraan Elektrik yang beru berumur 23 tahun belajar di sebuah Universiti Awam terkemuka di Malaysia, berasal dari negeri di pantai timur. Orangnya boleh dikategorikan sebagai lelaki yang agak handsome, badannya tegap dan tinggi lampai sesuai dengan dia seorang atlit lompat tinggi yang mewakili Universitinya, Dia mempunyai empat kawan karibnya yang rapat denganya iaitu Mira, Haikal dan Suzana yang satu course belajar dengannya. Haikal pula kawannya yang perwatakan kepalanya gila-gila sedikit, playboy di Univesiti itu dan suka mengusik. Ezlan membelek-belek helaian buku itu sambil dia mencapai gelas teh aisnya di atas mejanya, matanya fokus membelek-belek helaian buku yang tebal itu, tiba-tiba dia di sergah dari belakang.
Haikal: 'Wehh..... lan!...ko baca buku apa tu?' sergah Haikal tiba-tiba dari belakang Ezlan.
Gelas teh ais yang dipegangnya itu hampir sahaja terlepas dari tanganya terkejut dengan Haikal tadi, dengan mukanya yang sedikit tension dia memandang kearah muka kawan baiknya itu. Haikal tersengih melihat kawannya terkejut hampir nak melatah dibuatnya tadi.
Ezlan: 'Gila ko Haikal..nasib baiklah tak jatuh pecah gelas aku pegang ni, kalau pecah tadi ko yang ganti, haa..ko nak apa kacau aku ni?, aku tengah duk baca buku ni yang Mira bagi untuk exam kita minggu depan', jawab Ezlan
Haikal: ' Mira bagi pinjam ko yer? Oo.... dah insaf balik rupanya nak study balik..hmm..ko kan best student kelas kita tu, lain lah aku, nanti ko dah habis mentelaah buku-buku ini... ko ajar lak aku yer,' sambil dia tersengih lagi kepada Ezlan.
Ezlan: 'Banyak lah ko best student..ko ni manjang nak kerje senang aje..kalau ko tak belajar betul-betul macam mana nak score dol,malas aku nak bebel kat ko...hmm yer lah nanti aku share nota tu balik ngan ko .Ko dah breakfast ke kal?' Tanya Ezlan seperti ajak-ajak ayam pada Haikal.
Haikal: 'Dah ..aku singgah kat kedai mamak tadi sebelum ke sini, weh dah alang-alang ko nak study tu..jom kita gi library malam ni nak study sana, aku nak usha satu couple kat kelas kita ni , aku duk perati diorang asyik duk berkepit berdua je kat mana-mana aku tengok.' Cadang Haikal kepada aku.
Ezlan: 'Library ...malam ni? hmm... okay gak boleh aku cari buku tambahan sikit dan study sana..sapa lak couple yang ko cakap tu kal?' aku kenal ke?.Tanya Ezlan sedikit blur otaknya ketika ini.
Haikal: 'Ishh..ko ni macam orang duduk dalam gua..budak berdua tu sama course ngan kita lah, Amri dan Ina tu..tak ko tak kenal. Hari tu aku scodeng diorang sampai bercium mulut lagi kat dalam library tu...jom kita skodeng lagi malam ni,aku tahu port yang biasa diorang dating kat sana,'Kata Haikal padaku sambil dia tersenyum, 'kul 8 kita sampai pergi sana.'jawabnya lagi.
YOU ARE READING
Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020)
RomanceKehidupan 2 orang couple , Haikal,Ezlan, Mira dan Suzana yang berkawan rapat dari universiti lagi, selepas menghabiskan pelajaran mereka berpecah membuat haluan masing-masing, Ezlan dan Suzana dapat melanjutkan pelajaran di luar negeri dan mengenal...