Part 21- Rahsia besar
Suzana : 'Mak...Su tak nak keluarlah dengan Harris malam ini', dia memberitahu Maknya yang sedang membasah pinggan di ruang dapur rumahnya itu.
Pn Laila : 'Jangan lah macam tu Su, tadi Untie Shamsiah dah call Mak, dia maklum kat Mak tadi Harris dah call Su banyak kali tapi Su tak angkat kenapa?' tanyanya sambil melihat wajah anaknya.
Suzana : 'Su dah block nombor dia Mak, padan muka dia...itu Su tak angkat, Su dah set nombor dia sebagai scammer dah'. Dia slumber menjawab dan tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik kepada Maknya
Pn Laila :' Hmm..patut lah, Su nie..sian dia tau, Harris datang kul 8.30 malam nanti, dah lepas ini pergi naik bersiap, dah nak kul 8 ni, kejap lagi dia nak bawa Su pergi makan.'
Suzana : 'Alah Mak ni, kalau Su tak nak pergi takpe ke?' Maknya menjengkil matanya sambil mencekak pinggang ke arah Suzana dan menyuruhnya naik ke atas bersiap.
Ponnnn...Ponnn.............. terdengar bunyi hon kereta Harris di luar pintu rumah Suzana.
Kereta merc berwarna hitam baru sahaja berhenti di depan rumahnya sambil membunyikan hon keretanya. Nasiblah rumahnya agak jauh dengan jirannya antara satu sama lain, jika tidak, mahu bunyi hon tadi menarik perhatian jirannya sekali, dahlah yang datang ini lelaki, aktiflah makcik-makcik bawang yang ada kat di sini mengata padanya nanti.
Suzana : 'Issh.... tak boleh hon sekali aje ke? macam lah aku tak dengar dia dah sampai tu.' Tangannya lincah mengambil beg tangannya sambil mendengar Maknya memanggilnya di bawah.
Suzana : 'Yer Mak, jap Su nak turun dah ni.'
Pn Laila : ' Laa.. kenapa muka masam mencuka aje ni? sepatutnya jumpa bakal tunang mesti happy'. Tegur Maknya sambil tersenyum.
Suzana : 'Haa...bakal tunang?, hmm...tengok bakal tunang kesayangan mak kat luar tu tak berhenti hon kereta, tahulah bawa kereta mahal, tak yah lah dia nak menunjuk sangat'. Dia kemudian mengukir senyuman palsu kepada maknya lalu keluar dari pintu rumahnya.
Pintu depan sebelah pemandu kereta merc tadi di bukannya, dia kemudian masuk kedalam kereta tersebut. Kelihatan maknya melambai-lambai tangan bye-bye kepadanya di depan pintu rumah Suzana. Kedengaran di halwa telinganya lagu slowrock di pasang dalam kereta Harris. Ohhh....jenis cintan cintu gak mamat ini dengar lagu sentimental rupanya, gelak Suzana dalam hatinya.
Harris : 'Aircond tu sejuk sangat ke?' tiba-tiba Harris menegurnya setelah melihat Suzana memusingkan bilah aircond di depannya tadi. 'Kalau sejuk saya boleh naikkan suhu sikit.'
Suzana : 'Tak...tak dah okay, saya rasa selesa dah cuma tak suka aircond tu kena kat muka saya aje. '
Harris : 'Hmm...okay..saya sebenarnya nak bawa awak ke restoren kawan saya kat Petaling jaya, awak pernah dengar Restoren Murni Desa Mentari?'
Suzana : 'Hmm..tak.' Jawapnya ringkas.
Harris :'Okay..ada banyak pilihan makanan di situ, western pun ada kalau awak suka. Apa favorite food awak Suzana?'
Suzana : 'Ohh...saya tak kisah, saya boleh makan apa aje, saya jenis yang tak cerewet sangat pasal makan.' Dia mengukir senyuman palsu lagi pada Harris.
Kereta merc hitam tersebut membelok masuk ke restoren yang di maksudkan oleh Harris tadi, kelihatan agak ramai orang datang menjamu selera di situ. Suzana keluar dari perut kereta tersebut, dia melihat Haris sedang menalifon seseorang di luar keretanya , dua tiga minit selepas itu kelihatan seseorang dari restoren tersebut keluar menyambutnya. Harris kemudian menyambut orang yang berjalan kearahnya dan mereka bersalaman.
YOU ARE READING
Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020)
RomanceKehidupan 2 orang couple , Haikal,Ezlan, Mira dan Suzana yang berkawan rapat dari universiti lagi, selepas menghabiskan pelajaran mereka berpecah membuat haluan masing-masing, Ezlan dan Suzana dapat melanjutkan pelajaran di luar negeri dan mengenal...