Cinta Salah Alamat-Part 23

9.7K 91 2
                                    

Part 23 Pasrah

Mira memasuki bilik wad suaminya, dah hampir dua minggu dia terlantar di hospital ini, baru hari ini dia mampu berjalan untuk ke wad suaminya. Jika tiada masalah apa-apa pada dirinya, esok Mira bole discharge dari hospital tersebut. Dia kemudian masuk ke wad ICU tersebut dan duduk di sebelahnya suaminya yang telah sedarkan diri semalam tertapi masih dalam keadaan lemah, itu yang dia gagahi juga berjumpa suaminya hari ini, dia amat tidak sabar melihat keadaan suaminya, Mira menggengam erat  tangan Haikal, lalu memaut lembut jari jemari tersebut dan kemudian dia memeluk tubuh suaminya yang masih terbaring lemah di atas katil.

 Dia kemudian masuk ke wad ICU tersebut dan duduk di sebelahnya suaminya yang telah sedarkan diri semalam tertapi masih dalam keadaan lemah, itu yang dia gagahi juga berjumpa suaminya hari ini, dia amat tidak sabar melihat keadaan suaminya, Mira m...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mira : 'Abang...sayang dah datang ini nak tengok Abang, bangunlah abang..bangunlah'. Kelihatan air matanya menitik di hujung pipinya. Tidak tertahan rasa hatinya dia melihat keadaan suaminya yang masih berselirat dengan wayar di tubuhnya. 'Maafkan sayang abang....ampunkan sayang juga, sebab sayang abang jadi begini.'

Tiba-tiba Mira merasakan  tangannya digenggam lemah, dia merasa sedikit terkejut, siapa yang menggenggam tangan aku ini? berkata dia dalam hatinya. Dia terus mengangkat kepalanya dari dada suaminya. Mira melihat tangannya digenggam lembut oleh suaminya. Dia menoleh ke muka suaminya dan melihat kelopak mata suaminya di buka pelahan-lahan memandang wajahnya.

Haikal : 'Sayang'.....Kedengaran suara suaminya lemah. 

Mira merapatkan badannya ke wajah suaminya. 'Ya Allah!,' suara suamiku. 

Haikal : 'Sayang.'... suara Haikal sekali lagi keluar, lemah dan pelahan.

Mira seperti tidak dapat berkata apa-apa, tiada suara yang keluar dari mulutnya ketika ini, dia seperti terkedu sekejap.

Haikal : 'Sayang..... jangan tinggalkan abang yer.'...kata suaminya lagi dengan pelahan

Mira terus memeluk  badan suaminya, dia kemudian mencium pipi suaminya itu. Airmata kegembiraan kelihatan mengalir laju di pipinya tanpa boleh ditahannya lagi.

Mira :' Abang...sayang tak kemana- mana, sayang ada setia disisi Abang'. 'Abang ........sayang nak bagitahu yang sayang dah mengandung anak abang nie '. Sambil dia menujukkan di perutnya.

Haikal: 'Anak kita sayang......Sayang mengandung?...Alhamdulilah.'

Seminggu selepas itu, Mira yang sudah boleh keluar dari Hospital setia menemani suaminya di wad ICU tersebut, proses pemulihan Haikal pula lebih cepat dari yang dijangkakan, doktor yang merawatnya  cukup gembira melihat Haikal sudah boleh bangun dan menyandar di atas katilnya. Haikal juga berterima kasih kepada doktor yang merawat dan melakukan pembedahan ke atasnya tempohari. Kesakitan dan bengkak di kepalanya sudah surut dan sembuh, dia cuma perlu memakan ubat yang di sediakan oleh doktor yang merawatnya supaya dia betul-betul pulih seperti biasa. Petang itu, Mira tertidur di bilik  wad suaminya, kebetulan katil di sebelah bilik suaminya ini telah kosong di sebabkan pesakit tersebut telah  discharge keluar sebelum itu dan Mira menumpang tidur di situ. Kelihatan pintu bilik Haikal di buka, Dato Razak masuk dan berjalan duduk di kerusi diantara katil tersebut. Dia melihat anak dan menantunya berehat di atas katilnya di depannya. Lama dia duduk di situ, sehingga Mira di sebelahnya tersedar. Mira cepat-cepat bangun dari katil tersebut. Dato Razak menunjukkan isyarat senyap di mulutnya.

Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020)Where stories live. Discover now