Part 8 Hari konvokesyen
Majlis konvokesyen Ezlan, Suzana dan juga Mira berjalan meriah, mereka datang bersama ibubapa masing-masing untuk melihat anak mereka tamat belajar dan menerima segulung ijazah di atas pentas daripada Naib cancelor Universiti. Bagi Haikal pula dia hanya datang mengenggam ijazah tadi tanpa di temani oleh ayahnya yang tak dapat hadir di sebabkan urusan kerjanya yang tak dapat di elakkan, dia tidak kisah dengan keadaan ini, hubungan dia dengan ayahnya pun semakin keruh selepas pemergian maknya tempohari, sebelum ini pun hanya arwah maknya sahaja memberi semangat untuk beliau belajar.
Setelah selesai majlis istiadat konvokesyen tersebut berlangsung, mereka berempat bergambar bersama untuk kenang-kenangan, selepas hari yang bersejarah buat mereka ini, mereka akan membawa haluan kerjaya masing-masing pula. Suzana dan Ezlan akan berangkat melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Michigan di Amerika Syarikat dua hari lagi selepas konvokesyen ini, Mira pula akan melanjutkan pelajaran dia ke peringkat master di UKM bangi dan Haikal pula ayahnya hendak dia membantu menguruskan perniagaan bapanya.
Malam itu Mira menghantar text kepada Ezlan untuk berjumpanya, Ezlan agak keberatan untuk berjumpa dengan Mira berdua, akan tertapi di sebabkan dia hendak berangkat ke US dua hari lagi maka dia bersetuju untuk keluar, Mira mengambil Ezlan di rumah guess house yang di sewa bersama keluarganya yang datang bersamanya untuk konvokesyen pagi tadi di Petaling Jaya. Semasa di atas kereta itu Ezlan bertanya kepada Mira
Ezlan : 'Awak nak jumpa saya malam ini Mira kenapa?'tanya Ezlan kepada Mira yang sedang fokus memandu.
Mira: 'Awak kan nak pergi belajar oversea dengan Suzana dah, saya just nak jumpa awak sebelum awak pergi aje, mungkin lepas ini kita tak jumpa lagi dah selepas sibuk dengan studies masing-masing'. Terang Mira sambil tersenyum manis di tepinya.
Ezlan hanya terdiam dengan jawapan yang di berikan oleh Mira, walaupun dia tidak pernah menaruh hati pada Mira di sebabkan janjinya pada Haikal dia tetap melayan Mira seperti kawan baiknya lain kerana Mira pernah menolongnya masa dia motornya rosak di tepi jalan semasa belajar dulu.
Mira: 'Lan jom kita tengok wayang nak? awak teman lah saya boleh, saya nak tengok citer seram Scared Riana , dengar citer tu best, saya nak ajak Suzana tapi dia sibuk lak malam ni keluar shopping dengan maknya, Haikal lak masih berkabung sebab mak dia meninggal hari tu. Bolehlah Lan saya takut nak tengok citer tu sorang', pujuk Mira.
Ezlan tersenyum dengan pelawaan Mira, dia mengangguk pelahan kepalanya bersetuju.
Ezlan : 'Okay boleh, tapi dengan syarat saya dah janji ngan parent saya nak balik sebelum kul 12 malam, kan lewat balik saya kena tidur luar lak,' sambil dia tersenyum pada Mira.
Mira: Haha!okay boleh ..bole aje Lan, kita tengok show kul 9 jap lagi. Saya pun tak boleh balik lambat gak Lan, Mama saya bising gak nanti anak dara dia keluar sampai lewat malam.
YOU ARE READING
Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020)
RomanceKehidupan 2 orang couple , Haikal,Ezlan, Mira dan Suzana yang berkawan rapat dari universiti lagi, selepas menghabiskan pelajaran mereka berpecah membuat haluan masing-masing, Ezlan dan Suzana dapat melanjutkan pelajaran di luar negeri dan mengenal...