Cinta Salah Alamat- Part 20

10.2K 106 9
                                    

Part 20-Perjumpaan dirancang

Kereta Haikal berhenti di depan Fakuti Rekabentuk dan Senibina UPM  yang sibuk dengan student yang keluar masuk setelah habis kelas tengahari itu, matanya  memerhatikan disekitar  kawasan kampus itu, dia telah berjanji dengan Mira di sini untuk be...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta Haikal berhenti di depan Fakuti Rekabentuk dan Senibina UPM  yang sibuk dengan student yang keluar masuk setelah habis kelas tengahari itu, matanya  memerhatikan disekitar  kawasan kampus itu, dia telah berjanji dengan Mira di sini untuk berjumpa dan mengambilnya selepas kelasnya berakhir tadi, dia perlu berbincang dengan Mira berkenaan kehendak ayahnya tempohari, Mira telah menghantar text kepadanya ketika dikuliahnya, dia ada memberitahu Haikal yang mungkin kelasnya itu lewat habis sedikit, lama Haikal berada dalam keretanya, dengan berkaca mata hitam dan kemeja kerjanya serta berkereta mewah itu menarik perhatian pelajar-pelajar perempuab di situ, dia kemudian keluar dari kereta range rover nya dan menghala ke sebuah kedai serbaneka yang berdekatan disitu. Sesekali kelihatan berberapa pelajar wanita memandangnya dan tersenyum membuatkannya sedikit tidak selesa dengan perhatian yang di berikan padanya. Setelah selesai urusannya di kedai tersebut, dia berjalan balik ke keretanya, tiba-tiba dia terdengar namanya dia panggil, dia menoleh dan melihat Mira berlari-lari anak ke arahnya.

 Setelah selesai urusannya di kedai tersebut, dia berjalan balik ke keretanya, tiba-tiba dia terdengar namanya dia panggil, dia menoleh dan melihat Mira berlari-lari anak ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mira : 'Maaf Abang sebab tunggu lama tu, Sayang tak jangka kelas sayang habis lewat tadi, banyak lak assignment nak kena buat. Abang dari office ke ni?' 

Haikal :' Yup dari ofis abang tadi... Takpe, sayang kan belajar tu, Abang pun pernah jadi student macam sayang gak dulu, abang paham, jomlah kita pergi makan sayang abang dah lapar lah.'

Kereta mereka membelok masuk di sebuah restoren berdekatan dengan area bangi, mereka menjamu selera nasi campur di situ, kelihatan masih tidak ramai lagi pengunjung  yang datang makan nasi campur  dalam restoren pada ketika itu.  Haikal memandang ke arah wajah Mira dan berkata.

Haikal : 'Sayang besok kita jumpa ayah abang boleh? Ayah abang nak jumpa sayang sebenarnya. Abang dah cerita kat dia pasal perhubungan kita dan perancangan abang untuk memperisterikan sayang.'

Mira kelihatan sedikit terkejut, dia hampir-hampir tersedak nasi yang di makannya, Haikal cuma tersenyum melihat gelagat buah hatinya ini.

Mira :' Ayah abang nak jumpa Sayang?' untuk apa?' tanyanya ringkas.

Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020)Where stories live. Discover now