Cinta Salah Alamat Part 4

18.4K 144 12
                                    

Part 4 Dunia Kecil.

Kereta Honda Jazz yang membawa Mira dan Suzana kemudian berhenti di kedai makan di kawasan bangsar itu, Suzana melihat jam tangannya berberapa kali seperti dia menantikan sesuatu di situ, Mira hanya diam memerhatikan Suzana di tepinya. Kemudian Mira bersuara.

Mira: 'Relek lah Su...nanti mak awak sampailah sini tu kejap lagi, kita pergi makan dulu nak, nanti mak awak sampai dia mesti call tu".  kata Mira.

Tiba-tiba telefon Suzana berbunyi, dia cepat-cepat melihat skrin telefonya dan menekan butang pada touch screen nya. Dia tak sempat menjawab pertanyaan dari Mira padanya tadi.

'Heloo Mak...Su dah sampai ni, haa apa mak?...hmm okay, Su ada dengan Mira ni, jangan bimbang mak,kalau macam tu nanti Su terus makan kat sini dulu dengan Mira lah'.Jawab Suzana di telefon pada maknya.

Suzana meletakan telefonnya, dia kemudian memalingkan mukanya pada Mira. 

Suzana: 'Jom lah kita makan Mira, mak saya sampai sini mungkin sejam lagi kot, dia masih duk settle keje dia kat ofis  lagi tadi.' terangnya pada Mira dengan sedikit nada kecewa.

Mira kemudian mematikan suis enjin keretanya, mereka keluar dari kereta itu dan menuju ke kedai makan berhampiran di situ. Suasana di dalam kedai makan itu penuh dengan orang ramai, ada berberapa meja sahaja yang masih kosong yang belum terisi dengan pelanggan. Mata mereka melilau melihat jika ada meja masih kosong lagi di kawasan itu, Mira tak mahu lagi pergi ke kedai lain sebab dia susah nak cari parking keretanya. Mereka tiba-tiba melihat Haikal dan Ezlan melambai-lambai tangan ke arah mereka di hujung penjuru dalam restoren itu sambil tersengih.

Mira: 'Su...Ezlan dengan Haikal tu kat sana, dia orang ajak kita duduk bersama mereka kat meja diorang '.dia menciut tangan Suzana yang masih lagi mencari-mencari meja kosong disitu.

Suzana: "Hmm, jomlah Mira, takda meja kosong dah ni,kita tumpang aje makan sekali dengan diaorang tu", dia mengajak Mira di tepinya.

Sampai di meja tu, dia lihat Ezlan dan Haikal dah hampir habis makan tu, mereka di pelawa duduk di kerusi yang ada dua di depan mereka itu.

Suzana: " Awak berdua buat apa sini? tak balik kampung cuti semester lagi ke? tanya Suzana sambil dia menarik kerusi di depan Ezlan. Ezlan memerhatikan Suzana di depannya dengan penuh minat.

Haikal : "Kita orang plan nak balik esok Su, haa..Mira kenapa berdiri tu, duduklah kat tepi saya ni...tengahari memang susah nak dapat tempat duduk kosong tu". Mira tersenyum melihat Haikal dia kemudian duduk di tepi Suzana dan Haikal, sempat anak matanya melihat Ezlan di tepi Haikal itu. Dia kemudian bangun kembali dari kerusinya,

Mira: "Su..saya pergi nasi dulu kat depan kan nanti habis lauk lak situ".Suzana mengangguk pelahan dan dia pergi ke kawasan nasi campur di depan pintu masuk tadi. Suzana pula dia hanya order mee sup tadi pada pelayan yang datang ke mejanya.

Suzana: "Lan..awak dan bagitahu ke kat parent awak ke pasal scholarship kita dapat  semalam tu", Suzana tiba-tiba bertanya pada Ezlan didepannya.

Ezlan yang tengah makan tu hampir-hampir tersedak nasinya dibuatnya, Haikal tergelak melihat telatah kawannya yang kelam kabut itu. Suzana pun tergelak dengan telatah Ezlan ini. Setelah keadaan kembali tenang Ezlan menjawab.

Ezlan : "Esok Su..kat rumah saya di kampung tengah sibuk membuat persiapan abang saya nak kahwin lusa nanti,' katanya sambil dia tersengih tu.

Suzana: "Oo yer ke...mesti meriah dan seronok buat majlis kahwin kat kampung" .Jawab Suzana yang terbayang semangat gotong royong orang kampung kalau kenduri macam ini.

Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020)Where stories live. Discover now