Cinta Salah Alamat- Part 22

10.7K 99 9
                                    

Part 22 -Kekecewaan.

Haikal duduk di meja makan rumahnya, di hadapannya ayahnya yang sedang menjamu selera bersamanya, suasana sunyi macam biasa jika dia makan bersama ayahnya ini. Setelah selesai makan malam tersebut sambil minum air ayahnya berkata padanya.

Dato Razak : 'Haikal, kamu berkawan lagi ke dengan budak Mira itu?'

Haikal : 'Perlukan lagi kita bincang pasal itu lagi ayah?.Haikal dah ikut apa yang ayah nak kan.'

Dato Razak : 'Perlu ...untuk pastikan Haikal tahu tanggungjawab Haikal sebagai anak ayah'. sambil wajah serius dia memandang Haikal.

Haikal : 'Ayah...... Haikal minta tolong sangat kat ayah...janganlah ayah masuk campur urusan dalam hidup Haikal boleh? Haikal dah cukup besar untuk membuat keputusan dan menguruskan diri Haikal sendiri'.

Dato Razak : 'Haikal..dengar sini, walaupun kamu dah dewasa, kamu tetap bawah pengawasan ayah paham!. Dan satu perkara lagi, hujung minggu ini kita jumpa Dato Azlan dekat rumah dia, Ayah nak kenalkan Haikal dengan anak perempuan dia'.

Haikal menahan kemarahannya, baginya ayahnya hanya mementingkan diri dia sendiri sahaja. Dia menyangka dengan semua kekayaan yang dia beri pada Haikal, dia boleh mengawal anaknya seperti bisnesnya .

Haikal : 'Haikal ada kerja hujung minggu ini,  Ayah pergilah sorang rumah Dato Azlan sorang itu'. Dia kemudian bangun dari meja makan tersebut dan berjalan naik ke biliknya. Muka ayahnya merah menahan kemarahan terhadap anaknya. 

Dato Razak : 'Haikal nanti....Haikal!!.Dia memanggil Haikal berberapa kali, namun tidak diendahkan oleh Haikal yang berjalan naiki tangga tanpa menghiraukan panggilan ayahnya.

Ayahnya kemudian mencapai telefon bimbitnya, lalu dia bercakap dengan seseorang di telefon terbabit.

Dato  Razak : 'Aku nak ko ikut anak aku Haikal bermula esok, maklum kat aku apa dia buat, jika dia berjumpa dengan budak Mira itu lagi, aku nak ko bagi amaran keras kepada mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dato  Razak : 'Aku nak ko ikut anak aku Haikal bermula esok, maklum kat aku apa dia buat, jika dia berjumpa dengan budak Mira itu lagi, aku nak ko bagi amaran keras kepada mereka berdua.'

Lelaki 1: 'Baik Dato'. jawapnnya ringkas.

Dato Razak :' Aku akan sediakan cek RM5000 untuk upah engko besok, ko ambil  aje cek tersebut kat P.A aku'. Sambil dia meletakan telefon itu.

Hujung minggu itu, Haikal berjumpa dengan  isterinya, mereka keluar makan bersama di salah semua shopping mall di area bangsar. Banyak yang di bincangkan oleh mereka berdua semasa makan tadi. Setelah selesai menjamu selera mereka berjalan ke parking kereta Haikal di B2. Haikal menekan butang unlock keretanya sambil hendak membuka pintu kereta itu, bahunya di tepuk. Kelihatan ada 3 orang menghampiri Haikal sambil memakai helmet  di parking kereta itu.

Lelaki 1 : Kamu Haikal anak Dato Razak kan, tanyanya dengan suara garau.

Haikal : yer kenape? kamu semua ini siapa? kenapa ko pegang tangan aku. Tanyanya bertubi-tubi ke arah lelaki tersebut. Dia cuba melepaskan pegangan tangan lelaki terbabit.

Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020)Where stories live. Discover now