Aku berkecil hati

26 0 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM..." 

Telefon awam yang berada tidak jauh dari pintu dorm menjadi sasaran Melissa kali ini. Telefon bimbit kehabisan kredit, maka Melissa menggeledah tabung mencari syiling. Nasib baiklah Melissa memang gemar mengumpulkan syiling untuk kecemasan.

"Waalaikumussalam. Bila awak sampai sini, Lisa?" 

Suara Fariz kedengaran tenang sahaja. Dia tahu Melissa memang akan menghubunginya malam itu.

"Rindu ke yang mendorong Lisa menghubungiku?" Hati kecil Fariz bertanya.

"Sebelum saya jawab pertanyaan awak tu, saya nak tanya ni. Saya mengganggu ke? Kalau awak tak senang, saya letak balik gagang telefon ni. Saya telefon awak lain kali je."

"Taklah. Saya baru selesai solat Isyak. Awak dah solat ke Lisa?" 

"Lepas selesai bercakap dengan awak ni, saya solat. Betul, saya tak tipu."

Kenapa pula aku nak tipu? Aku memang tidak pernah menipu dia, bisik hati kecilnya.

"Camana cuti kat kampung? Seronok tak?"

"OK. Seronok jumpa mak ayah. Adik-beradik, sedara-mara dan kawan-kawan," tutur Melissa ikhlas.

"Baguslah. Nanti kalau rindu kat mak ayah lagi, selalu lah telefon mereka. Awak tahu, saya akan telefon mak ayah saya tiga hari sekali. Jangan asyik bazirkan duit untuk saya saja, Lisa!"

Ayat Fariz memang pedih. Perli ke nasihat? Telinga Melissa terasa berdesing.

"Yelah Fariz. Saya tahu, awak tak payahlah risau. Lagipun saya call awak bukannya lama pun. Kadang tu tak sampai tiga puluh minit pun."

Melissa membela diri sendiri. Terasa hati dengan sikap Fariz terhadapnya.

"Saya bukan tak suka awak call saya. Tapi tak nak awak bazirkan duit untuk saya sangat,"

Fariz bersuara lagi apabila menyedari intonasi suara Melissa agak berubah. Mungkin terasa hati.

"OK lah kalau macam tu. Lain kali kita sembang lagi. Tengok, saya cakap dengan awak 15 minit je pun. Baru seringgit je. Saya ni tak berkira sangat pun."

Sememangnya Melissa sudah terasa hati dengan Fariz!

                     ****************************************

Melissa berjalan kaki seorang diri menuju ke Pusat Komputer KUTKM yang jaraknya kira-kira empat ratus meter dari dorm nya. Malam masih awal, Isyak belum masuk lagi. Melissa perlu membuat sedikit pencarian maklumat untuk tugasan bagi subjek Database Management.

Setelah mendapat sebuah komputer yang didaftarkan oleh seorang petugas di kaunter, dia melangkah ke meja tersebut. Di sebelah kiri dan kanan Melissa kedua-duanya pelajar perempuan yang tidak dia kenali.

Walaupun kelajuan Internet sederhana sahaja malam ini, Melissa berjaya menjumpai maklumat yang diingini. Tiba-tiba tergerak hati untuk membuka e-mail di Yahoo. Terdapat tiga e-mail baru sejak dua hari yang lepas. Dua e-mail adalah daripada pensyarah berkaitan tugasan dan e-mail yang ketiga sedikit mengelirukan Melissa.

"Siapa pula ni? Salah hantar e-mail kot."

Melissa membaca e-mail itu semula dan yakin ia bukan ditujukan kepadanya lantas sebagai seorang yang berbudi bahasa...hehhe....dia membalas e-mail itu dengan menaip.

'Maaf saudara. Saya rasa saudara dah tersalah e-mail ni. Saya tak kenal pun saudara. K, TQ.'

Butang Send dipilih. Setelah selesai semua urusan, Melissa bangun dan menolak kerusi dengan sopan. Melangkah keluar dari Pusat Komputer, jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Langkah dihayun agak laju. Tiba-tiba Melissa tersilau Azwa di hadapan pintu dorm nya. Melissa mengangkat tangan. Azwa membalas sambil melaung.

"Dari mana?"

"Pergi CC jap tadi."


CINTA PERTAMA (belum complete)Where stories live. Discover now