Hadirnya Fakri

29 0 0
                                    

                      'SORRY, saya tak sengaja terhantar e-mail pada awak. Minta maaf ya! Tapi, boleh tak kalau saya nak berkenalan dengan orang yang saya dah tersalah hantar ni. Nama saya Fakri. Student KUTKM. Course Diploma, Elecronic Computer. Umur 20 tahun. Awak student KUTKM juga ke?'

Hampir mahu tersembul keluar biji mata Melissa membaca e-mail dari miloice@yahoo.com yang pada sebelum ini telah tersalah hantar e-mail kepadanya. Apa yang harus Melissa buat? Haruskah Melissa menyambut salam perkenalan itu? Tapi budak tu student sini juga. Kalau Fariz tahu camana? Adakah Fariz akan cemburu atau menuduh Melissa perempuan yang gatal? 

Tapi...kejab..kejab..Fariz kan anggap kawan dia je. Kalau dia sayang aku lebih dari kawan, kenapa dia layan aku macam kawan biasa aje? Ah, terima jelah. Kawan je pun. Apa salahnya kawan biar seribu, kekasih biar satu! Yang satu itu tentulah Fariz. Hehe...Akhirnya Melissa mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer.

                'Saya student KUTKM juga. Nama Nur Melissa , umur 20 tahun. Course Degree in IT.'

Butang Send Melissa pilih. Selepas menunggu dalam satu minit, e-mail baru muncul. Melissa membukanya.

                'OK..kita sebaya, cuma berlainan batch je. Saya senior awak ok, walaupun kita sebaya. Nak nombor telefon boleh? Penatlah berhubung dalam e-mail je.'

"Alamak, beri betis nak paha pulak mamat ni." 

Hampir lima minit Melissa berfikir, akhirnya dia bersetuju memberikan nombor telefon bimbit. Selang satu minit kemudian, Melissa terasa gegaran dalam poket seluar dan mengeluarkan telefon kesayangannya yang selalu tidak di topup itu. Satu nombor yang tidak dikenali telah membuat missed call. 

Tahulah Melissa bahawa itu adalah nombor telefon si Fakri itu. Melissa menyimpan nombor itu dan kemudian memberitahu Fakri bahawa dia akan sign out dari e-mail kerana sudah agak lama di dalam di dalam Pusat Komputer itu.

                   'Selamat berkenalan. TQ kerana sudi terima saya sebagai kawan.'

                              *****************************

Jam di lengan kiri menunjukkan pukul 7.30 pagi. Pukul 8 pagi nanti, kelas Puan Rohaya bagi subjek Software Engineering. Pagi itu Melissa menuju ke bilik kuliah sendirian. Kak Awin telah pergi bersama rakan baiknya Anida. Dia ada mengajak Melissa bersama namun Melissa menolak kerana lebih selesa sendirian. Ketika Melissa mahu membelok ke lorong menuju ke arah Bilik Kuliah 3, tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara.

"Lisa, Lisa..."

Melissa menoleh ke hadapan. Fariz! Senyuman lebar muncul di bibir Melissa.

"Hai, apalah bertuah betul hari ni...awal-awal pagi dah terserempak dengan buah hati. Bahagianya hidup..."

Ayat itu ingin diluah biar Fariz tahu apa yang tersirat di dalam hatinya namun ia seolah-olah tersekat di kerongkong Melissa.

"Awak ada kelas ke?"

Melissa cuba menutupi getar di dada.

"Ha ah..pukul 8 kat Makmal Auto. Awak?"

Fariz cuba menyaingi langkah gadis itu.

"Samalah. Tapi saya kat BK3."

Betapa berdebarnya hati berjalan seiringan dengan jejaka pujaan hati. Inikah namanya cinta?? Aduhai...

"Awak dah breakfast ke Lisa?"

Gadis bernama Melissa ini semakin dipandang semakin manis. Dari segi fizikal, Melissa tidak tinggi, namun bukanlah 'ketot'. Sederhana dalam segala segi. Yang pastinya dia semakin mewarnai hidup Fariz. Tidak dinafikan Melissa memang menawan dengan caranya sendiri.

Fariz sememangnya sudah tertawan namun begitu, iman yang ada di dada selalu mengingatkannya tentang halal haram, dosa dan pahala serta tujuan asal dia datang ke negeri Melaka ini. Aku sayang kau Lisa tapi aku lebih sayang masa depanku. Hati kecil Fariz berbicara.

Aku kena kuat menahan diriku. Iman mesti teguh. Aku tak mahu menganiaya hubungan kami dengan perkara yang tidak baik. Bisikan itu menyedarkan Fariz daripada pandangan mata Melissa yang redup memandangnya.

"Awak cakap apa tadi?"

Fariz seolah-olah baru tersedar dari tidur yang lena.

"Saya cakap saya dah makan roti dengan Air Milo dekat dorm tadi. Tengahari nanti saya makanlah yang heavy sikit. Hmm...awak, kelas saya kat situ. Sampai sini jelah. Nanti kawan-kawan lelaki saya nampak, jatuh pula saham saya," gurau Melissa sambil ketawa kecil.

Fariz juga ketawa. Indahnya tawamu Fariz. Di masa bercinta, semua indah. Kentut pun bau wangi! Itu mak aku kat kampung kata. Melissa ketawa dalam hati.

"Tak payah nak saham-saham bagailah, awak kan dah ada saya, Lisa..."

Melissa tidak pasti ayat itu sekadar gurauan atau Fariz benar-benar maksudkannya. Namun cukup membuatkan hati Melissa berbunga-bunga sepanjang hari itu. Kalau betul, Melissa lah perempuan paling bertuah atas muka bumi ini!

"OK lah Lisa. Saya hantar awak sampai sini je. Kalau ada masa, lain kali kita lunch sama-sama ya tapi ini bukan dikira sebagai janji tau. Saya pergi dulu. Lagi sepuluh minit pukul 8 pagi. Oh ya sebelum terlupa saya nak cakap, baju kurung yang awak pakai hari ni sangat sesuai dengan awak. Manis sangat. Assalamualaikum.." 


CINTA PERTAMA (belum complete)Where stories live. Discover now