Beri aku peluang, Melissa!

21 0 0
                                    

PETANG itu kira-kira pukul 4.00 petang, Melissa mendapat SMS dari Fakri yang berbunyi;

               'Boleh saya jumpa awak malam ni? Ada perkara saya nak cakap.'

Melissa menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Makin tenat dah lelaki ini. Setiap malam dalam seminggu ni Fakri akan datang untuk bertemu Melissa. Sama ada dia akan SMS dulu ataupun sekadar singgah. Melissa memang tidak tahu menipu dan tidak cukup tegas dalam meluahkan ketidaksenangan hati dengan tindak-tanduknya.

Selalunya Fakri akan menunggu Melissa dengan setia di tempat letak kenderaan di bawah dorm Melissa. Melissa jadi serba-salah. Dalam masa yang sama bersimpati. Adakah lelaki itu telah jatuh hati padanya? Adakah dengan cara sebegini, Melissa secara tidak langsung telah memberi harapan padanya? Tidak bosankah dia dengan sikap Melissa yang seolah-olah dingin dengannya? Adakah lelaki itu tidak nampak kebosanan yang ada pada wajah Melissa setiap kali bersama dia?

Tapi aku tidak boleh terus begini. Aku pun ada tanggungjawab kepada diri sendiri, pada pelajaranku juga. Mustahil Fakri tidak ada tugasan atau projek yang harus disiapkan. Pelbagai pertanyaan bermain di minda Melissa tentang Fakri.

Melissa perlu berterus-terang pada Fakri. Sekurang-kurangnya menyatakan pelajaran yang perlu ditumpukan. Tidak salah berkawan tapi biar berpada. Kalau nak jumpa pun, mungkin sekali dalam seminggu ke. Barulah banyak perkara yang boleh diceritakan. Melissa cuba mengatur ayat-ayat yang ingin diucapkan apabila menemui Fakri nanti.


SEPERTI selalu, Fakri telah sedia menunggu Melissa di kerusi batu di taman permainan itu. Taman yang akan menjadi kenangan untuk diingati suatu ketika nanti.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Terima kasih sudi datang." 

Fakri memberi ruang untuk Melissa duduk.

"Sama-sama. Hmm..apa yang awak nak cakapkan tu..cakaplah. Saya sebenarnya ada tugasan yang perlu disiapkan." 

Akhirnya terluah jua kata-kata yang selama ini sukar untuk Melissa luahkan kerana bimbang melukakan hati Fakri.

"Oh, yeke. Petang tadi masa saya SMS awak tak bagitahu pun busy." 

Kata-kata Fakri kedengaran seperti orang yang bersalah. Wajahnya kelihatan berubah, tidak seperti tadi. Perasaan serba-salah mula menyelinap ke jiwa Melissa.

Maafkan aku Fakri, aku tidak berniat mahu melukakan hati kau. Pasti lelaki ini dalam kesepian dan masih mencari cinta, fikir Melissa. Kalau tidak, bukan senang bagi seorang lelaki untuk membazirkan masa mereka untuk perempuan jika dia sekadar hanya seorang kawan biasa!

"Saya...tak sampai hati nak bagitahu. Takut awak kecewa." 

Melissa menjawab pertanyaan Fakri sebentar tadi.

"Tak apa..saya janji tak akan mengambil masa yang lama. Paling lama pun sejam. Er..boleh saya tanya sesuatu?" 

Fakri memandang Melissa dari sisi. Melissa mengerling dengan ekor mata lalu mengangguk.

"Awak dah ada yang special ke?" 

Soalan maut ni!

"Special..ada kot...tapi saya pun tak pasti hati dia. Saya masih menanti...."

Melissa tiba-tiba mendapat kekuatan untuk berterus-terang. Alang-alang Fakri sudah bertanya, Melissa perlu jawab dengan jujur. Terasa beban di jiwa berkurangan. Tak perlu berteka-teki dengannya. Ya, baik bercakap benar dari terus melukainya.

"Oh, kiranya belum declare lagi lah ya," tanya Fakri lagi.

"Declare? Tak pun. Kami kawan, macam awak dengan saya ni. Cuma saya senang dengan dia."

Melissa kelihatan lebih selesa untuk berbual selepas berjaya meluahkan isi hati sebentar tadi. Fakri mengangguk-angguk kan kepalanya.

"Saya terlambat lah ni.." 

Tiba-tiba tangan Fakri cuba meraih tangan Melissa. Melissa terkejut dan cepat-cepat menarik tangannya. Fakri juga terpana dengan tindakan Melissa. Air mukanya sedikit berubah.

"Tapi saya...saya belum pasti. Entahlah saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya dah suka pada seseorang tapi saya tak tahu hati dia." 

Melissa dengan sedikit keberanian yang ada cuba bertegas. Melissa mahu Fakri tahu, hati Melissa milik insan lain. Insan yang Melissa juga tidak tahu bagaimana anggapannya terhadap Melissa.

"Jadi..maksudnya..saya masih ada harapanlah?" 

Fakri seolah-olah merasakan masih ada peluang untuknya. Mana lah tahu, suatu hari nanti pintu hati gadis ini terbuka untuknya dan Fakri akan menunggu sehingga ke detik itu. Dia sanggup menunggu walaupun bertahun lagi.

"Saya tak tahu nak kata camana lagi. Awak suka saya ke?" 

Melissa inginkan kepastian dari Fakri.

"Kalau tak, takkan nak jumpa awak setiap hari. Sejak kali pertama jumpa awak, saya dah jatuh cinta. Awak je yang tak perasan." 

Giliran Fakri pula untuk berterus-terang. Melissa terdiam. Mencari-cari jawapan yang sesuai untuk diucapkan.

"Macam nilah. Awak boleh suka saya, saya takkan marah. Tapi saya tak berapa gemar kalau selalu nak jumpa. Seminggu sekali boleh? Hujung minggu je ke. Saya boleh bagi awak peluang tapi jangan berharap sangat. OK?"

Melissa nekad dengan keputusannya. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Melissa tidak memberi Fakri harapan, namun juga tidak akan memaksanya untuk melupakan perasaannya terhadap Melissa.

"Kalau begitu kata awak, saya akan ikut saja. Rasanya saya tidaklah kecewa sangat. Saya masih boleh terus menjadi kawan awak kan. Tak apa, saya akan buat awak suka pada saya. Awak tengoklah nanti." 

Fakri ketawa kecil barangkali melindungi kekecewaan yang hadir.

"OK..we will wait and see." 



CINTA PERTAMA (belum complete)Where stories live. Discover now