Sudah beberapa kali dalam sebulan ini jejaka Chinese-look itu muncul di hadapan Melissa. Dengan cermin mata yang melindungi matanya yang agak sepet, perwatakan yang tenang dan penampilannya yang sederhana itu mampu menggetarkan jiwa Melissa yang masih kosong.
Hati Melissa tertanya-tanya siapakah jejaka itu? Sudah pasti dia bukan pelajar IT kerana tidak pernah melihat dia bersama-sama dengan pelajar IT yang lain. Hati kecil Melissa sudah berdoa agar suatu ketika nanti dia bisa mengenalinya dengan lebih dekat.
Suatu pagi, ketika Melissa baru sahaja usai tutorial di Makmal Multimedia, Melissa bersama rakan baiknya, Azwa berjalan keluar menuju ke arah pintu pagar utama, mereka dikejutkan dengan kemunculan jejaka tinggi dan sasa itu. Dia kelihatan keseorangan sahaja dan sedang berjalan menuju ke arah bangunan makmal-makmal kejuruteraan bersebelahan dengan bangunan makmal-makmal komputer.
"Hai, Azwa! Lama tak jumpa. Ni first time jumpa kau sejak dari matrik hari tu."
Jejaka itu bersuara menegur Azwa. Melissa hanya memandang dengan ekor mata. Jantung Melissa sudah mula berdegup kencang namun dia berusaha menyembunyikannya dengan melemparkan senyuman kepada jejaka itu.
"Dia kawan Azwa ke?"
Hati Melissa berkata-kata sendiri.
"Ha ah la Fariz. Eh, kau nampak berisi sikit berbanding dulu."
Oh, Fariz namanya!
"Yeke? Lepas ni aku nak diet la kalau macam tu. Kau ambik course apa Wa?"
Tangannya menyeluk poket seluar yang dipakai.
"IT. Multimedia. Kau?"
"Mechanical Engineering Automotive." jawab lelaki itu.
Melissa tunduk sahaja, segan untuk memandang jejaka itu.
"Weh, kau masih pakai phone number yang dulu jugak kan."
Tangan nya mengeluarkan telefon bimbit 3310 dari poket seluarnya.
"Iya. Kenapa?"
"Kot la lepas ni ada nak mintak tolong kau ke.."
Fariz mengusik sambil mengenyit mata pada Azwa.
"Kau memang macam tu. Kalau tak nak mintak tolong, jangan harap nak call aku."
Azwa pula mencebik.
"Gila kau! Nak kena terajang dengan pakwe kau si Khairul tu? Weh, dia kat UTM Jalan Semarak kan. Couple lagi ke?"
"Hehe...bukan main kau mengusik aku kan. Kau bila pulak? Belum jumpa awek idaman kau?"
"Siapalah nak kat aku ni. Dahla tak hensom, duit pun takde. OK lah Wa, aku gerak dulu. Ada kelas kat makmal kejap lagi."
Fariz mula meminta diri. Namun sempat juga dia menjeling Melissa.
"Boleh tahan. Selalu juga terserempak dengan budak perempuan ni. Tak sangka pulak kawan si Azwa ni."
Hati nakal Fariz berkata-kata.
"OK lah aku dengan kawan aku pun nak pegi breakfast ni. Tadi kami ada tutorial kat situ." Tunjuk Azwa pada bangunan yang tersergam tidak jauh dari kami bertiga.
"Ok. Assalamualaikum."
Azwa dan Melissa melangkah melangkah pergi. Namun, dari jarak 50 meter selepas melangkah, Fariz melaung kepada Azwa.
"Kau tak nak kenalkan kawan kau kat sebelah tu ke?"
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA (belum complete)
Storie d'amoreKisah Melissa dan Fariz di menara gading.