Tempat kau ada dalam hati aku, Lisa!

16 0 0
                                    

"LAWA tak awek aku?" 

Fariz menayangkan matrix card yang terpampang gambar Melissa kepada dua orang rakan serumahnya.

"Wei, tengok kejap," 

Shahrul meminta matrix card itu daripada Fariz. Fariz menghulurkannya. Dadanya terasa kembang kerana berjaya menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa dia mempunyai peminat yang tak kurang cantik juga. Budak komputer pulak tu! 

Pelajar-pelajar lelaki engineering selalunya akan mencari awek dari kalangan pelajar-pelajar Sains Komputer kerana bagi mereka, awek Sains Komputer lebih feminin dan ayu. Berbanding pelajar-pelajar perempuan engineering yang lebih lasak dan kasar.

"Macam kenal je budak ni. Kalau tak silap aku, dia sama matrik dengan aku dulu, Kolej Mara Kulim. Dia budak Kelantan kan....."

"Ha ah. Betul tu. Kau kenal ke dia?" Fariz berasa curiga.

"Kenal macam-macam tu jelah. Cuma dulu ada sorang mamat ni gila betul dekat dia. Mamat ni satu sekolah menengah dengan dia, dapat matriks pun sama. Mamat ni siap mengaku budak ni awek dia. Tapi tak tahulah kan betul ke tak sebab tak pernah nampak pula diorang dating." 

"Betul ke awek kau ni, Fariz?" 

Shahrul bertanya lagi. Dia sedikit meragui Fariz yang ulat buku itu bercinta.

"Ya, kenapa? Kalau kau nak tahu selang satu malam dia akan call aku. Aku memang suka dia, cuma kadangkala aku keliru. Tapi pelajaran aku letakkan nombor satu. Awek nombor dua. Apa-apa pun, aku rasa hidup aku lebih colourful selepas ada dia." 

Iya, Melissa sebenarnya memang menghuni hatinya namun, dia tidak akan senang-senang untuk mengakui apatah lagi meluahkannya. Biarlah Tuhan dan masa yang menentukan hubungan mereka.


"ASSALAMUALAIKUM, Melissa!" 

Suara yang cukup dirindui Melissa membuatkannya menoleh. Kak Awin dan Anida juga menoleh. Lidah Melissa kelu seketika kerana tidak menyangka Fariz akan menegurnya dihadapan rakan-rakannya.

"Waalaikumussalam...oh, Fariz!" 

Fariz menghulurkan matrix card miliknya. Melissa pula mengembalikan hak Fariz.

"Thanks..ada kelas dekat-dekat sini?" 

Suara Melissa separuh berbisik setelah Kak Awin dan Anida membelakangi mereka, seolah-olah memberi peluang untuk mereka berbicara.

"Ya, BK5. Situ.." 

Jari telunjuk Fariz menuding kepada bilik kuliah yang dipisahkan oleh dua bilik kuliah iaitu BK3 dan BK4.

"Oh..saya kat sini,BK2. Eh, alamak! Kawan-kawan saya dah mula masuk. Saya masuk kelas dulu. Awak pun pergilah masuk kelas. Nanti lambat pula." 

Melissa mengejar rakan-rakannya tadi. 

Fariz mengangguk dan melangkah menuju ke BK5. Melissa menoleh semula kepada Fariz yang sudah melangkah seraya bibirnya perlahan menuturkan...I MISS YOU, SAYANG!

CINTA PERTAMA (belum complete)Where stories live. Discover now