Aku sayang, aku rindu kamu tapi..

23 0 0
                                    

FARIZ tersedar dari tidurnya. Dengan mata yang terpisat-pisat dia mencapai jam kecil berbentuk empat segi di tepi bantalnya.

"Pukul 3 pagi. Hmm..alhamdulillah, Allah kejutkan aku untuk Solat Sunat Tahajjud dan study."

Fariz berasa sangat bersyukur kerana walaupun tanpa alarm jam atau telefon bimbit, dia mampu bangun dari tidur dengan izin Allah. Sebenarnya tidak ramai orang yang sanggup untuk mengorbankan waktu tidur mereka untuk bangun solat sunat.

 Itu kenyataan yang harus ditelan oleh semua. Ramai yang sanggup berjaga atau bangun untuk study, tetapi tidak ramai yang sanggup bangun untuk menemui Sang Kekasih yang sedia menanti kata cinta.

Fariz bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Dia mengambil wuduk dan kemudian terus menghampar sejadah di ruang tamu bilik hostel. Dia tidak mahu mengejutkan Shahrul, teman sebiliknya yang baru sahaja tidur. 

Fariz memang dikenali dengan ketekunannya dalam pelajaran. Tidak hairanlah dia mendapat jolokan ULAT sejak di bangku sekolah lagi. Fariz tidak pernah marah mahupun terasa hati dengan panggilan tersebut kerana baginya panggillah apa sahaja, ia tidak akan memberi kesan langsung terhadap dirinya. ULAT lebih baik daripada kaki embun, kaki lepak ataupun kaki kipas pensyarah!

Walaupun komited dan tekun dalam mencari ilmu pengetahuan, Fariz tidak pernah melupakan keperluan rohaninya. Selain melaksanakan yang wajib, dia juga cuba memperbanyakkan yang sunat. Antaranya ialah solat sunat dan rajin menghadirkan diri ke masjid atau surau.

Tiba-tiba ingatan Fariz melayang mengingatkan ayahnya yang selalu sahaja sakit-sakit. Ayah yang merupakan pesakit jantung sejak dua tahun yang lalu selalu benar sakit sejak akhir-akhir ini. Mujurlah ada ibu yang setia di sisi. 

Ayah yang tegas tapi penyayang, selalu berpesan kepada Fariz agar belajar bersungguh-sungguh dan jangan tinggalkan solat. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya Fariz setakat ini yang berjaya ke menara gading. Ayahnya menaruh harapan yang tinggi agar Fariz berjaya dalam pelajaran dan menjadi role model kepada adik-adiknya.

Fariz berasa sayu apabila teringatkan ayahnya, dia berjanji pada dirinya selagi hayat di badan, dia akan berbakti kepada kedua ibubapanya dan menjadi seorang anak yang baik seperti mana permintaan mereka. Kerana itulah Fariz sanggup berkorban masa remajanya, masa riang rianya dan masa untuk bercinta kerana mengejar cita-cita. Fariz tahu jika dia tidak berkorban masa, dia tidak akan mencapai segala impiannya. Aku pasti boleh!

Fariz mencapai water heater dan mengisi dengan air. Peneman study tentulah Air Nescafe. Sementara menunggu air mendidih, Fariz melabuhkan duduknya di kerusi. Matanya dihalakan ke arah senarai semak yang ditampal di dinding. Reka Bentuk Automotif - Tugasan 3, perlu dihantar pada 10 September, Mekanik Bendalir – Tugasan 2 pada 11 September, Dinamik – Group Assignment pada...terasa suatu gegaran yang datang dari dalam laci meja. Fariz menarik laci dan mencapai telefon bimbit yang diletakkan dalam mood Silent.

                   'Good nite. Sweet dream and miss u so much.'

SMS dari Melissa. Eh, dia belum tidur lagi atau bangun semula sepertiku? Fariz tertanya-tanya tetapi malas untuk bertanya lebih lanjut. Sambil tersenyum sendiri Fariz hanya menaip SMS yang berbunyi.

                  'Good nite. Miss u too.'

Fariz senyum lagi apabila teringat kepada peminat setianya itu. Lisa...hihihi..cute sangat..namun tatkala air yang dimasak memberikan hint sudah mendidih, Fariz bingkas bangun dari kerusi dan membancuh Air Nescafe. Kemudian dia kembali duduk di kerusi.

Telefon bimbit jenama Nokia itu dipandangnya lagi. Agaknya memang Melissa baru nak tidur, apabila SMS nya sudah dibalas, terus dia lelap. Itu yang agaknya Melissa tidak lagi menghantar SMS seterusnya. Fariz memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam laci.

Dia cuba melenyapkan bayang-bayang Melissa, namun hampa. Melissa...bukan setakat cute malahan juga comel dan menawan hati lelakinya yang memang kesepian. Melissa juga seorang yang caring dan baik hati. Sejak hadirnya dia dalam hidup Fariz, Fariz merasakan kehidupannya lebih berwarna-warni.... 






CINTA PERTAMA (belum complete)Where stories live. Discover now