"ATHENA."
Wajah wanita itu kekal tanpa riak.
"Kau tahu nama aku." Dia berkata senada.
Kai membawa kedua-dua belah tangan bersilang ke dada.
"Tak adil kalau hanya kau yang tahu siapa aku, tetapi aku tak tahu siapa kau, kan?"
Wanita bernama Athena itu senyum sinis.
"Huh, a snake will always be a snake."
Kai menjongket kening.
"I consider that as a compliment. Thank you."
"Now..." Athena menggerak mukanya lebih ke hadapan. Bertentang lebih dekat dengan Kai. "Tell me. Apa yang kau nak?"
Serupa dia, Kai turut sama membawa muka ke hadapan. Jarak antara mereka semakin dekat. Mata bersabung mata. Nafas hampir bersatu.
"Kenapa kau rasa aku nak sesuatu daripada kau?" tanya Kai, separa berbisik.
Sejenak, suasana hening. Soalan Kai tidak berbalas. Sebaliknya, Athena merenung dirinya lebih tajam. Seolah-olah mahu membacanya dan mengorek apa yang tersimpan dalam otaknya.
Kai membalas selamba.
Seketika berlalu, Athena menjauhkan semula badan. Kembali kepada postur tegak yang serupa, dan gaya anggun yang sama. Namun sebelum itu, mata tajam Kai sempat menangkap pandangan sinis yang berbias dalam sepasang mata wanita itu.
"Cobra." Dia menyebut sepatah. Pandangan mata sinis tadi, melekat ke muka Kai.
"One of the best hackers in Malaysia. Biarkan dirinya ditangkap lepas curi dua ratus lima puluh ribu ringgit daripada Red Sun. That doesn't sound right."
"You think so?" balas Kai, dengan gaya tertarik atas apa yang baru didengar.
"Kau takkan sesenang itu tinggalkan kesan, dan biarkan orang-orang aku jejak kau. Unless..."
"Aku sengaja." Kai menyambung.
"Dan kau takkan sesenang itu biarkan orang-orang aku heret kau ke sini. Unless..."
"Aku sengaja."
Athena mengangkat kening. Menunjukkan rupa bahawa dia tahu apa yang dia cakapkan dan dia tahu apa yang cuba dibuat oleh lelaki di hadapannya.
Kai menyengih.
"It's not that easy, you know. Kau ingat senang untuk aku korbankan Camaro kesayangan aku, demi biarkan diri aku diheret ke sini?"
"Well... you want drama, you got one."
"But that's my new car!" Kai acah-acah merengek. Siap dengan muka yang konon-konon sedih.
Athena tetap dengan muka kosongnya. Dia menyambung dingin.
"Yang kau beli dengan duit aku."
"Janganlah pandang aku dengan rupa menakutkan macam tu sekali. Ican get you more than that. Setakat dua ratus lima puluh ribu ringgit? Itu celah jari aku."
Kai mengangkat jari-jemari depan muka dan memusing-musingnya.
"Yeah, literally celah jari aku."
Usai berkata demikian, dia berpaling kepada Athena. Sengaja merenung dengan satu makna tersendiri. Yang dia yakin, perempuan di hadapannya mengerti.
Tersinggung senyuman sinis di bibir Athena.
"Kau memang betul-betul tak reti takut, kan?"
"Kau memang tak reti bosan, kan? Tanya benda yang sama. Okey, biar aku ulang lagi sekali. Aku tak rasa takut sekarang. Aku tak takutkan Red Sun. Dan semestinya, aku tak takutkan kau. Macam yang aku cakap tadi..."
YOU ARE READING
CODE NAME COBRA (Published)
ActionHIGHEST RANKING: #1 in novel fiksyen (18/11/2019) #1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021) #2 in thriller (13/11/2019) #2 in aksi (11/11/2019) #2 in secrectagent (18/11/12019) #3 in actionpacked (18/11/2019) #3 in suspens (8/2/2021) #8 in action-thri...