BAB 11

4.2K 194 46
                                    

SEPULUH HARI sudah berlalu sejak Kai memulakan 'kerja' yang diarahkan oleh Athena. Seperti kebiasaan bila dia mempunyai projek, hidupnya sehari-hari cuma akan berkisar duduk depan komputer dan menghadapnya sampai hampir tercabut biji mata. Ada beberapa kali, Athena datang melawat. Ya, seperti yang dia mahu, tetapi jujurnya dia tidak menduga bahawa gadis itu akan benar-benar muncul. Malangnya, setiap kali itu, dia tidak boleh melayan. Bukan tidak mahu, tetapi menembusi sistem yang dicipta oleh CK Group benar-benar memerlukan kosentrasi tinggi daripada dia. Sistem tersebut dinamakan sebagai 'autopilot'.

Autopilot menggunakan kaedah yang dipanggil sebagai 'computer vision' atau sophisticated image recognition dalam kamera berteknologi tinggi. Tujuannya adalah untuk melihat dan mengumpul data. Ia kemudiannya akan menterjemah maklumat yang diperoleh dan membuat keputusan berdasarkan itu. Hasilnya, kereta boleh bergerak sendiri tanpa perlu pemandunya buat apa-apa. Lebih menarik lagi, mereka cuma perlu masuk dan memberitahu kereta mana mahu pergi. Jika mereka tidak mengata apa-apa, kereta tersebut akan melihat kalendar dan membawa pemiliknya ke destinasi yang diagak.

Fuh, sistem tersebut memang sangat menarik. Membuatkan Kai terfikir, kenapa dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mencipta sesuatu seperti itu? Tetapi bila difikirkan semula, itu bukan minatnya. Dia mahu seperti sekarang. Menggodam sistem-sistem yang dikatakan hebat. Untuk itu, dia harus akui. Sistem software 'autopilot' ini memang hebat. Tahap kesukarannya tidak pernah Kai temui selama dia bergelar hacker. Kai jadi tercabar. Jiwanya membuak-buak. Dia bahkan seperti lupa akan statusnya sebagai ejen The Shadow. Apa yang dia mahu cuma satu, iaitu...

Menembusi segala dinding keselamatan dalam sistem kereta tanpa pemandu milik CK Group ini.

Dia mahu sekali lagi menempa nama dalam dunia hacker. Orang lain tidak kira white-hat hacker, mahu pun black-hat hacker akan mengingat namanya sebagai hacker pertama yang berjaya menembusi sistem tersebut.

"Tak guna!"

Kai menghentak meja. Nafasnya dihembus kuat-kuat. Rambutnya pula diraup kasar. Termasuk kali ini, sudah lima kali dia cuba mengambil alih Controller Area Network (CAN bus) yang digunakan oleh CK1 Roadster. Setiap kali itu juga, segala usahanya melantun semula. Tidak berjaya masuk. Tidak berjaya tembus. L di sebelah sana juga mengalami nasib yang sama.

Dalam-dalam, Kai menarik nafas dan menghembusnya. Cuba menenangkan diri. Dia bangkit dari kerusi dan membetul-betulkan urat. Terasa lenguh segala urat sendi di badan. Sesudah itu, dia merembat sebotol Red Bull yang terletak sebelah meja. Dibuka penutupnya dan dibawa ke mulut. Sambil meneguknya masuk ke kerongkong, Kai mendekati jendela. Usai menjatuhkan Red Bull ke sisi, Kai meliarkan pandangan ke luar.

Tiada apa yang dia nampak, melainkan tembok besar warna kelabu tinggi dengan jaringan dawai berjeriji itu. Sesaat, Kai mengherotkan bibir. Tidak perlu dia masuk penjara, sudah dia rasa pengalamannya.

"Dah siap ke?"

Kai melebarkan senyuman sinisnya. Tanpa melihat siapa gerangan yang menegur, dia sudah tahu. Suara yang satu ini sudah terlampau lali di telinganya.

Lambat-lambat, Kai memaling tubuh.

"Kau memang tak ada soalan lain, kan? Itu aje yang kau tanya setiap kali nampak aku."

"Sebab memang itu pun yang aku nak tahu," jawab Athena sambil melangkah masuk. "Kenapa? Kau nak aku bertanya khabar?"

Kai mengangkat bahu.

"Why not? I'm working for you, here."

"Nope," bantah Athena disusuli kepala yang menggeleng.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CODE NAME COBRA (Published)Where stories live. Discover now