BAB 8

2.9K 243 79
                                    

"CK GROUP. The leading automotive and energy company in Malaysia." Kai melihat Athena yang sedang berdiri depan dinding putih. Sebelah tangannya memegang penunjuk laser, dihala tepat pada pantulan yang ada di dinding tersebut. Sebuah logo yang tidak asing lagi di Malaysia.

Sesekali, Kai tunduk membelek-belek fail yang tadi dibawa keluar dari laci meja Athena dan diserah kepadanya. Setiap muka surat memaparkan pelbagai maklumat berkenaan syarikat tersebut.

"One of the three Malaysian companies that have made it to the two hundred top-performing public companies of the 2019 Forbes Asia's Best Under A Billion list. Annual revenue is estimated to be twenty-six million USD."

Sekejap, Athena berhenti dan menjuih mulut. "Boleh tahan untuk sebuah syarikat yang baru berumur lapan tahun."

"Well, they are dubbed as Tesla of Malaysia," sampuk Kai menyebut tentang Tesla Motors, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang mengkhususkan kepada pembuatan kereta elektrik, melalui subsidiarinya yang dikenali sebagai SolarCity.

Itulah juga yang dilakukan oleh CK Group, satu-satunya syarikat di Malaysia yang menghasilkan kereta elektrik. Berdasarkan kerjasama yang dimeterai dengan kerajaan Malaysia, dan beberapa syarikat gergasi dari luar negara, maka tidak hairanlah jika syarikat tersebut boleh termasuk dalam senarai Forbes. Ura-ura mengatakan bahawa pemiliknya bakal dinobatkan sebagai antara orang paling kaya di Malaysia.

"Sebab itulah, mereka yang paling sesuai untuk jadi sasaran kita."

"Sasaran?" Dahi Kai berkerut.

Athena datang merapat dan menyangkut punggung di sisi meja. Elok-elok dekat Kai. Pandangan matanya turun ke bawah, berlawan dengan renungan mata Kai yang mendongak.

"They are yours. Untuk kau kucar-kacirkan."

Kai mengecilkan mata ke arah Athena. Penuh rasa curiga. Wanita itu membalas dengan wajah yang masih bersahaja sinis.

"Apa yang kau nak buat?" Setelah beberapa saat, Kai membuka mulut. Dia mula dapat meneka ke mana arahnya perbualan ini.

"Tiga minggu lagi, mereka akan mengumumkan produk terbaru mereka, iaitu..."

"Driverless car," pintas Kai.

Athena membundarkan mata.

"Oh, kau tahu? Impressive!"

"Hello! It's me, Cobra. Semua info di hujung jari aku," tempelak Kai sambil menggerak-gerakkan jari-jemarinya.

Senyuman kecil terkulum di bibir Athena.

"Jadi kau tahulah kan, yang pada hari tu, mereka akan membuat demonstrasi untuk CK1 Roadster, their very first driverless car."

"Ya, aku tahu. So..." Kai meleretkan suara, bersama kening yang sengaja dijongket. Mahukan penjelasan lanjut.

"I want you to hack into their system."

Kali ini, mata Kai pula yang terbuntang luas.

"Are you nuts? Baru berapa saat lepas kau beritahu, menjadi ahli kongsi gelap tak semestinya kena bunuh orang. Kalau aku hack sistem mereka masa tu, people will die. Ada orang dalam kereta tu!" Nada suara Kai ternaik tanpa sempat dihalang.

Cepat-cepat, dia mengetap bibir biar lebih bertenang. Bukan dia mahu jadi sensitif serupa ini, tetapi dia tahu. Dalam demonstrasi itu nanti, akan ada programmer yang berada dalam kereta tersebut. Pertama, untuk memainkan watak sebagai pemandu yang secara harfiahnya tidak memandu. Kereta itu bakal bergerak sendiri. Kedua, sebagai langkah berjaga-jaga kalau-kalau sistem kereta rosak. Programmer tersebut perlu berada di lapangan untuk urusan membaik pulih. Jadi ya, akan ada orang dalam kereta yang konon-konon 'driverless' itu nanti.

CODE NAME COBRA (Published)Where stories live. Discover now