BAB 4

4K 251 140
                                    

INI. KERJA. GILA.

Dia ialah seorang hacker. Dia sepatutnya berada depan komputer kesayangannya, dan menggunakan tangannya untuk menekan-nekan keyboard. Bukan menggenggam satu-satu jari membentuk kepalan, dan berdiri dalam keadaan berjaga-jaga seperti ini.

"Perlu ke aku buat macam ni?" tanya Kai pada perempuan yang terletak di hujung sana. Elok duduk atas kerusi dengan kaki bersilang. Kasut tumit tinggi merahnya, menyerlah di sebalik persalinan serba hitam yang dipakai.

"Perlu. Sangat perlu." Jawapan yang diterima sangat tidak seronok didengar.

"This is barbarian. Kau ingat kita sekarang di Rome? Aku seorang gladiator, and this is Colosseum?" soal Kai lagi, sambil mendepa tangan ke kiri kanan. Menunjukkan arena yang sekarang mereka duduki.

Ruang luas di tengah-tengah sebuah gudang lama. Ada kotak pelbagai saiz di beberapa penjuru. Ada perabot rosak di penjuru lain. Debu dan kekotoran ada di mana-mana. Bau hapak memenuhi ruang.

"Ini yang kita dah janjikan, tiga hari lepas."

"Yalah, tapi..."

Suara Kai tenggelam sejenak. Bawah bibirnya diketap kuat-kuat. Mula rasa mahu menyumpah diri sendiri. Kenapalah dia bodoh benar bersetuju? Sebab mahu masuk ke dalam Red Sun? Huh, ini belum sempat masuk, dia mungkin sudah mati sia-sia.

"Tak habis-habis dengan banyak cakap dia ni." Satu suara tiba-tiba muncul. Kai kenal benar suara itu.

Lai Kuan. Tegak terpacak sebelah kanan Athena.

"Kita tengah membazir masa sekarang. Boleh tak kalau kita just go straight to the point?" Suara lain pula mencelah. Kai lihat kepada sang pemiliknya.

Seorang lelaki yang belum pernah dia jumpa. Tercegat sebelah kiri Athena. Daripada riak mukanya, jelas kebosanan yang melanda di situ.

"Okey, guys!!"

Mata Kai buntang. Cepat-cepat, dia angkat tangan tanda times up.

"Kejap! Kejap! Bagi aku masa bersedia dulu."

Athena senyum sinis.

"Kau ingat, bila nak berlawan dengan kumpulan lain, mereka akan bagi masa bersedia dulu?"

Usai menghabis kata, Athena menjatuhkan isyarat. Secepat itu, empat orang konconya menyerbu ke hadapan. Kai membeliakkan mata sesaat, sebelum mengelak satu serangan yang datang. Kemudian, satu lagi. Dan satu lagi. Berkali-kali, dia memusing badan untuk mengelak segala serangan. Di celah-celah itu, ekor matanya sempat melihat kepada Athena dan dua lelaki di sisi. Bermuka selamba semuanya. Tidak ada perasaan. Seolah-olah, mereka bukan sedang menyaksikan seorang lelaki cuba dibelasah oleh empat lelaki.

Huh, mereka pandang rendah kepada dia!!!

Serentak dengan jeritan dalam hati itu, Kai menumbuk seorang lawan yang muncul. Kepalanya terpusing ke sebelah. Kakinya terundur beberapa tapak ke belakang.

"Tak guna!" Seorang temannya yang lain menempik. Kai berpaling kepadanya. Sebelum sempat dia masuk menyerang, Kai lebih dahulu melompat dan melibas kepalanya. Tersungkur jatuh dia atas lantai.

Seorang lagi menyerbu. Kali ini, Kai menendang perutnya. Baru dia ingin mengimbangkan badan, Kai meluru ke depan dan menumbuk rahangnya. Bersembur darah keluar dari hidung. Saat itu, bahu Kai tiba-tiba dicengkam dari belakang. Kai menghentak orang di belakang dengan siku. Cengkaman terlepas. Kai menarik tangan lawannya ke atas bahu, menunduk badan sedikit dan kemudian...

CODE NAME COBRA (Published)Where stories live. Discover now