"L."
"Cobra? You shouldn't contact me."
"Aku tahu. Tapi ini penting."
"Apa?"
"Aku perlukan sesuatu."
Panggilan hening. Hanya bunyi nafas ditarik dan dihembus yang kedengaran di hujung telinga Kai. Dia menanti. Beberapa saat berlalu...
"Kat mana?" Orang di hujung sana menyoal.
"Tempat biasa. Cara biasa."
"Apa yang diperlukan?"
"Ini..."
Langsung, Kai menerangkan apa yang dia perlukan. Semuanya demi menjayakan wataknya sebagai Cobra, salah seorang ahli Red Sun yang kini menjadi penggodam utam bagi kumpulan tersebut. Menggodam sistem kereta tanpa pemandu CK Group bukanlah kerja mudah. Sistem mereka dilindungi oleh tiga lapisan firewall. Kai sudah memeriksa. Dia boleh menembusi peringkat satu dan peringkat kedua, tetapi untuk yang ketiga... sekurang-kurangnya dua orang penggodam diperlukan. Masalahnya sekarang, mereka tidak punya dua orang. Yang ada cuma dia. Seorang sahaja.
Kai tahu bahawa Red Sun mempunyai barisan penggodam mereka sendiri. Yang selama ini bertanggungjawab dalam kegiatan penipuan, phishing, Macau scam dan juga ransomware terhadap perniagaan-perniagaan kecil. Namun dia juga tahu, mereka tidak mempunyai cukup kepakaran untuk membuat apa yang bakal dia buat. Kalau tidak, kenapa Athena beriya-iya benar mahukan dia?
Jadi, tidak perlu susah-susah fikirkan barisan penggodam Red Sun. Dia yang akan buat semuanya. Atau sekurang-kurangnya, itu yang dia akan buat Athena fikir. Bahawa dia seorang diri menggodam masuk ke dalam sistem CK Group. Padahal hakikatnya, dia akan bergabung dengan L sebagai virtual partner dia. Bila dia buat kerja di sini, L akan bekerja di sana, di ibu pejabat The Shadow.
Itulah rancangannya. Namun, untuk menjayakannya, Kai memerlukan Falcon, satu sistem rahsia yang dia telah cipta dan hanya boleh diakses secara fizikal. Masalahnya sekarang, Falcon disimpan dalam data security room di ibu pejabat. Tidak ada cara lain, L sebagai courier terpaksa membawanya datang kepada Kai.
"Got it." Tanpa sebarang pertanyaan atau bangkangan, penerangan Kai diterima oleh L.
Klik.
Panggilan telefon mati, sesaat kemudian. Seperti sebelumnya, Kai mengeluarkan SIM card dan membuangnya dalam bekas kecil atas meja. Sebaik jatuh, percikan api muncul. Kad tersebut habis terbakar, tidak meninggalkan sebarang jejak.
*****
KUALA LUMPUL SENTRAL.
Atau nampak pendeknya, KL Sental. Terletak hanya dua kilometer dari kawasan tengah bandar. Ianya merupakan hub pengangkutan terbesar di Malaysia. Tidak hanya menawarkan perhubungan global, KL Sentral juga menjadi pusat perhubungan antara kawasan urban dan suburban. Dikelilingi oleh hotel-hotel serta pusat membeli belah, membuatkan KL Sentral menjadi pilihan ramai sebagai pusat persinggahan. Maka tidak hairanlah, pengunjungnya boleh mencapai ke tahap puluhan ribu orang pada setiap hari. Tidak hairan juga, di sinilah tempat pilihan untuk Kai menemui L.
Kai menuruni eskelator. Sampai di Platform 6 yang menuju ke Seremban, dia duduk di bangku yang tersedia. Dengan kepala yang tegak ke hadapan, dia memandang tren yang sampai. Ratusan orang keluar. Kai tidak berganjak. Bahkan, kekal tidak bergerak bila mana seorang gadis duduk di sebelahnya. Mereka sekadar duduk sebelah menyebelah. Masing-masing meliarkan pandangan pada orang-orang di sekeliling. Pada anak-anak muda yang mengekek. Pada pasangan pencinta yang berpelukan. Pada kanak-kanak yang berpakaian sekolah. Pada ibu garang yang sedang memarahi anaknya.
YOU ARE READING
CODE NAME COBRA (Published)
ActionHIGHEST RANKING: #1 in novel fiksyen (18/11/2019) #1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021) #2 in thriller (13/11/2019) #2 in aksi (11/11/2019) #2 in secrectagent (18/11/12019) #3 in actionpacked (18/11/2019) #3 in suspens (8/2/2021) #8 in action-thri...